Wednesday 31 December 2014

Insya Allah

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Akhir tahun lepas kelas tahsin al-Quran di pusat pengajian al-Quran, kami telah sampai pada ayat ke 24 daripada surah al-Kahfi. Ketika ayat yang menceritakan mengenai pemuda a-Kahfi dipertengahan cerita Allah swt telah memberi teguran kepada Nabi saw. Apakah teguran tersebut?

Pada awal surah al-Kahfi diceritakan mengenai 3 persoalan yang telah ditanya kepada Nabi saw. 
1- Mengenai roh.
2- Mengenai pemuda ashabulkahfi.
3- Mengenai Iskandar Zulkarnain

Apabila Nabi saw mendapat soalan daripada kaum musyrikin ketika itu, baginda memberitahu bahawa esok hari baginda akan memberikan jawapan. Ketika menuggu Malaikat utusan wahyu Jibril alaihissalam pada malam hari ternyata Malaikat Jibril tidak datang.

Baginda menunggu sehingga 15 hari. Ayat 23 dan 24Allah swt mengajar baginda sekiranya ingin melakukan sesuatu, atau berjanji sesuatu hal maka perlu dilapik dengan InyaAllah( dengan izin Allah swt ).

Segalanya ditentukan oleh Allah swt. Kita usaha tetapi segalanya dengan izin Allah swt jua. Jadi apa yang akan kita buat, janji dan perancangan akan datang kita perlu sertai dengan izin Allah swt.

Dengan erti kata lain janganlah apabila menghadapi sesuatu urusan memberikan kata pasti akan dipenuhi esok sebab apa yang terjadi esok bukan atas genggaman tangan kita. Setiap yang kita rancang terdapat rancangan yang lebih hebat dan kuat iaitu perancangan Allah swt.

Perlulah dialas segala janji itu dengan Insya Allah. Dan Allah swt memperingatkan Nabi saw agar ketika lupa maka ingatlah Allah swt kerana ia lupa merupakan kelemahan kita sebagai seorang manusia. 

Memang kita kerap lupa dan terlalai. Ia bukan disengajakan. Itulah kelemahan manusia maka perlu mengingati Allah swt agar kita diberikan jalan petunjuk.

Kelebihan Mempelajari Al-quran





Saturday 6 December 2014

KESALAHAN KETIKA MENGAMBIL WUDHUK TETAPI ANDA TIDAK PERASAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wudhuk merupakan salah satu daripada 5 syarat sah solat. Ia merupakan salah satu ibadah yang mendatangkan pahala dan ganjaran. Sekiranya wuduk yang dilakukan tidak sempurna maka tidak sah solat yang dikerjakan.

Selain untuk solat, ia memberi cahaya ketika berada di padang mahsyar dan Nabi Muhammad saw akan mengenali ummat baginda melalui cahaya yang terpancar dari anggota wudhuk.

Ketika saya menulis entry ini saya teringat ketika saya balik kampung dan singgah di RnR. Di sini ada ketikanya saya melihat ketidak sempurnaan wudhuk yang diambil. Nampak remeh pada pandangan mata tetapi ia melibatkan sahnya solat seorang muslim.

Kesalahan yang biasa berlaku ketika mengambil wuduk ada banyak. Antara yang biasa berlaku dan saya perhatikan adalah ketika membasuh tangan, tangan tidak dibasuh sempurna sehingga ke siku. Adalah perlu membasuh lebih dari siku.

Yang kedua tidak membasuh kaki dengan sempurna.  Tidak menggosok di bahagian tapak kaki terutama tumit berkemungkinan air tidak kena pada kulit.

Yang ketiga terlalu banyak menggunakan air ketika mengambil wuduk. Paip dibuka dengan besar sehingga mengakibatkan pembaziran air yang merupakan satu amalan yang ditegah oleh Nabi saw. Nabi melarang membazirkan air walaupun ketika berada di tempat yang banyak air seperti sungai ataupun laut.

Banyak lagi kesalahan yang lain tapi saya kira ini adalah kesalahan  yang biasa dilakukan ketika mengambil wuduk yang kita tidak perasan. Semoga bermanfaat.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

PERKONGSIAN KETIKA KEM TAHFIZ DAN SMART SOLAT 2014

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Peribadi


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Satu perkongsian bersama peserta Kem Tahfiz pada kali ini ialah mengenai kisah Nabi Yusof alaihissalam. Antara Nabi dan Rasul yang biasa dititpkan kisahnya samaada kepada muda mahupun kepada yang tua. 

Ia mempunyai pengajaran yang sangat banyak. Dan ia merupakan kisah Nabi yang dikisahkan dengan secara terperinci kisahnya daripada kecil sehinggalah dewasa.

Antara yang saya kongsikan adalah berkenaan dengan keturunan Nabi Ya'qub ayah kepada Nabi Yusof.




Lea dan Rakhel adalah adik beradik. Syariat ketika zaman Nabi Ya'qub alaihissalam membenarkan perkahwinan antara dua beradik di dalam satu masa. Berbeza dengan syariat kita ummat Muhammad saw tidak boleh berkahwin dengan dua saudara di dalam satu masa.

Yusuf dan Bunyamin merupakan adik beradik daripada isterinya Rakhel. Ketika lahirnya Bunyamin, Rakhel meninggal dunia. 

Masih ingat kisah mimpi Nabi Yusuf alaihissalam? Ya mimpi sebelas bintang, matahari dan bulan yang sujud padanya. Apabila dikisahkan mimpinya kepada Nabi Ya'qub, baginda berpesan kepada Yusuf agar tidak menceritakan mimpi tersebut kepada saudaranya yang lain.

Ketika itu, rasa dengki dan irihati mereka terhadap Yusuf sangat menebal. Mereka merasakan ayah mereka Ya'qub lebih menyayangi Yusuf. Mereka telah merancang untuk melakukan sesuatu kepada Yusuf.

Apa yang berlaku? Bermulalah pengembaraan Yusuf yang mana ketika itu berusia 12 tahun.

Akan bersambung.....



Kelebihan Mempelajari Al-quran

Thursday 4 December 2014

KEM TAHFIZ DAN SMART SOLAT 2014

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Peribadi


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



kem tahfiz 2014





Sudah lama semenjak entry yang lepas saya menulis di sini. Kesibukan lain terpaksa dilayan terlebih dahulu. . Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kem Tahfiz dan Smart Solat yang kami kendalikan. 

Tujuan utama adalah untuk memastikan peserta dapat menghafaz surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas. Apabila telah menguasai hafazan tersebut pada tahun ini kami memilih surah Yasin sebagai pelengkap kem hafazan ini.

Bermula jam 8.00 pagi peserta dilatih membaca asmaulhusna dan doa dhuha. Diberi taklimat ringkas berkenaan dengan tajwid. Pada jam 8.15 peserta perlu duduk di dalam kumpulan masing-masing dan menghantar hafazan kepada guru tasmik masing masing sehingga jam 10.00 pagi. 
Kemudian peserta rehat dan makan. Selepas itu pada pukul 10.30 peserta solat dhuha. Pada pukul 11.00.
11.00 pagi sehingga 12.20 peserta akan diberi kursus smart solat. Termasuklah wudhuk solat, solat jenazah, dan doa-doa yang boleh diamalkan.

Apa yang menarik ia diadakan di dalam masjid dan peserta diajar agar sentiasa berniat iktikaf di dalam masjid.

Para peserta pada tahun ini melebihi 130 orang. 

Semoga program ini dapat memupuk minat peserta untuk menghafaz al-Quran.

Tahniah dan terima kasih kepada peserta yang telah tiga tahun mengikuti kem tahfiz ini.

Kelebihan Mempelajari Al-quran