Saturday, 22 February 2014

IMAM NAFI'

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Kelebihan Mempelajari Al-quran

Thursday, 20 February 2014

BIJAK QALQALAH

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Qalqalah merupakan salah satu daripada sifat huruf.

Qalqalah dari segi bahasa bermaksud pantulan.

Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian









Sekiranya pada kalimah-kalimah yang mengandungi huruf qalqalah bertanda sukun di atas kita membacanya tanpa berhenti pada huruf tersebut maka ia dinamakan Qalqalah Sughra. Sekiranya kita berhenti pada huruf qalqalah tersebut di atas maka ia dinamakan dengan Qalqalah Kubra.

Contohnya pada kalimah 


Sekiranya kita menyambung bacaan maka ia dinamakan Qalqalah Sughra. Sekiranya kita memberhentikan bacaan kita pada huruf ق  maka bertukarlah hukumnya daripada Qalqalah Sughra kepada Qalqalah Kubra.




Kelebihan Mempelajari Al-quran

Tuesday, 11 February 2014

MAD 'IWADH

Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Laptop

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mad 'Iwadh merupakan bacaan panjang sebanyak 2 harakat yang berlaku apabila pembaca memberhentikan bacaan pada  huruf tanwin dua di atas kalimah yang diakhiri huruf alif. Untuk lebih memahami sila lihat contohnya  seperti di bawah:
mad iwadh
Mad 'Iwadh berlaku pada huruf tanwin atas ketika waqaf bacaan. 'Iwadh bermaksud ganti iaitu menggantikan tanwin kepada baris satu fathah di atas. 
mad iwadh
Apabila bacaan tidak diwaqafkan atau pebaca menyambungkan bacaan maka mad iwad tidak berlaku.
Hanya tanwin fathah yang diwaqafkan sahaja yang dibaca dengan kadar 2 harakat. 
Kelebihan Mempelajari Al-quran
Trainer Kem Tahfiz

Monday, 10 February 2014

BIJAK MAD

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Mad Asli merupakan perkara yang asas yang perlu diketahui jika ingin membaca al-Quran dengan sempurna. Walaupun ia merupakan hukum yang mudah namun kesalahan ketika membaca huruf mad asli ini biasa juga dilakukan.

PENGERTIAN MAD

Mad dari segi bahasa - Menambah

Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin. 
Huruf mad  ada tiga iaitu 


Mad Asli



Dengan dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :



Sekiranya sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:
Tidak dibaca panjang apabila menyambungkan bacaan tetapi apabila berhenti pada kalimah tersebut ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2,4 atau 6 harakat.





BAHAGIAN MAD

Mad terbahagi kepada 2 bahagian.

1- Mad Asli
2- Mad Far'i

Mad asli adalah merupakan mad yang wujud apabila huruf-huruf bertemu dengan huruf mad mengikut syarat yang telah disebutkan di atas. Sekiranya selepas huruf mad tersebut bertemu dengan huruf mad atau sukun maka mad far'i akan berlaku.


Kadar bacaan Mad Asli ini adalah sekadar dua harakat. Di dalam penulisan al-Quran Rasm Othmani huruf mad asli tidak ditulis tanda mati pada tiga huruf tersebut.

Mad Far'ie merupakan cabang hukum mad. Ia berlaku apabila bertemu huruf mad dengan :

  a ) Huruf Hamzah

  b ) Sukun

Terdapat juga Mad Far'ie yang berlaku antara Ha Dhomir dengan huruf hamzah.







Kelebihan Mempelajari Al-quran

Tuesday, 4 February 2014

BIJAK MEMBACA HURUF HIJAIYAH DI AWAL SURAH

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Huruf Awal Surah



Terdapat 29 surah daripada 114 surah di dalam al-Quran dimulai dengan huruf hijaiyah. Daripada 29 huruf hijaiyah 14 huruf daripadanya merupakan antara huruf yang berada di permulaan awal surah.

Kesilapan di dalam bacaan huruf-huruf hijaiyah ini sering berlaku. Sebagai contoh pada awal surah al-Baqarah, yang bermula dengan huruf الم ada yang membaca dengan alama dengan membari atas ketiga-tiga huruf tersebut.

Tanda di bawah ini merupakan tanda mad. Ia bukan baris fathah seperti mana kesalahan bacaan yang dilakukan ketika membaca huruf-huruf tersebut.




CARA MEMBACA

Untuk membaca huruf hijaiyah yang terdapat di awal permulaan 29 surah ini ialah menyebut huruf tersebut satu persatu.



Setiap huruf pada permulaan surah perlu dipecah dengan ejaan huruf masing-masing. Kita akan mendapati terdapat tempat yang perlu kita dengungkan seperti contoh di atas. Adalah amat penting mendapat bacaan daripada mereka yang mahir.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYAMBUNG BACAAN AYAT SATU DAN DUA SURAH
ALI IMRAN?

Terdapat dua cara bacaan untuk menyambungkan bacaan ayat pertama dan kedua surah Ali Imran






BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBACA HURUF AWAL SURAH MARYAM?



Huruf Hijaiyyah Awal Surah



Kelebihan Mempelajari Al-quran
Guru & Trainer Kem Tahfiz

Sunday, 2 February 2014

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN - IKHFAK HAQIQI

Teks : Firdaos Mohd Rawi





بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



Antara hukum nun mati dan tanwin adalah ikhfak. Kesalahan ketika membaca ikhfak adalah membaca dengan tidak mendengungkan bacaan dengan kadar 2 harakat. Cara mendengungkan bacaan juga berbeza pada setiap huruf.

MAKSUD IKHFAK

Ikhfak dari segi bahasa adalah bermaksud tersembunyi.  
Ikhfak dari segi istilah Ilmu Tajwid adalah : Membaca huruf yang bertanda sukun dengan bacaan antara izhar dan idgham beserta dengung.

HURUF-HURUF IKHFAK


Ikhfaq Haqiqi

Apabila huruf nun bertanda sukun (ن) ( dalam Mushaf Rasm Othmani tidak ditulis tanda sukun )atau huruf yang berbaris tanwin (dalam Mushaf Rasm Othmani kedua baris ditulis secara tidak selari) bertemu selepas keduanya salah satu huruf daripada 15 huruf di atas maka berlakulah hukum Ikhfak Haqiqi.



Ikhfaq Haqiqi
BARIS TANWIN TIDAK SELARI DI DALAM MASHAF RASM OTHMANI


IKHFAK HAQIQI
HURUF NUN TIDAK DITANDA DENGAN SUKUN  DALAM MASHAF RASM OTHMANI

Bagi huruf nun sakinah ia bertemu dengan huruf-huruf dalam dua keadaan iaitu samaada di dalam satu kalimah ataupun di dalam dua kalimah.


Bagi tanwin ia hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja.

Cara bacaannya adalah sebutan antara izhar dan idgham.Ketika membaca ikhfak perlu didengungkan huruf nun. Cara meletakkan kedudukan lidah ketika bacaan dengung perlu diambil perhatian. Sekiranya pembaca meletakkan lidah menyentuh gusi atas sebelah hadapan maka ia akan menjadi seperti bacaan izhar. Maka idgham yang dibaca seperti ini adalah tidak tepat.

Berikut merupakan contoh ikhfak haqiqi yang terdapat di dalam al-Quran.

Ikhfak Haqiqi



Kelebihan Mempelajari Al-quran