Tuesday, 27 August 2013

KASIH BAPA DAN ANAK - Syria


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Hari ini saya telah melihat satu rakaman yang dikongsi di facebook. Tersentuh hati bila melihat seorang ayah yang dipertemukan dengan anak lelakinya yang masih kecil yang telah lama tidak berjumpa. Dikatakan bahawa beliau sudah lama terpisah dengan anaknya selepas serangan di kimia di Ghoutoh. 

Ahli keluarga  ramai terpisah kerana mendapat rawatan di hospital yang berlainan

Saya yakin perasaan terharu pasti dapat dirasai terutama mereka yang mempunyai anak. Perasaan rasa rindu kepada anak dapat dirasa bila berjauhan kerana bekerja di luar kawasan dan sebagainya. Kita akan merasa rindu dengan keletah anak-anak bila bertugas di luar bagi tugas yang telah diamanahkan. Walaupun begitu kita yakin anak-anak kita berada di rumah dalam keadaan sihat dan selamat.Kita boleh telefon bertanya khabar dan berbual dengan mereka.Dalam situasi di Syria ketika ini apabila tidak bertemu dengan anak atau keluarga maka  timbul dalam fikiran, samaada anak selamat atau sudah tidak bernyawa. 

Alhamdulillah Allah mempertemukan kembali anak dan ayahnya.
Ya Allah selamatkan mereka. Ketika ini  hanya Allah swt yang maha perkasa dan menguasai segalanya yang diharapkan.

Semoga bermanfaat

Sekian

Firdaos mohd rawi

Monday, 26 August 2013

HEBATNYA SYAHID DI JALAN ALLAH


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



 Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Surah Ali Imran ayat 185)

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut". Siapa yang dapat menafikan? Kali pertama  melihat video para shuhada Chehcen pada awal tahun 2000 melalui cd saya dapat merasakan para shuhada sedang menantikan tempat yang penuh dengan kenikmatan kerana wajah para shuhada tersenyum  manis seperti sedang tidur.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

(Surah Ali ‘Imran:169-171)

Keadaan yang sama berlaku kini, dengan video dan gambar yang di post di youtube dan facebook membuktikan kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran Rasul junjungan Nabi s.a.w. Mayat para shuhada di Palestine, di Syria dan di Mesir dengan senyuman dan bauan wangi seperti kasturi dan darah yang masih mengalir benar-benar menjadi bukti. Satu pengajaran dan kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t . 

Doa yang biasa kita panjatkan setiap hari bagi menghadapi  kematian ialah :

Ya Allah matikanlah kami di dalam husnul khatimah (mati dalam kebaikan ) dan janganlah matikan kami dalam keadaan yang suul khatimah. ( mati dalam keadaan buruk ). 
Doa ini perlu dihafal agar kita dapat  minta pada Allah s.w.t dikurniakan penghabisan yang baik sebab manusia tidak dilihat permulaan tetapi penghabisan hidupnya. Mungkin saja seseorang itu tidak taat kepada Allah s.w.t pada mulanya tetapi bertaubat dan mati dalam keadaan yang baik. Allah s.w.t ampunkan dosanya dan memilihnya menjadi ahli syurga. 

Semoga  kita mendapat kematian yang baik seperti mana mereka yang telah mendahului kita.

Semoga bermanfaat

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi




IZHAR HALQI

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pengertian Izhar Halqi 

Dari segi bahasa kalimah Izhar  membawa maksud jelas, nyata  dan terang manakala Halqi bermaksud kerongkong.

Dari segi istilah membawa maksud membunyikan Nun Sakinah dengan secara jelas dengan tidak didengungkan.

Berapakah huruf halqi?

Terdapat 6 huruf halqi iaitu  خ غ ح ع ه ء .

Di dalam al-Quran , hukum Izhar Halqi ini boleh berlaku di dalam dua keadaan iaitu
1- huruf ن dan huruf halqi bertemu di dalam dua kalimah.
2- huruf ن dan huruf halqi bertemu di dalam satu  kalimah.



Bertemu di dalam satu kalimah contohnya :-



Bertemu di dalam dua kalimah contohnya : -



Cara bacaannya ialah membaca huruf Nun dan Tanwin tersebut tanpa dengung.

Sunday, 25 August 2013

PUASA 6 - PACKAGE PAHALA MESTI DIREBUT -



TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Kalau kita gunakan duit kita untuk beli apapun barang atau perkhidmatan, kita mesti teruja dengan package-package jualan yang ditawarkan. Beli dulu bayar kemudian, beli satu percuma satu, tak kurang dengan jualan penghabisan stok, 2+2  dan sebagainya. Ramai yang akan rebut. 

Allah s.w.t juga memberikan kita peluang bagi kita menambah lagi pahala amala kita. Ini package puasa 6 dapat setahun penuh berdasarkan hadith berikut :-



Berpuasa enam hari di bulan Syawal


عن أبي أيوب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر.

Dari Abu Ayyub r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

( Hadis Riwayat Muslim )


Kita mungkin tak mampu berpuasa setahun , tapi ni puasa tambah 6 hari dalam Syawwal  ibarat kita puasa setahun penuh. 

Semoga bermanfaat

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi 



KELAS PENGAJIAN AL-QURAN

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Apa khabar semua? Semoga semua sihat dan sentiasa berada di dalam keadaan yang gembira hendaknya. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai kelas pengajian al-Quran yang telahpun bermula pada bulan 1 2013 yang lepas. 

Alhamdulillah segala perancangan dapat dilaksanakan dengan baik. Ana bersama seorang rakan lagi al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Qamari telah memulakan langkah dengan menyewa kedai di Taman Bendahara Kuala Selangor. Bekerjasama dengan rangkaian al-Baghdadi kami berjaya membuka cawangan di Taman Bendahara.

Kelas al-Quran ini dibuka tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memberikan peluang kepada masyarakat bagi memperbaiki bacaan al-Quran. Bacaan diajar secara Talaqqi Musyafahah iaitu mendengar bacaan daripada guru yang mengajar. Ini merupakan kaedah untuk belajar membaca al-Quran sebagaimana Nabi s.a.w mengambil bacaan secara musyafahah daripada Malaikat Jibril as dan begitu juga para sahabat baginda seterusnya kepada ganerasi-ganerasi selepas mereka.

Guru yang mengajar mempunyai sanad al-Quran bagi membantu masyarakat memperbaiki bacaan dengan secara terperinci dan betul.


 Semoga usaha ini mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t hendaknya.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi