Showing posts with label Kuatkan Azam & Semangat. Show all posts
Showing posts with label Kuatkan Azam & Semangat. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

Ya Allah Permudahkanlah Urusan Kami


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



                    Alhamdulillah di atas segala kurniaan nikmat daripada Allah s.w.t
Selepas beberapa ketika negara kita dilanda jerebu, kita perlu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah di atas bantuan yang telah dikurniakan kepada kita dengan menurunkan hujan. Memang kita tidak mampu dan memang kita perlu memohon kepada Allah. Sungguh kita insan kerdil.

                   Sudah agak lama saya tidak dapat menumpukan penulisan saya mengenai Bijak al-Quran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan .Perlu menyelesaikan tugasan yang penting terlebih dahulu.Minggu  Lepas Bekerjasama Dengan Guru Untuk Kem Motivasi dan Klinik UPS.Kemudian perlu menghadiri mesyuarat. Perlulah kita akui " alwajibat aktharu minalauqot" kewajipan adalah lebih banyak daripada masa.

                      Tetapi  bila kita melihat sejarah salafussoleh seperti sejarah imam-imam besar seperti Imam Syafie, Imam al-Ghazali dan ramai lagi telah menulis kitab-kitab yang hebat dengan berjilid-jilid. Imam Nawawi sebagai contoh walaupun umurnya tidak melebihi 45 tahun tetapi telah mengarang kitab- kitab yang menjadi rujukan pada hari ini.Umur beliau diberkati. Semoga Allah memberkati masa kita, umur kita dan menjadikan kita mudah melakukan amal kebaikan. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.








p/s : Sempat juga hamba Allah ini menulis al-Quran di atas telur. Hebat-hebat!

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi


Monday, 17 June 2013

Kita Sangat Bertuah

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

        Alhamdulillah kita perlu bersyukur kepada Allah kerana dalam ramai-ramai manusia Allah swt pilih kita menjadi antara hambaNya yang beriman. Kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah swt  kerana dalam ramai hambanya yang beriman kita antara yang terpilih menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan makhluk yang paling dikasihi dan teristimewa di sisi Allah s.w.t.

         Ianya menjadi cita-cita salah seorang Nabi Ululazmi, Kalamullah iaitu Nabi Musa a.s yang telah memohon kepada Allah swt agar diizinkan menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w yang dikurniakan dengan kelebihan ketika melihat ke lauhimmahfuz. Kita terpilih menjadi orang yang beriman tanpa kita perlu bersusah payah. Kita tidak pernah menumpahkan darah kita , berhabisan harta kita, umur kita tetapi Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat baginda serta orang terdahulu yang telah mengorbankan segala-galanya dan kita akhirnya beriman. Alangkah ruginya sekiranya kita yang dikurniakan kelebihan ini tidak mengambil kesempatan di atas anugerah yang telah Allah kurniakan kepada kita.

           Kelebihan kita yang telah disaksikan oleh  Nabi Musa a.s  sehingga memohon kepada Allah satu permintaan agar dapat dijadikan salah seorang daripada ummat Nabi Muhammad s.a.w. Salah satu perkara agung yang telah ditinggalkan kepada kita adalah al-Quran. Kalaulah kita dapat memandang kelebihan yang Allah kurniakan dengan pandangan zahir kita, sudah pasti ramai yang tidak akan melepaskan naskhah al-Quran sehinggalah mata terlelap pejam.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi