Saturday 27 September 2014

HAKIM PERTANDINGAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Musim sekolah tidak lama lagi akan masuk ke minggu peperiksaan. Ketika saya menulis entry ini, saya baru lepas menunaikan tanggungjawab sebagai hakim untuk Majlis Mahrajan jQAF peringkat PPD Kuala Selangor.

Terima kasih dan tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah berjaya menjadi penganjur, pelatih, peserta dan juga hakim. Semoga mendapat ganjaran daripada Allah swt atas keikhlasan mendidik anak bangsa terutama al-Quran.

Setelah beberapa tahun terlibat dengan pertandingan Mahrajan jQAF khusus bagi tilawah al-Quran, saya dapati murid-murid yang menyertai pertandingan ini dapat membaca al-Quran dengan baik.

Mampu mencari surah yang dipinta dan membaca dengan kadar bacaan tajwid yang baik. Tahniah kepada guru, ibu bapa imam-imam masjid, ustaz dan ustazah yang sudi didatangi anak-anak dari kejiranan untuk belajar al-Quran.

Setakat markah yang diperolehi ketika pertandingan dijalankan, markah tajwid tidak didapati perbezaan yang ketara. Secara keseluruhannya murid dapat menguasai bacaan dengan bertajwid dengan baik. Apa yang membezakan antara juara adalah dari segi suara dan fasohah.

Semoga pencapaian ini dapat dipertingkatkan dan semoga semua anak didik dapat menguasai bacaan dengan baik. 



Kelebihan Mempelajari Al-quran

3 comments: