Monday 29 July 2013

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN


Hukum Nun Mati dan Tanwin 

Hukum Nun Mati dan Tanwin terbahagi kepada 6 bahagian :

1- Izhar Halqi
2-Idgham Ma'al Ghunnah
3-Idgham Bilal Ghunnah
4- Izhar Mutlaq
5-Iqlab
6-Ikhfa Haqiqi


Apakah yang dimaksudkan dengan nun sakinah (نْ)
Ia lebih dikenali dengan nun mati bersifat ghunnah iaitu dengung.

Tanwin pula ialah dua baris samaada dua baris diatas , dua baris di bawah, dan dua baris dihadapan.

Apabila nun sakinah (نْ) ataupun huruf yang bertanda tanwin bertemu dengan huruf-huruf yang tertentu daripada 6 hukum di atas sebagai contoh bertemu dengan huruf ح -( huruf izhar ) maka bacaan perlulah diizharkan. Sekiranya huruf nun sakinah (نْ) ataupun huruf yang bertanda tanwin bertemu dengan huruf ikhfak maka bacaan perlu diikhfa'kan.

Kita akan lihat secara terperinci berkenaan 6 hukum tersebut selepas ini.




Sunday 28 July 2013

10 MALAM TERAKHIR

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
10 Malam Terakhir

 Ahlan wasahlan. Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. jadual penuh menyebabkan saya terlepas pandang pada blog ini. Kini kita telah berada di 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Terasa seperti baru semalam kita mula berpuasa. Marilah kita bermuhasabah melihat bagaimanakah kita bersama Ramadhan pada dua fasa awal. Rahmat dan maghfirah ( keampunan ).

Kalaulah saidina Musa dapat melihat kelebihan umat Muhammad s.a.w ini, mengapakah kita tidak mahu cuba mengerti kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Alangkah indahnya Ramadhan yang disifatkan sebagai bulan yang membersihkan dosa-dosa oleh Saidina Omar radiallahuanhu. 

Sepuluh malam kedua merupakan keampunan daripada Allah s.w.t. Adakah kita telah mendapat keampunan daripada Allah s.w.t? Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa kami yang terlalu banyak ini. Rasa tidak layak diri ini ingin berdiri di hadapan Mu. Ramai mereka yang menangis kerana teringat akan dosa. Adakah kitapun begitu juga? Adakah kita juga bertuah sebagaimana mereka yang terpilih untuk menangis di hadapan Allah s.w.t.  Mari renung sejenak ayat ini.

Pada hari kiamat nanti kita sudah pasti akan menghadapi situasi ini . Melihat sendiri kesilapan dan ketirisan. Dan ingin sekali jauh daripada hari tersebut nanti. Tapi tidak mungkin.

Kalaulah kita telah terlepas daripada dosa itu, adakah kita akan terlepas daripada api neraka. Kalaulah kita telah melepasi timbangan pun kerisauan tetap melekat di hati memandangkan ada orang sekeliling kita yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Isteri, anak-anak perempuan boleh bertindak ke atas kita sekiranya kita tidak dapat menunjukkan kepada mereka hidayah Allah s.w.t. ketika di dunia. Mereka mungkin akan mendakwa kita. Sudah tentu kita pernah mendengar kisah seorang abid dimasukkan ke dalam neraka oleh sebab isteri dan anak perempuannya.

Pentingnya 10 malam terakhir adalah untuk mendapatkan anugerh pembebasan dari api neraka. Memang keyakinan kita orang yang beriman walau sebesar zarrah sudah pasti masuk ke dalam syurga. Sekiranya berdosa perlu menjalani pembersihan di neraka Allah s.w.t terlebih dahulu. Persoalannya adakah kita sanggup berada di tempat yang penuh dengan penyiiksaan itu.
Inilah dia ruang dan peluang kepada kita untuk merebut masa dan kesihatan tubuh  badan untuk malam 10 terakhir bulan Ramadhan ini.

Kalaulah kita tidak dapat kenikmatan bulan lailatul qadar pada tahun ini, adakah masih ada Ramadhan lagi untuk kita pada masa akan datang? Adakah ini Ramadhan terakhir ?

Sekian , Wasalam.



Firdaos mohd rawi

Sunday 14 July 2013

Imam Hafs An A'sim

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Mari kita kenali secara ringkas siapakah Imam Hafs di mana kita mengamalkan cara bacaannya.

                              Nama Imam Hafs ialah Hafs Ibn Sualaiman Ibn al-Mughirah Ibn Abi Daud al-Asadi al-Kufi. Lahir pada tahun 90 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 hijrah.،Kuniyahnya Abu Omar.  Beliau adalah anak tiri kepada Imam 'Asim. Beliau mengambil bacaan daripada  Majoriti anak murid Imam 'Asim yang paling mengetahui berkenaan Qiraat 'Asim ialah Imam Hafs. Keperibadiannya amat dipercayai ( thiqah.)

Ada kajian yang menyatakan bahawa sebanyak 95% daripada Umat Islam yang membaca riwayat ini.
Telah berkata Addani : beliau (Hafs) yang telah mengambil bacaan 'Asim dan menyebarkannya kepada orang ramai. . Beliau telah pergi ke Baghdad dan membaca dengan bacaan tersebut, dan pergi ke Mekah dan membaca dengan bacaan Imam 'Asim.

Berkata : Berkata Yahya bin Muayyin : Riwayat yang soheh yang diriwayatkan daripada Qiraat 'Asim adalah Hafs.

          Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat dan mantap. Beliau sentiasa berulang alik antara Baghdad , Mekah dan Kufah dengan tujuan mengajar Qiraat ‘Asim. Mungkin inilah sebab mengapa Qiraat ini tersebar luas dan ramai orang Islam yang mengamalkan Qiraat A’sim. Berbeza dengan Qurra yang lain pada kebiasaannya mereka akan mengajar Qiraat di sekitar tempat mereka menetap sahaja seperti Imam Ibn Kathir yang mengajar Qiraat beliau di Mekah.


Sekian , Wasalam.



Firdaos mohd rawi



Monday 8 July 2013

Andai Ini Ramadhan Terakhir.....NASIHAT BUAT DIRIKU

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ahlan wasahlan ya Ramdhan. selamat datang wahai Ramadhan . Bulan yang penuh rahmat ini. Kita akan mula berada dalam kem ibadah yang bertujuan kita sampai pada kemuncak ketaqwaan kepada Allah. Kalau diikutkan sudah tentu kita telah berjaya kerana kem ini saban tahun pasti akan kita join. Yang dah berumur 50 tahun lebih kurang 40 tahun lebih sudah bersama dengan Ramadhan. 

Semangat yang berkorbar jangan biarkan terpadam lagi?

Jangan masih sama.  Malam pertama terawih semangat. Imam baca 1 juzuk boleh tunggu.  Jangan masuk hari kesepuluh habis lapan rakaat pekena teh dengan kawan-kawan se-lapan rakaat terawikh.

Target Khatam al-Quran mesti tunai.

Sudah berapa kali  khatam al-quran? Masa kecik-kecik kena habiskan sebab mak suruh. Sebelum nikah mesti abiskan sebab ada majils khatam sebelum hari akah nikah. Sekarang meti niat daripada lubuk hati dan  dengan kehendak diri  sendiri? Khatam sekali sudah cukup?
Ada yang berpendapat sudah habis baca sekali sudah cukup. Sangat rugi kita kalau kita buat macam tu dengan al-Quran sebab ganjaran Allah sediakan sangat banyak bagi ummat Muhammad yang menjadi cita-cita Nabi Musa alaihissalam untuk menjadi ummat Muhammad saw kerana kelebihan kurniaan Allah kepada ummat ini.


Kesimpulannya dengan memeringatkan diri andai ini Ramdhan terakhirku , dapat memberikan dorongan yang hebat sebagaimana hebatnya Imam Assyafie dengan al-Qurannya dan ibadahnya. 

amin ya rabbal alamin.



Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi


Monday 1 July 2013

IMAM FAHD AL-KANDERI

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.





Nama : Fahd Al-Kandari
Negara : Kuwait


Sheikh Fahd Al Kandari Salem, seorang agamawan yang hebat , merupakan imam yang terkenal berasal dari Kuwait. Beliau dikurniakan dengan suara yang sangat merdu.
Sheikh Fahd Al Kandari Salem dilahirkan pada tahun 1982, dan tinggal dalam sepanjang hidupnya di Kuwait, menghabiskan detik-detik yang baik semasa zaman kanak-kanak. Khususnya, semasa pembelajaran Al-Quran, yang merupakan kitabullah.Keluarga beliau menggalakkan beliau mempelajai al-Quran walaupun berada di dalam situasi yang sukarr, dan keluarga itu adalah yang pertama yang memberinya galakan ini.
Oleh itu, semangat dan minat yang mendalam dalam ilmu Sains Islam , Sheikh muda Fahd Al Kandari Salem telah  berjaya menamatkan pembelajannya berkenaan al-Quran pada usia yang muda 16 tahun .
Beberapa tahun kemudian, The Sheikh Fahd Al Kandari Salem bernasib baik untuk mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan bacaan Al-Quran. Berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan di Kuwait, dan beliau begitu dikenali di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 1997,Sheikh Fahd Al Kandari Salem telah merakamkan bacaan al-Quran yang mengandungi Surah Arrahman, Al Isra, dan Al Haqa, dan lain-lain bacaan al-Quran yang terkenal.

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi