Wednesday 11 October 2017

KESALAHAN BACAAN KALIMAH SURAH ALKAHFI AYAT 42

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Semalam kami sampai pada bacaan surah alkahfi ayat yang ke 42. Di situ terdapat kalimah فَأَصْبَحَ.

Berlaku kesalahan dengan menebalkan huruf alilf. Terkesan disebabkan huruf sod disebelahnya.


Bacaan yang betul adalah "FAASBAHA." Kesalahan yang berlaku adalah di baca dengan "FAOSBAHA." 

Macamana boleh berlaku ketebalan huruf alif itu? Ia terkesan dengan huruf Sod yang berada disebelahnya, menyebabkan pembaca membaca huruf alif dengan tebal disitu.

Maka yang tepat adalah dibaca dengan  "FAASBAHA."




Share dan perkongsian.

Imam Hafs



Saturday 7 October 2017

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN AL-QURAN DIKUMPULKAN ZAMAN KHALIFAH UTHMAN?

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN KEPADA SAIDINA UTHMAN AGAR ALQURAN DIKUMPULKAN?


Pengumpulan al-Quran berlaku sejak zaman Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Kemudian ia diteruskan oleh Khalifah Abu Bakar Assiddiq. Dan berlaku lagi pada zaman 
Khalifah Uthman radhiallahuanhu. Boleh baca di sini.


Pada zaman Khalifah Abu Bakar yang memberikan cadangan adalah Saidina Umar radhiallahu anhu. Akibat kematian ramai para sahabat yang menghafaz alquran gugur syahid ketika itu.

Pada zaman Khalifah Uthman pula berlaku satu penaklukan kaum muslimin ke atas Armenia dan Azarbaijan. Huzaifah al-Yaman ketika itu bersama kaum muslimin merasa terkejut. Mengapa?

Huzaifah al-Yaman dalam keadaan risau dan terperanjat akibat berlaku perselisihan antara kaum muslimin ketika itu. Ia bukan masalah pemilihan ketua. Bukan kerana lemah semangat untuk berperang. Apa yang berlaku adalah perselisihan dalam pembacaan kitab suci mereka ( al-Quran). 

Berkata Huzaifah kepada khalifah, "Wahai Amirul Mukminin, cepatlah selamatkan umat Islam sebelum mereka bercakaran tentang membaca kitab suci al-Quran seperti kaum Yahudi dan Nasrani telah bercakaran sesama mereka."

Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Al-A'as, Abdul Rahman bin al-Harith diarahkan oleh Khalifah untuk menyalin kitab al-Quran ke dalam beberapa buah mashaf.

Mashaf-mashaf ini ditulis dengan berpandukan kepada suhuf yang disimpan oleh Saidatina Hafsah. Selesai sahaja penulisan ini, suhuf ini dipulangkan semula kepada Saidatina Hafsah.

Yang lain diarahkan untuk dibakar dan dibiarkan Suhuf asal daripada dibakar kerana ia merupakan sumber asal dan sahabat semua mengakui kesahihannya.


Mohon share.

Imam Hafs

BAGAIMANA CARANYA SAIDINA UTHMAN MENULIS MUSHAF

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ketika Saidina Uthman mula memilih sahabat-sahabat untuk menulis al-Quran,beliau telah meminta sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar.

Ada beberapa perkara yang dipastikan sebelum sesuatu ayat al-Quran ditulis:-

  • Dipastikan ayat-ayat benar daripaa Quran dan ia tidak dimansuhkan ketika semakan terakhir. Semakan terakhir ini berlaku pada akhir hayat baginda Nabi sollallahu alaihi wasallam. Boleh baca di sini.
  • Tidak ditulis sesuatu yang tidak sabit daripada Quran. Ada beberapa tulisan sahabat dalam buku catatan mereka yang memberi jelas berkenaan makna sesuatu ayat al-Quran.
  • Jawatankuasa penulisan ini, menulis mashaf-mashaf yang meraikan perbezaan tentang hazaf, ithbat, naqs, ziadah dan lain-lain sebagaimana ia diturunkan. Boleh baca sini Al-Quran diturunkan dalam 7 loghat.
  • Sekiranya terdapat perselisihan antara mereka, maka ia akan ditulis dengan loghat kaum Quraisy.
Antara perkara yang pernah menjadi perselisihan antara mereka adalah pada kalimah 

Zaid berpendapat kalimah ini perlu ditulis dengan التابوة (ta marbuthah ).Sahabat dari Quraisy berpandangan ia perlu ditulis dengan التابوت (ta terbuka). Saidina Uthman membuat keputusan bahawa ia perlu ditulis dengan التابوت (ta terbuka) kerana mengikut loghat Quraisy.

Penulisan di zaman Uthman ini berpunca dari kepelbagaian bacaan para Qurra' ketika itu. Ada dari kalangan mereka yang menerima bacaan sebelum berlaku semakan terakhir. Ketika semakan terakhir, terdapat ayat yang telah dimansuhkan. Ada yang mereka tidak tahu.

Selesai sahaja penulisan beberapa mashaf sebagaimana yang dirancang, Saidina Uthman memulangkan semula suhuf asal kepada Ummil Mukminin Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab.

Mashaf-mashaf lain yang siap ditulis dihantar ke kota-kota yang diperintah Islam ketika itu.
Mushaf-mushaf lain yang ada ketika itu dibakar dan dimusnahkan. Tujuaannya adalah untuk menjaga pintu fitnah daripada terbuka dan kejahatan yang mungkin timbul.

Wallahu a'lam.

Mohon share

Imam Hafs

Friday 6 October 2017

PENGUMPULAN AL-QURAN ZAMAN ABU BAKAR PERKARA BID'AH?

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


ADAKAH PENGUMPULAN AL-QURAN ZAMAN ABU BAKAR PERKARA BID'AH?

Jika diperhatikan, kita tidak dapat mengatakan pengumpulan al-Quran pada zaman Khalifah Abu Bakar assiddiq adalah satu perkara baharu atau amalan yang diada-adakan. Mengapa?

Pada zaman Rasulullah sollallohu alaihi wasallam, baginda telah memerintahkan kepada para sahabat yang terpilih untuk menulis ayat Al-Quran pada beberapa bahan seperti tulang-tulang, perca-perca dan lain-lain.

Khalifah Abu Bakar as-siddiq menyatukan dan menghimpunkan  dalam satu tempat. Khalifah Abu Bakar menyimpan mashaf itu sehinggalah beliau meninggal dunia. Seterusnya disimpan oleh Khalifah kedua iaitu Saidina Umar Al-Khattab ketika menjadi khalifah.

Selepas khalifah Umar radhiallahu anhu meninggal dunia, mushaf itu disimpan oleh anak beliau iaitu Hafsah binti Umar.  Selepas meninggal Hafsah radhiallahu anha, mushaf tersebut diminta oleh Marwan yang ketika itu adalah Gabenor Madinah. Mushaf tersebut diserahkan oleh adik Hafsah radhiallahu anha iaitu Abdullah Bin Umar radhiallahu anhu.

Mushaf itu telah dibakaar selepas selesai Khalifah Saidina Uthman radhiallahu anhu menyalin beberapa mashaf pada zamannya.

Begitu juga dengan mashaf-mashaf lain kesemuanya diperintahkan untuk dibakar.

Kita telah bincangkan berkenaan pengumpulan al-Quran pada zaman Khalifah  Uthman radhiallahu anhu pada entry ini.

Begitulah ambil beratnya para sahabat berkenaan kitab suci al-Quran ini. Ia merupakan usaha berterusan dalam memelihara mukjizat agung ini. Dan pemeliharaan ini(al-Quran), adalah satu perkara yang menjadi jaminan Allah subhanahu wataala.

Firman Allah subhanahu wataala,

 "(إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ (9"

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."

Ini bermakna perkara ini (pengumpulan al-Quran ) pada zaman Khalifah Abu Bakar as-siddiq bukanlah satu perkara bid'ah. Wallahu a'lam.

Mohon share


Imam Hafs


Thursday 5 October 2017

SAIDINA OTHMAN MENGUMPULKAN ALQURAN


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Pada zaman saidina Othman, telah berlaku peristiwa besar. Ia salah satu punca mengapa al-Quran dikumpulkan dan ditulis sekali lagi.


Berlaku pertelingkahan antara kaum muslimin. Puncanya?Perbezaan bacaan al-Quran. Menyebabkan ada antara mereka menyalahkan bacaan antara satu dengan yang lain. Untuk mengelakkan perpecahan di antara kaum muslimin, pengumpulan semula dibuat.

Hakikatnya, bacaan mereka betul kerana dipelajari daripada para sahabat yang mengajar al-Quran. Para sahabat mengambil bacaan daripada Rasulullah. Perbezaan bacaan ini kita kenali ilmu ini dengan ilmu Qiraat.


Disebabkan ini, Saidina Othman mengarahkan sahabat baginda untuk mengumpulkan semula al-Quran. Penulisan ketika dikumpulkan semula al-Quran dikenali dengan Resm Othman.


Jawatankuasa pegumpulan al-Quran ini diketuai oleh sahabat Nabi iaitu Zaid bin Thabit. Pengumpulan ini bukan biasa-biasa. Ia ditulis untuk mengelakkan perpecahan di kalangan kaum muslimin.
Disusun, disalin semula Sebanyak 6 salinan.

Lima daripadanya di hantar bersama dengan wakil untuk mengajar ke daerah berikut :


Abdullah bin As-Saib radhiallahuanhu dihantar ke Mekah
Al-Mughirah bin Abi Syahab radhiallahuanhuradhiallahuanhu dihantar ke Syam
Abdul Rahman Abdullah bin Habib A-Sulaimi radhiallahuanhu
dihantar ke Kufah
’Amar bin Qais radhiallahuanhu dihantar ke Basrah
Zaid bin Thabit radhiallahuanhu. di Madinah.
Satu mushaf dinamakan dengan Al-Mushaf Al-Imam yang disimpan oleh Khalifah Othman.


Terdapat juga mushaf-mushaf yang ditulis sebelum itu, apa yang berlaku kepada mushaf-mushaf mereka?


Anda belajar sesuatu? Mohon share artikel ini agar sebar manfaat.

Imam Hafs