TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
10 Malam Terakhir
Ahlan wasahlan. Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. jadual penuh menyebabkan saya terlepas pandang pada blog ini. Kini kita telah berada di 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Terasa seperti baru semalam kita mula berpuasa. Marilah kita bermuhasabah melihat bagaimanakah kita bersama Ramadhan pada dua fasa awal. Rahmat dan maghfirah ( keampunan ).
Kalaulah saidina Musa dapat melihat kelebihan umat Muhammad s.a.w ini, mengapakah kita tidak mahu cuba mengerti kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Alangkah indahnya Ramadhan yang disifatkan sebagai bulan yang membersihkan dosa-dosa oleh Saidina Omar radiallahuanhu.
Sepuluh malam kedua merupakan keampunan daripada Allah s.w.t. Adakah kita telah mendapat keampunan daripada Allah s.w.t? Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa kami yang terlalu banyak ini. Rasa tidak layak diri ini ingin berdiri di hadapan Mu. Ramai mereka yang menangis kerana teringat akan dosa. Adakah kitapun begitu juga? Adakah kita juga bertuah sebagaimana mereka yang terpilih untuk menangis di hadapan Allah s.w.t. Mari renung sejenak ayat ini.
Pada hari kiamat nanti kita sudah pasti akan menghadapi situasi ini . Melihat sendiri kesilapan dan ketirisan. Dan ingin sekali jauh daripada hari tersebut nanti. Tapi tidak mungkin.
Kalaulah kita telah terlepas daripada dosa itu, adakah kita akan terlepas daripada api neraka. Kalaulah kita telah melepasi timbangan pun kerisauan tetap melekat di hati memandangkan ada orang sekeliling kita yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Isteri, anak-anak perempuan boleh bertindak ke atas kita sekiranya kita tidak dapat menunjukkan kepada mereka hidayah Allah s.w.t. ketika di dunia. Mereka mungkin akan mendakwa kita. Sudah tentu kita pernah mendengar kisah seorang abid dimasukkan ke dalam neraka oleh sebab isteri dan anak perempuannya.
Pentingnya 10 malam terakhir adalah untuk mendapatkan anugerh pembebasan dari api neraka. Memang keyakinan kita orang yang beriman walau sebesar zarrah sudah pasti masuk ke dalam syurga. Sekiranya berdosa perlu menjalani pembersihan di neraka Allah s.w.t terlebih dahulu. Persoalannya adakah kita sanggup berada di tempat yang penuh dengan penyiiksaan itu.
Inilah dia ruang dan peluang kepada kita untuk merebut masa dan kesihatan tubuh badan untuk malam 10 terakhir bulan Ramadhan ini.
Kalaulah kita tidak dapat kenikmatan bulan lailatul qadar pada tahun ini, adakah masih ada Ramadhan lagi untuk kita pada masa akan datang? Adakah ini Ramadhan terakhir ?
Sekian , Wasalam.
Firdaos mohd rawi
No comments:
Post a Comment