Monday, 2 September 2013

HARGA MINYAK NAIK?

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Minyak naik lagi. 20 sen. Sudah tentu hangat isu ini bermain di media sosial terutamanya di Facebook. Semua orang komen. Ada yang mengutuk dan sebagainya, dan ada juga yang berdiam diri. Bagi mereka yang kelas pertengahan dan miskin terutama pengguna kenderaan sudah pasti berada di stesyen minyak bagi memenuhkan tangki kenderaan.

Apa yang boleh dibuat dalam situasi ini?

Pelbagai pandangan dan pendapat dilontarkan bagi menghadapi kesan kenaikan harga minyak. Ada yang memberi cadangan berjimat. Bersabarlah atas dugaan ini. Belajarlah cara menguruskan wang. Walau apa sahaja pandangan dan pendapat , setiap orang pasti berbeza situasi dan kondisi keadaan mereka. Ada yang gaji tak kurang RM3,000 tetapi mempunyai tanggungan yang banyak. Komitmen untuk bayar kereta, rumah, dan sebagainya. Bagi yang berpendapatan rendah mungkin lebih merasai gawatnya situasi ini. Kos perkhidmatan lain juga kemungkinan akan naik.

Kesimpulannya semua akan merasai kesan dari kenaikan ini. Saya bukanlah pakar ekonomi.. Belajar dulupun tak dapat nak tackle sabjek ni. Tapi secara logik dari pengalaman lalu ia akan berlaku. Kenaikan harga barang. Jadi apa yang boleh kita buat dalam situasi ini?

Kalau ikut orang yang berjaya berjimat mungkin pilihan yang kedua. Pertama mesti mencari peluang dan ruang bagi menambah pendapatan sampingan bagi menampung kos kehidupan selain menambah aset.

Kalau diikutkan perbincangan isu ini akan berlarutan namun, dalam situasi ini, kita hanya mampu melakukan sesuatu dengan mencari peluang dengan berniaga secara kecil-kecilan dan sebagainya. Di sini bagi mereka yang merupakan suri rumah sepenuh masa, saya boleh cadangkan anda berniaga secara online. Langkah pertama adalah mengikuti kelas asas blog daripada orang yang berpengalaman seperti Puan Masayu Ahmad. Untuk tahu lebih lanjut tentang akademi bekerja dari rumah boleh masuk di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/  jika  anda berminat untuk menjadi surirumah yang mampu dan berjaya dalam perniagaan online.

Semoga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang bersyukur di atas rezekinya Insya Allah.

Semoga bermanfaat

Sekian

Firdaos mohd rawi

No comments:

Post a Comment