Wednesday 26 August 2015

AKHLAK HAMLATUL ALQURAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop




Ibnu Umar RA berkata : " 

Sesungguhya kami adalah merupakan generasi terawal umat ini. Seseorang sahabat nabi yang paling baik tidak memiliki hanya satu surah sahaja dari surah al-Quran atau seumpamanya. AL-Quran sangat berat bagi mereka. Akan tetapi mereka diberikan kemudahan untuk beramal dengannya. Dan sesungguhnya umat ini yang terakhir, mereka dianugerahkan keringanan menguasai al-Quran sehinggakan ia dapat dibaca oleh kanak-kanak dan juga orang bukan arab. Akan tetapi mereka tidak beramal dengannya."


Abdullah Ibn Masud Radiahllahuanhu berkara : Rasulullah saw bersabda :

" Al-Quran ini akan diwarisi oleh satu kaum, mereka meminumnya sama sepertimana mereka meminum ai, akan tetapi al-Quran yang dibaca itu tidak melepasii kerongkong mereka."

Apabila kita membaca kata-kata sahabat dan sabda nabi di atas, dan kita melihat keadaan kita pada hari ini, kita akan dapati akan kebenaran kata-kata nabi tersebut. Memang pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenarannya.

Semoga kita berusaha dan menjadi mereka yang bukan sekadar membaca dan menghafaz tetapi beramal juga dengan isi  al-Quran

Kelebihan Mempelajari Al-quran

Saturday 25 April 2015

KELAS HAFAZAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, kelas hafazan masuk hari ke-4 pada hari ini. Pada kali ini saya menggunakan kaedah hafazan secara berkumpulan. 

Menggunakan kaedah ini, membuatkan semua pelajar terpaksa mengambil bahagian ketika hafazan dijalankan. Kaedah pembahagian ayat kepada kalimah ketika hafazan menyebabkan pelajar lebih seronok dan lebih peka. 

Kaedah soalan sangat membantu dalam hafazan pelajar. No ayat, no muka surat surah dan sebagainya diselang-selikan agar pelajar dapat mengingat no ayat yang dihafaz.



Kelas Hafaza Bijak Alquran Bijak Tajwid

Kelas Hafaza Bijak Alquran Bijak Tajwid


Pelajar sedang ulangkaji hafazan bersama dengan rakan yang lain.

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menghafaz ayat 1-5 Surah al-Waqiah.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

Tuesday 21 April 2015

KELAS HAFAZAN BERMULA

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Murid Sedang Menghafaz al--Quran


Alhamdulillah. Kelas hafazan bagi Masjid Jamik Kg Kuantan telah bermula. Pada hari pertama terdapat 17 orang yang telah mendaftar. Program mingguan anjuran masjid ini adalah bertujuan memberikan peluang kepada remaja untuk menghafaz al-Quran.

Program setiap hari Ahad ini bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 pagi. Secara umumnya, peserta perlu menghafaz surah-surah pendek pada juzuk ke 30.

Selepas peserta berjaya menghafaz surah-surah yang diberikan, peserta akan berpeluang mengahafaz surah-surah yang biasa dibaca seperti surah al-Waqiah, Yasin, AlMulk dan sebagainya.

Semoga usaha kecil ini mendapat keredhaan daripada Allah swt dan mendapat kebaikan dan rahmat darinya.

Sekian.

Kelebihan Mempelajari Al-quran