Monday, 10 February 2014

BIJAK MAD

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Mad Asli merupakan perkara yang asas yang perlu diketahui jika ingin membaca al-Quran dengan sempurna. Walaupun ia merupakan hukum yang mudah namun kesalahan ketika membaca huruf mad asli ini biasa juga dilakukan.

PENGERTIAN MAD

Mad dari segi bahasa - Menambah

Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin. 
Huruf mad  ada tiga iaitu 


Mad Asli



Dengan dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :



Sekiranya sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:
Tidak dibaca panjang apabila menyambungkan bacaan tetapi apabila berhenti pada kalimah tersebut ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2,4 atau 6 harakat.





BAHAGIAN MAD

Mad terbahagi kepada 2 bahagian.

1- Mad Asli
2- Mad Far'i

Mad asli adalah merupakan mad yang wujud apabila huruf-huruf bertemu dengan huruf mad mengikut syarat yang telah disebutkan di atas. Sekiranya selepas huruf mad tersebut bertemu dengan huruf mad atau sukun maka mad far'i akan berlaku.


Kadar bacaan Mad Asli ini adalah sekadar dua harakat. Di dalam penulisan al-Quran Rasm Othmani huruf mad asli tidak ditulis tanda mati pada tiga huruf tersebut.

Mad Far'ie merupakan cabang hukum mad. Ia berlaku apabila bertemu huruf mad dengan :

  a ) Huruf Hamzah

  b ) Sukun

Terdapat juga Mad Far'ie yang berlaku antara Ha Dhomir dengan huruf hamzah.







Kelebihan Mempelajari Al-quran

No comments:

Post a Comment