Sunday, 16 June 2013

Siapa Saya?



TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

bijak alquran dan tajwid


TENTANG SAYA


          Nama saya Firdaos bin Mohd Rawi. Ayah saya berasal dari Ramuan China Besar, Melaka. Ibu saya berasal dari Pekan, Pahang.Lahir di Tumpat Kelantan. Sentiasa berhijrah mengikut ayah saya yang merupakan seorang pesara polis. Saya membesar di Selangor. Pernah menetap di Selayang, Sekinchan, dan di  Shah Alam, Selangor.

       Pendidikan saya bermula di SRK Sri Sekinchan. Pernah bersekolah di SK Seksyen 19, Shah Alam, SAMT Tengku Ampuan Jemaah, SAMT Kuala Kubu Bharu, SAM Batu 10 Cheras. Selepas tamat sekolah menengah, saya menyambung pengajian saya di dalam bidang al-Quran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

     Selepas tiga tahun di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, dengan berbekalkan Diploma Tahfiz al-Quran daripada JAKIM, saya menyambung pengajian peringkat ijazah di Maahad Qiraat di Universiti al-Azhar, Mesir. Bumi ambiyak ini kaya dengan ilmu dan bilangan ulamak sangat ramai. Bayangkan guru yang mengajar di sekolah kebiasaannya mempunyai Master dalam dua bidang yang berlainan. Para alim ulamak bukan sekadar menghafaz al-Quran tetapi menguasai disiplin ilmu yang lain.

  Al-Quran menyebut "ادخلوها بسلام ءامنين" (masuklah ke dalamnya ( Mesir ) dengan keadaan selamat sejahtera dan aman )

    Selepas menamatkan  pengajian saya pulang ke tanah air. Bersama beberapa orang sahabat memohon menjadi pensyarah jemputan di  Darul Quran, JAKIM. Selain itu saya juga bertugas sebagai guru agama di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu. Sekolah tersebut terletak di tengah bandar Kuala Kubu Bharu.
Selama lebih kurang setahun saya menetap di Kuala Kubu Bharu saya telah ditawarkan untuk mengambil Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

    Menyentuh tentang bisnes, mak saya merupakan seorang suri rumah. Tibanya bulan Ramadhan mak pasti sibuk membuat kuih untuk dijual kepada kawan-kawan dan keluarga yang menempah. Kuih tart nenas antara kegemaran pelanggan ketika itu. Saya  membantu mak menjual kerepek kentang dan bawang di sekolah.  Selama saya di Mesir pernah juga membawa pulang barangan daripada Mesir seperti al-Quran, minyak wangi dan lain-lain untuk dijual kepada rakan-rakan yang berada di Maahad.                 
               
     Bidang pengkhususan saya adalah Al-Quran. Kini terlibat dengan beberapa kursus dan kem tahsin al-Quran dan farhu ain. Bersama dengan sahabat saya, kami telah membuka pusat pengajian al-Quran al-Baghdadi bagi membantu masyarakat dalam pembacaan al-Quran. Selain itu saya juga mempunyai kemahiran dalam bidang ict.

    Buku-buku berbentuk motivasi, bisnes dan keagamaan merupakan bahan bacaan yang saya suka dan perlu baca. 

      Berikut adalah laman blog saya http://firdaosmohdrawi.blogspot.com

          Setelah beberapa tahun tertangguh niat saya untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain saya kira sudah sampai masanya saya menulis. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Puan Masayu Ahmad. Baliau merupakan insan gigih yang sudi memberikan ilmu berkaitan penulisan ini kepada saya. Semoga ilmunya yang bernilai itu mampu untuk saya kuasai dengan baik.

Matlamat Jangka Panjang

       Bijak al-Quran dan Bijak Tajwid adalah permulaannya. Namun begitu semoga Allah swt sentiasa memberikan jalan dan kemudahan. Semoga saya mampu untuk terus menapak di dunia penulisan ini. Diharapkan agar perkongsian di sini sedikit sebanyak membantu pembaca melalui blog  Bijak Quran & Tajwid ini. Semoga Allah memberkati usaha yang sedikit ini dan kepadaNya jualah dipohon hidayah dan jalan kemudahan.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi

No comments:

Post a Comment