Saturday, 1 May 2021

Kekeliruan Tentang Penulisan al-Quran

 Saya mencari penulisan saya berkenaan penulisan al-Quran di blog saya. Tentang sejarah penulisan al-Quran. Rupanya tiada entry di sana tentang penulisan al-Quran.

Saya nak copy dan paste di sini. Tak jumpa. Jadi saya tulis sahaja di sini. Kenapa saya cari? Saya perasan ada sedikit kekeliruan tentang sejarah penulisan al-Quran. Mungkin ada yang terkeliru bahawa tiada penulisan al-Quran berlaku di zaman nabi dan percaya bahawa pada zaman nabi al-Quran hanya dijaga secara hafaz terus di dalam dada para sahabat. Hakikatnya, penulisan al-Quran telah berlaku sejak zaman nabi lagi. Setiap wahyu yang diturunkan ketika itu terus ditulis oleh para penulis wahyu yang telah dilantik oleh nabi antaranya Abdullah ibnu Saad, Uthman ibnu Affan, Ali ibnu Abi Talib, Ubai ibnu Kaab, Zaid ibnu Thabit dan Muawiyah ibnu Abi Sufyan. Cara tulisan ayat al-Quran ketika itu adalah ia ditulis di pelepah tamar, tulang unta dan tulang kambing yang telah disamak. Juga pada potongan kayu dan ketulan batu. Jadi selain ayat al-Quran dipelihara di dada-dada para sahabat dengan secara hafazan, ia juga dipelihara dengan tulisan-tulisan sahabat yang telah ditugaskan oleh Nabi sollallhu alaihi wasallam. Dan ketika itu, hanya wahyu berupa al-Quran sahaja ditulis. Wallahu a'lam. #Firdaosrawi

Thursday, 20 December 2018

ANDA TIDAK PERLU TAHU HURUF HIJAIYYAH UNTUK MEMBACA ALQURAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Gambar : Google

Bila kita mula sekolah benda asas kita belajar adalah ABC. Begitu juga masa kita mula belajar mengaji kita belajar 29 huruf hijaiyyah. Sebab dengan asas ini baru kita boleh membaca. 

Kita berpandangan bahawa dengan kuasai huruf ini barulah kita boleh baca al-Quran.
Jadi orang yang tidak kenal huruf tidak boleh membaca al-Quran.
Sebab kita pegang ia adalah perkara asas. Ia betul. Namun, boleh atau tidak anak kecil atau kita tidak kenal huruf namun boleh baca al-Quran?

Sudah tentu boleh. Macam kueh atau roti canai, asas nak dapat makan mesti tahu cara nak uli. Kalau kita belajar buat sendiri, boleh cuma lambat sikit nak dapat.
Tapi kalau tak tahu pun kita tetap boleh makan. Kita pergi kedai mamak kita beli. 

Dan begitulah apabila anak kita, kita hantar mereka ke kelas mengaji. Dengan ustazah di hujung kampong contohnya. Atau rumah di sekitar taman. Untuk belajar asas sebelum dapat baca al-Quran. 

Ali Ba Ta. Namun sebelum asas tu dikuasai, kita boleh dah ajar mereka baca al-Quran dengan tidak perlu melihat al-Quran. Macam surah Fatihah yang kita pernah hafal dulu. Sedar tak sedar kita boleh je baca. Hasil ulang bacaan mak ayah kita sebelum tidur.


Zaman para sahabat dulu, tidak ramai yang boleh membaca. Majoriti ulamak berpandangan bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam tidak boleh membaca. Dan ia bukan suatu penghinaan. Kerana ia bagi menolak dakwaan orang kafir yang nabi belajar al-Quran dengan orang lain. Jadi dengan Nabi tidak boleh membaca, secara logik, dakwaan itu telah tertolak.

Sahabat Nabi sebahagian besar dari mereka tidak boleh membaca. Mereka terus simpan di dalam dada-dada mereka. Walau ketika itu, al-Quran yang ada bukan seperti sekarang ia ditulis atas kulit, atas tulang dan sebagainya. Tidak terkumpul seperti sekarang.

Jadi al-Quran tertulis di dalam dada-dada mereka dengan cara dengar dan terus hafaz dan juga ditulis di atas lembaran-lembaran oleh sahabat yang telah ditugaskan untuk menulis wahyu seperti 

TETAPI Bagaimana mereka yang buta huruf boleh membaca al-Quran?

Jawapannya, mereka mendengar dari Nabi atau dari sahabat yang telah mendengar dari Nabi dan terus dihafaz dalam hati mereka.

Baca al-Quran ini boleh sahaja samaada dengan melihat al-Quran ataupun tanpa lihat. 

Bolehkah kita buat begitu dengan anak-anak kita?

Boleh. Mulakan dulu dengan surah-surah pendek. Contoh Surah Al-Fatihah. Surah al-Ikhlas dan sebagainya.

Pepatah arab ada mengatakan, Belajar di waktu kecil bagai mengukir di atas batu. Belajar di waktu tua seperti menulis di atas air.



Imam Hafs

Saturday, 8 December 2018

CARA BELAJAR MEMBACA ALQURAN SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Gambar : Google



Ada yang tanya bagaimana cara nak belajar baca al-Quran sendiri. Oleh sebab tiada masa untuk cari dan belajar dari guru secara berdepan. 

Sekarang ramai guru yang mengajar al-Quran. Samaada di masjid atau secara online.

Namun begitu tidak semua dapat hadir ke kelas pengajian seperti yang ada di masjid. Ramai yang biasa penuhkan kerusi kelas adalah golongan yang telah bersara. Yang sudah tidak terikat dengan pekerjaan harian. Kena pula dengan waktu. Ialah kadang waktu belajar al-Quran di masjid adalah pada waktu pagi atau tengahari. Terutama pengajian al-Quran muslimah. 

Biasa jadualnya adalah selepas Zohor hingga Asar.

Mereka yang terhalang mungkin sebab berikut:-
  1. Terhalang disebabkan tugas harian. Pagi pergi kerja pulang malam. Tidak sempat untuk hadir kelas pengajian.
  2. Malu dan kurang yakin juga salah satu halangan dari dalam diri menghalang hasrat dan cita-cita untuk  belajar al-Quran. Akhirnya bertahun tertangguh. 
  3. Yuran untuk membayar guru.

Apapun dinding penghalang, untuk belajar al-Quran secara sendiri tidak digalakkan. Maksudnya dengan mendengar dari radio, atau secara online. Kalau secara online yang boleh guru dengar dan betulkan ok. Kalau satu hala tidak digalakkan  kerana perlu bimbingan guru. Secara bersemuka. 

Kerana, dengan mendengar, guru boleh betulkan bacaan. 

Begitulah cara yang telah ditunjuk dan diteladani dari Nabi Muhammad ( selawat atas baginda). Baginda tunjuk belajar perlu berguru. Secara berhadapan. Dan nabi membaca di hadapan Jibril setiap tahun sekali di setiap bulan ramadan. Menunjukkan kepada kita peri pentingnya membaca di hadapan guru. 


Al-Quran diturunkan melalui Malaikat Jibril dan diajarkan oleh Rasulullah (baca selawat atas baginda ) kepada para sahabat. Dan ia (al-Quran) diturunkan (baca diajar ) kepada generasi seterusnya melalui talaqqi. Secara murid berhadapan dengan guru. Istilahnya adalah talaqqi.

Jika ada halangan, cadangan di bawah ini mungkin boleh dipertimbangkan.

  1. Mencari guru yang mahir. Guru yang mahir biasanya ada di tempat kita. Perkembangan pengajian Islam di Malaysia sejak beberapa tahun melahirkan ramai guru al-Quran.
  2. Belajar melalui youtube. Ini boleh jika anda belajar asas huruf. Pun begitu amat penting untuk anda bertalaqqi bacaan daripada ustaz.
  3. Belajar mengenal huruf terlebih dahulu. 
  4. Mendengar berkali-kali bacaan surah pendek terlebih dahulu. Terutama Surah Al-Fatihah. Saya cadangkan anda dengar bacaan Syeikh Mahmood Khalil al-Husary (1980)
  5. Doa dan mohon kepada Allah agar dipermudahkan anda untuk belajar al-Quran.
  6. Sabar dan istiqomah ( teruskan ) sehingga berjaya.
Kesimpulannya untuk mempelajari bacaan al-Quran perlu kepada guru yang mahir kerana mereka akanb memantu dengar dan meneliti kekurangan bacaan anda seterusnya membetulkan.

Marilah bersama menyemarakkan lagi dan  membuka jalan untuk menuntut ilmu.

Hadith dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)

Semoga kita mendapat ganjaran ini, iaitu ganjaran bagi para penuntut ilmu.

Imam Hafs

Wednesday, 28 November 2018

KEMBARA MESIR : TASIK QARUN

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Gambar : Google




Bandar raya Mesir. Sinar matahari menyucuk badan. Perjalanan ke Fayyoum ketika itu dengan menaiki bas. Berhampiran bandar ini terletak satu tasik.  Ikut sejarah, di sini lah sejarah tempat seorang manusia bernama Qarun. 


Keluasan tasik ini adalah 55000 hektar.

Disebut dalam surah al-Qosos ayat 76 m.s 395

Allah berfirman, “Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga. Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.’

Sebenarnya Qarun adalah salah satu dari kaum Musa dari kalangan Bani Israil.
Kaya dan dilimpah dengan harta tetapi tidak beriman.
Bermula musuh Qarun dengan Nabi Musa alaihissalam adalah apabila perintah zakat disyariatkan.

Setiap 1000 dinar, satu dinar.
Setiap 1000 kambing, seekor kambing.

Qarun tidak berpuashati.

Dia berkata kepada Bani Israil, "Mari kumpul dekat rumah aku, aku nak bagi zakat dan panggil Musa sekali."

Berkumpul Bani Israil beramai-ramai termasuk Nabi Musa. Dan dalam diam, dia telah upah seorang perempuan mengaku dia berzina dengan Nabi Musa.

Apabila semua dah datang dan Nabi Musa datang Nabi Musa kata, "Bagus Qarun dia dah mula nak bagi harta dia pada orang ramai."

Ketika itu, Qarun berkata kepada Bani Israil, "Wahai saudara-saudaraku sekalian
kalau kita mencuri, syariat Musa kata apa?"

"Kalau mencuri potong tangannya."

"Kalau seorang itu berzina, dan dia tidak mempunyai isteri, apakah kata syariat Musa?"

"Dia akan disebat dengan seratus rotan. Kalau dia berzina dan dia punyai isteri maka dia akan direjam sehingga mati. "

"Kalau begitu, wahai sahabat-sahabat saudaraku sekalian, Musa yang membawa syariat ini, dia telah berzina."

Semua ternganga dan mata terlopong.

"Aku akan panggil perempuan yang telah berzina dengan Musa." kata Qarun.

Maka dipanggil perempuan itu, dan ketika perempuan itu keluar dia berkata, "Ya aku telah berzina dengan Musa!"

Maka gemparlah Bani Israil ketika itu.

Nabi Musa hanya diam dalam keadaan hatinya terharu. Tidak tahu nak cakap apa.
Selepas perempuan itu habis sahaja cakap, Nabi Musa pandang terus tepat ke mata perempuan itu.

"Wahai perempuan, aku ingin bertanya kepada engkau," kata Musa, "di atas nama tuhan yang maha berkuasa, betulkah aku ini tidur dengan engkau?"

Ketika melihat mata Musa alaihissalam, menggeletar tubuh badan wanita itu, 
"Tidak.... tidak, sebenarnya, aku dibayar oleh Qarun."

Terus gempar kaum Nabi Musa dan terus sujud kepada Allah subhanahu wataala. 

Dalam sujud, sebut, "Ya Tuhan, aku ingin keadilan darimu tuhan."

Angkat sahaja kepala Allah subhanahu wataala berfirman, "Wahai Musa, aku perintahkan bumi ini untuk taat kepada engkau."

"Wahai Qarun, berkatalah yang benar." kata Musa.

"Takde-takde dia tengok engkau sebab itu dia takut," kata Qarun, "memang kau berzina, kau tidak selayaknya menjadi Nabi."

Kata Musa alaihissalam, "Kalau perkataan kau dusta, "wahai, bumi ambillah mereka." 
Bergegar bumi, dan bumi mula telan Qarun dan pengawalnya sedikit demi sedikit 
sampai ke buku lali.

Kata Musa, "Wahai Qarun berkatalah yang benar."

Kata Qarun, "Takde Musa kau memang sengaja nak mendoakan aku begini pula. Kau telah berbuat jahat."

Kata Musa, "Wahai bumi, ambillah mereka." Maka bumi menelan mereka sehingga ke dada.

Qarun masih sama mempertahankan.

"Wahai bumi, kalau dia dusta kau telanlah mereka." 
 Maka ditelan bumi sehingga ke paras leher.

Kata Qarun, "Baiklah Musa aku salah."Tetapi sudah terlambat kerana roh telah ditarik sehingga ke halqum. Taubat tidak diterima. Akhirnya tertelanlah Qarun  dan hartanya.


Seluas mata memandang ketika saya melihat tasik Qarun itu. Tak terbayang dalam minda saya, sejarah Qarun dan cerita ustaz masa sekolah dulu begitu besar tasik itu sebenarnya.

Timbul keinsafan. Sesak dada. Semoga Allah memelihara iman ini.


Imam Hafs

Monday, 26 November 2018

AL-QURAN ITU SYIFAK

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Gambar : Google




Langit yang cerah tidak sampai ke petang. Ada masa hujan. Ada masa mendung. Ada masa ribut.

Ada kawasan banjir, ada yang kemarau. Begitu juga kehidupan. Masing-masing dengan ujian. Ketetapan ilahi, untuk menguji iman di dada. Agar memperolehi kekayaan pahala bagi yang genggam sabar.

Pernah satu ketika rakan saya diuji. Dengan sakit yang sedikit misteri. Bermula dengan sakit kaki dan akhirnya beliau tidak dapat bergerak.

Hospital dah pergi. Bahkan, ramai yang ada ilmu datang membantu. Ketika itu, saya dapat melihat pelbagai ragam cara perubatan. 

Nampak sakit tidak juga kebah, ibarat matahari semakin lama semakin panas. Seorang sahabat minta tolong pada seorang syeikh tempat kami belajar.

Syeikh ini, selain mengajar Nahu di masjid, wajahnya sentiasa tersenyum. Melihatkan gigi yang putih bersih selain tasbih di tangan yang sentiasa di pegang. Satu persatu dikira dengan jari. 


"Mana minyak zaitun tadi?", Tanya Syeikh.

"Baik, kamu semua duduk di sini dan baca surah Soffat, setiap ayat dibaca 21 kali."
"Selepas ayat 1 dibaca 21 kali, baca ayat kedua 21 kali dan seterusnya sampai aku suruh berhenti."

Maka bermulalah alunan bacaan al-Quran sebagaimana yang diminta oleh Syeikh.

Syeikh pula dengan senyumannya yang tidak tertanggal, mengambil minyak dan disapu sambil mengurut sahabat kami.

Tidak kepalang menahan sakit. Tetapi Syeikh seperti tidak dengar dan hanya meneruskan sahaja apa yang beliau perlu lakukan.

Selepas sahaja selesai, kami mengangkat sahabat itu ke bilik air. Berkerut dahi saya. Pelik, badannya menjadi berat dua tiga kali ganda.

Ibarat ayat yang al-Quran dimasukkan ke dalam badan beliau.

Dan semenjak hari itu, penyakitnya semakin lama semakin pulih seperti banjir yang kian surut. Dan matahari mulai bersinar. Memancarkan cahaya pengharapan.

Beliau kian pulih dan terus pulih. 

Benarlah al-Quran itu syifak. Berguna bagi mereka yang yakin. 



Imam Hafs


Saturday, 24 November 2018

ULASAN KELAS ASAS BLOG

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Tulisan ini panjang. 

Sejak empat belas hari lalu saya telah mempasakkan ke dalam minda yang saya akan buat sampai habis. Untuk kali ini mesti selesai. Alhamdulillah syukur, ketika saya menulis status ini, saya telah berjaya menghabiskan tugasan 44 entry bagi kelas asas blog yang dipegang strengnya oleh Puan Masayu Ahmad

Beliau merupakan salah seorang penulis dan sejak dulu giat membantu terutama suri rumah yang berminat menambah pendapatan dengan berblog. 
.

Tidak hairanlah ramai alumni beliau telah berjaya menerbitkan buku dan menjana pendapatan walau bergelar suri.

Mengapa saya mengikuti kelas beliau?

Soalan analisa akan diberi.
Bagi mengenalpasti kepakaran kalian atau niche yang sesuai.
Kemahiran dan kepakaran akan dipilih sebagai tulisan agar dapat memberi impak terhadap pembaca. 

Panduan  tugasan akan diberi setiap hari.
Kalian akan 'dikejar' bagi terus kekal semangat.

Jujurnya saya telah mengikuti kelas beliau sejak tahun 2013 lagi. Tepatnya bulan 6 2013. Wah sudah lima tahun rupanya. Itu kelas yang pertama tetapi mungkin tidak berjaya. Untuk diri saya.

Ok hirup Nescafe panas dulu.

.

Kali ini kebetulan saya memperkenalkan Puan Masayu Ahmad dengan seorang sahabat, terdetik dalam hati dan minda apa salahnya kalau saya pun join sekaki? Inipun kelas terakhir.

Untuk bermula itu mudah tapi untuk 'sustain' itu susah. 

Dan ketika ini, saya ikuti kelas ini dengan mindset yang berbeza. "Aku mesti habiskan juga." It's now or never. Sifu mindset saya sebut, tukar cara fikir akan bertukarlah cara tindakan. Fikir luar biasa, akan bertindak luar biasa.

Kedua niat. Guru saya beritahu niat itu akan menentukan sama ada kita akan letih atau  kita akan menikmati perjalanannya. Impress@  Impact.

Alhamdulillah walaupun hati saya sedar dan yakin perlu banyak dipelajari, penambah baikan ayat dan bahasa, tatabahasa, tanda baca, perisa, garam gula dan sebagainya tetapi jiwa syukur kerana saya telah berjaya memecahkan halangan yang besar. Halangan itu adalah diri saya sendiri. Keyakinan dan kepercayaan.

Dulu Puan Ayu juga jurupandu tapi brake tu dekat kaki kanan saya. Haha. Dan sayalah yang selalu tekan break itu. Kali ini saya serahkan padel brake itu pada beliau. 

Terima kasih pada Puan Masayu yang sabar melayan kerenah kami. Semoga mengalir kebaikan dalam kantung kanan cikgu.

Untuk anda yang ingin mula menulis. Tulislah.

Dan Cikgu lepas ni nak kena buat apa pula?
🤣

#EnjoyTheJourney
#DareToBeRare
#AnakAbi