Tuesday 30 September 2014

MENCARI REDHA IBU

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Keberkatan seorang ibu



Allah subhanahu wataala telah berfirman : 

KEBERKATAN SEORANG IBU

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya seudah sampai usia tua dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepadanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka , dan ucapkanlah perkataan yang baik-baik kepada mereka.
* mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak dibolehkan oleh agama, lebih-lebih lagi mengucapkan kata-kata atau melayan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Ayat di atas memberi pengajaran dan tuntutan kepada anak-anak beradab terhadap ibu dan ayah. Larangan berkasar terhadap ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka mempunyai hikmah tesendiri.

Kita dapat melihat dan mendengar pelbagai cerita berkenaan dengan akibat derhaka terhadap ibu bapa. Pengalaman penulis sendiri ketika mendengar perkongsian seorang sahabat berkenaan perkara yang terjadi kepadanya akibat terlupa memasukkan duit bulanan kepada ibu beliau memberi keinsafan dan peringatan,

Ishak ( bukan nama sebenar ) menceritakan bahawa beliau setiap bulan apabila mendapat gaji akan memasukkan duit kepada ibunya. Berapa banyak wang penulis tidak bertanya. Satu ketika beliau terlupa memberikan wang seperti kebiasaannya. Apa yang berlaku?

Dia dapat merasakan hidupnya ketika itu sempit. Kereta yang baru dibeli rosak. Perlu dibaiki. Dan beberapa perkara yang menyebabkan beliau terfikir, apa lah salah aku?  Apa yang aku ada buat salah kepada orang? 

Tiba-tiba beliau teringat bahawa bulan tersebut beliau terlupa memberikan duit kepada ibu beliau. Terlupa bukan sengaja! Selepas itu beliau sentiasa beringat untuk memberi duit belanja kepada ibu beliau.

Banyak lagi kisah pengajaran kehidupan yang boleh kita ambil iktibar daripadanya. Kita cuba lihat nanti siapakah sahabat Nabi Musa alaihissalam di dalam syurga insyaAllah.




Sila tonton video ini.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

\

Monday 29 September 2014

IMAM AL-BAZZI

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar :


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

IMAM AL-BAZZI

Nama :
Abu hasan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al-Qasim bin Nafi’ bin Abi Bazzah Al-Makki

Tarikh lahir : Tahun 170 Hijrah di Makkah

Gelaran : Abu Al-Hassan

Sifat Peribadi :
Antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir
Salah seorang perawi Ibnu Kathir
Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai
Perawi yang dhobit  ingatan dan penulisan
Seorang muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun


Kelebihan Mempelajari Al-quran

IMAM IBNU KATHIR AL-MAKKI

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar :


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani





IMAM IBNU KATHIR AL-MAKKI

Nama : Abu Sa’id Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bain Zazan bin Fairuz bin Hurmuz

Tarikh lahir : Tahun 45 Hijrah di Makkah

Gelaran :
Abu Ma’bud

Sifat Peribadi :
Berkulit hitam manis
Bermata biru
Putih kepala dan janggut
Fasih dan pandai berkata-kata
Berbadan tegap dan tinggi

Tarikh Wafat : Tahun 120 Hijrah di Makkah ketika berumur 75 tahun

Anak murid :
antara yang mashur ialah :
Al-Bazzi
Qunbul


Kelebihan Mempelajari Al-quran

KEJADIAN RIBUT DI BUKIT JELUTONG SAYA ADA DI SITU

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : oh media


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani











Selesai saya pergi interview HLP di Cyberjaya saya singgah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong untuk solat zohor. Keadaan ketika itu sudah menunjukkan tanda-tanda akan turun hujan yang lebat.

Seusai solat saya terus pergi ke kereta untuk pulang. Ketika itu hujan sudah pun turun. Waktu saya keluar dari masjid dan untuk menghala ke roundabout hujan turun dengan lebat. Memang waktu itu tak nampak jalan. Saya pasang lampu tinggi, tapi memang hujan sangat lebat. 

Bersebelahan dengan jalan menuju ke highway saya dapati zink yang dipasang pemaju jatuh. Di tengah jalan terdapat sebatang pokok yang telah jatuh menghalang jalan. Saya pun pusingkan kereta untuk patah balik dalam keadaan jalan 'one way. 

Bercadang untuk lalu di jalan berhadapan masjid tetapi tidak boleh sebab terdapat sebatang pokok tumbang menghalang jalan. Ketika itu hujan dan ribut masih lagi kuat. Saya patah balik sambil memerhatikan keadaan sekeliling takut ada objek yang terbang menghala ke kereta dan berhenti di sebelah roundabout.

Satu perkara yang saya ingat untuk lakukan ketika itu. Azan!!! Teringat bapa mentua saya pernah azan masa ribut yang melanda di rumahnya beberapa tahun dahulu. Dan saya sendiri pernah mendengar ceramah Tn Guru Dato Dr Haron Din mengenai keajaiban azan. Suatu hari terjadi ribut di sebuah rumah. Lalu tuan rumah tersebut keluar dan mendapati angin puting beliung sedang berputar dan menuju ke rumahnya. Dalam keadaaan tersebut, dia azan dan mendapati puting beliung berpecah dua mengelak dari menuju kerumahnya dan bercantum selepas itu.

Saya Azan di dalam kereta dengan harapan ribut angin taufan reda. Alhamdulillah ribut reda dan dapat melihat jalan dengan jelas. Gambar tak sempat nak ambil memandangkan hp telah habis bateri. Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah dan memang banyak pokok tumbang dan atap melayang. Semoga tidak ada yang cedera.

Semoga kita semua diselamatkan daripada bala. Allah swt berkuasa atas segalanya.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

LULUS ATAU TIDAK TEMUDUGA

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google




بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Temuduga
Gambar sekadar hiasan


Alhamdulillah syukur kepada Allah swt atas peluang dan ruang yang diberikan. Sebulan yang lepas saya telah ditawarkan temuduga Hadiah Latihan Persekutuan dan cuti belajar bergaji penuh untuk sambung belajar.

Salah satu syarat yang perlu di bawa ketika temuduga adalah proposal. Proposal untuk buat kajian ilmiah yang perlu dibawa ketika temuduga merupakan salah satu item yang akan ditanya. Apa kajian yang hendak kita buat. Metodologi yang hendak digunakan ketika kajian dan perkara yang berkaitan dengan proposal.

Saya sememangnya lemah dalam membuat proposal ni. Mujur ada beberapa rakan yang sudi membantu. Walaupun begitu semuanya bergantung kepada rezeki juga. Saya berjaya hadir temuduga dengan harapan akan dapat tawaran HLP tersebut. Dalam 12 orang yang ditemuduga berkemungkinan dua orang sahaja yang akan ditawarkan.

Apa yang kita boleh lakukan adalah menyerahkan segalanya kepada Allah swt. Samaada dapat atau tidak berbaik sangka dengan Allah swt merupakan jalan yang membuat hati itu redha dan tenang.

 {وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ} [البقرة: 216]}.



 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui. Jika kita berdo'a kepada Allah maka kita harus meminta agar kita diatur oleh Allah. Kita harus meminta apa yang baik menurut Allah. Bukan menurut kita karena mungkin saja sesuatu menurut kita adalah baik tapi kenyataannya tidak. 


Kelebihan Mempelajari Al-quran

Saturday 27 September 2014

HAKIM PERTANDINGAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Musim sekolah tidak lama lagi akan masuk ke minggu peperiksaan. Ketika saya menulis entry ini, saya baru lepas menunaikan tanggungjawab sebagai hakim untuk Majlis Mahrajan jQAF peringkat PPD Kuala Selangor.

Terima kasih dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya menjadi penganjur, pelatih, peserta dan juga hakim. Semoga mendapat ganjaran daripada Allah swt atas keikhlasan mendidik anak bangsa terutama al-Quran.

Setelah beberapa tahun terlibat dengan pertandingan Mahrajan jQAF khusus bagi tilawah al-Quran, saya dapati murid-murid yang menyertai pertandingan ini dapat membaca al-Quran dengan baik.

Mampu mencari surah yang dipinta dan membaca dengan kadar bacaan tajwid yang baik. Tahniah kepada guru, ibu bapa imam-imam masjid, ustaz dan ustazah yang sudi didatangi anak-anak dari kejiranan untuk belajar al-Quran.

Setakat markah yang diperolehi ketika pertandingan dijalankan, markah tajwid tidak didapati perbezaan yang ketara. Secara keseluruhannya murid dapat menguasai bacaan dengan bertajwid dengan baik. Apa yang membezakan antara juara adalah dari segi suara dan fasohah.

Semoga pencapaian ini dapat dipertingkatkan dan semoga semua anak didik dapat menguasai bacaan dengan baik. 



Kelebihan Mempelajari Al-quran

Thursday 25 September 2014

RAMAI YANG TERSALAH SANGKA MAKSUD KETENANGAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan tenang. Tanyalah kepada sesiapa sahaja sudah pasti mereka akan mengharapkan kehidupan yang tenang dan bahagia.Bercita-cita untuk jadi kaya, sihat dan sebagainya. 

Apabila seseorang membayangkan dirinya sudah mempunyai harta yang banyak dia rasa dialah orang yang telah berjaya dalam hidup. Akan rasa tenangan dengan hartanya. Adakah itu maksud sebenar ketenangan? Kita lihat ramai orang kaya yang mengakhiri kehidupan mereka dengan membunuh diri. 

Artis-artis dari barat sebagai contohnya ramai yang kaya dan ketagih dadah, alkohol dan sebagainya. Apakah mereka tidak bahagia sedangkan mempunyai wang berjuta-juta di dalam simpanan mereka.

Apakah maksud sebenar ketenangan? Marilah sama-sama kita melihat video yang ingin saya kongsikan di sini.





Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin

Kelebihan Mempelajari Al-quran

BELAJAR MENAIP DENGAN PANTAS

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




kemahiran menaip




Sudah sekian lama blog saya ini  bersarang. Kalau rumah sudah pasti banyak sarang labah-labah. Tanpa sebarang penulisan kepada pengunjung. Mungkin kerana apabila saya ingin berkongsi di blog ini saya perlu meluangkan masa yang agak lama. Ini disebabkan kemahiran menaip yang agak lambat. 

Saya telah terjumpa satu laman web yang dapat melatih kemahiran menaip dengan pantas. Anda boleh google contoh 'typing lesson online' untuk mencari software  yang dapat melatih menaip secara percuma.
Saya masih lagi bertatih berlatih menambahkan kemahiran menaip dengan pantas.  

Saya cadangkan anda layari laman web ini http://10fastfingers.com/ untuk melatih kepantasan menaip anda. Dengan sedikit kesabaran sedikit sebanyak kemahiran menaip dengan pantas akan dapat dipertingkatkan. 

Practise make perfect.  Anda pasti teruja nak cuba. Semoga berjaya. 





Kelebihan Mempelajari Al-quran