Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Simpanan Laptop
Showing posts with label Ulamak Qiraat. Show all posts
Showing posts with label Ulamak Qiraat. Show all posts
Saturday, 22 February 2014
Sunday, 14 July 2013
Imam Hafs An A'sim
TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Mari kita kenali secara ringkas siapakah Imam Hafs di mana kita mengamalkan cara bacaannya.
Nama Imam Hafs ialah Hafs Ibn Sualaiman Ibn al-Mughirah Ibn Abi Daud al-Asadi al-Kufi. Lahir pada tahun 90 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 hijrah.،Kuniyahnya Abu Omar. Beliau adalah anak tiri kepada Imam 'Asim. Beliau mengambil bacaan daripada Majoriti anak murid Imam 'Asim yang paling mengetahui berkenaan Qiraat 'Asim ialah Imam Hafs. Keperibadiannya amat dipercayai ( thiqah.)
Ada kajian yang menyatakan bahawa sebanyak 95% daripada Umat Islam yang membaca riwayat ini.
Telah berkata Addani : beliau (Hafs) yang telah mengambil bacaan 'Asim dan menyebarkannya kepada orang ramai. . Beliau telah pergi ke Baghdad dan membaca dengan bacaan tersebut, dan pergi ke Mekah dan membaca dengan bacaan Imam 'Asim.
Berkata : Berkata Yahya bin Muayyin : Riwayat yang soheh yang diriwayatkan daripada Qiraat 'Asim adalah Hafs.
Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat dan mantap. Beliau sentiasa berulang alik antara Baghdad , Mekah dan Kufah dengan tujuan mengajar Qiraat ‘Asim. Mungkin inilah sebab mengapa Qiraat ini tersebar luas dan ramai orang Islam yang mengamalkan Qiraat A’sim. Berbeza dengan Qurra yang lain pada kebiasaannya mereka akan mengajar Qiraat di sekitar tempat mereka menetap sahaja seperti Imam Ibn Kathir yang mengajar Qiraat beliau di Mekah.
Sekian , Wasalam.
Firdaos mohd rawi
Wednesday, 19 June 2013
Ulamak-Ulamak Qiraat
TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Berikut adalah senarai Imam-Imam Qiraat.
Perawi :
1- Qalun
2- Warsh
Nama Imam : Ibnu Kathir Al-Makki
Perawi:
1- Al-Bazzi
2- Qunbul
Nama Imam : Abu Amir Albasri
Perawi:
1- Adduri
2- Assusi
Nama Imam : Ibnu Amir Assyami
Perawi:
1- Hisyam
2- Ibnu Zakwan
Nama Imam : A’sim
Perawi:
1- Syu’bah
2- Hafs ( KITA MEMBACA MENGIKUT BACAAN BELIAU)
Nama Imam : Hamzah
Perawi :
1- Khalaf
2- Khallad
Nama Imam : Alkisai Alkufi
1- Abul Harith
2- Adduri
Nama Imam : Abu Ja’far Almadani
Perawi:
1- Ibnu Wardan
2- Ibnu Jammaz
Nama Imam : Ya’kub
Perawi :
1- Ruwais
2- Rauh
Nama Imam : Khalaf
Perawi :
1- Ishak
2- Idris
Sekian , Wasalam.
Firdaos mohd rawi
Subscribe to:
Posts (Atom)

