Tuesday 30 September 2014

MENCARI REDHA IBU

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Keberkatan seorang ibu



Allah subhanahu wataala telah berfirman : 

KEBERKATAN SEORANG IBU

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara mereka atau kedua-duanya seudah sampai usia tua dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepadanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka , dan ucapkanlah perkataan yang baik-baik kepada mereka.
* mengucapkan kata "ah" kepada orang tua tidak dibolehkan oleh agama, lebih-lebih lagi mengucapkan kata-kata atau melayan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

Ayat di atas memberi pengajaran dan tuntutan kepada anak-anak beradab terhadap ibu dan ayah. Larangan berkasar terhadap ibu bapa dan berbuat baik kepada mereka mempunyai hikmah tesendiri.

Kita dapat melihat dan mendengar pelbagai cerita berkenaan dengan akibat derhaka terhadap ibu bapa. Pengalaman penulis sendiri ketika mendengar perkongsian seorang sahabat berkenaan perkara yang terjadi kepadanya akibat terlupa memasukkan duit bulanan kepada ibu beliau memberi keinsafan dan peringatan,

Ishak ( bukan nama sebenar ) menceritakan bahawa beliau setiap bulan apabila mendapat gaji akan memasukkan duit kepada ibunya. Berapa banyak wang penulis tidak bertanya. Satu ketika beliau terlupa memberikan wang seperti kebiasaannya. Apa yang berlaku?

Dia dapat merasakan hidupnya ketika itu sempit. Kereta yang baru dibeli rosak. Perlu dibaiki. Dan beberapa perkara yang menyebabkan beliau terfikir, apa lah salah aku?  Apa yang aku ada buat salah kepada orang? 

Tiba-tiba beliau teringat bahawa bulan tersebut beliau terlupa memberikan duit kepada ibu beliau. Terlupa bukan sengaja! Selepas itu beliau sentiasa beringat untuk memberi duit belanja kepada ibu beliau.

Banyak lagi kisah pengajaran kehidupan yang boleh kita ambil iktibar daripadanya. Kita cuba lihat nanti siapakah sahabat Nabi Musa alaihissalam di dalam syurga insyaAllah.




Sila tonton video ini.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

\

1 comment:

  1. Mengharapkan ibu-ibu di dunia reda dengan kekurangan anak-anak dan sentiasa memaafkan.
    Nak jadi ibu begitu juga.

    ReplyDelete