Monday 29 September 2014

KEJADIAN RIBUT DI BUKIT JELUTONG SAYA ADA DI SITU

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : oh media


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani











Selesai saya pergi interview HLP di Cyberjaya saya singgah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong untuk solat zohor. Keadaan ketika itu sudah menunjukkan tanda-tanda akan turun hujan yang lebat.

Seusai solat saya terus pergi ke kereta untuk pulang. Ketika itu hujan sudah pun turun. Waktu saya keluar dari masjid dan untuk menghala ke roundabout hujan turun dengan lebat. Memang waktu itu tak nampak jalan. Saya pasang lampu tinggi, tapi memang hujan sangat lebat. 

Bersebelahan dengan jalan menuju ke highway saya dapati zink yang dipasang pemaju jatuh. Di tengah jalan terdapat sebatang pokok yang telah jatuh menghalang jalan. Saya pun pusingkan kereta untuk patah balik dalam keadaan jalan 'one way. 

Bercadang untuk lalu di jalan berhadapan masjid tetapi tidak boleh sebab terdapat sebatang pokok tumbang menghalang jalan. Ketika itu hujan dan ribut masih lagi kuat. Saya patah balik sambil memerhatikan keadaan sekeliling takut ada objek yang terbang menghala ke kereta dan berhenti di sebelah roundabout.

Satu perkara yang saya ingat untuk lakukan ketika itu. Azan!!! Teringat bapa mentua saya pernah azan masa ribut yang melanda di rumahnya beberapa tahun dahulu. Dan saya sendiri pernah mendengar ceramah Tn Guru Dato Dr Haron Din mengenai keajaiban azan. Suatu hari terjadi ribut di sebuah rumah. Lalu tuan rumah tersebut keluar dan mendapati angin puting beliung sedang berputar dan menuju ke rumahnya. Dalam keadaaan tersebut, dia azan dan mendapati puting beliung berpecah dua mengelak dari menuju kerumahnya dan bercantum selepas itu.

Saya Azan di dalam kereta dengan harapan ribut angin taufan reda. Alhamdulillah ribut reda dan dapat melihat jalan dengan jelas. Gambar tak sempat nak ambil memandangkan hp telah habis bateri. Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah dan memang banyak pokok tumbang dan atap melayang. Semoga tidak ada yang cedera.

Semoga kita semua diselamatkan daripada bala. Allah swt berkuasa atas segalanya.

Kelebihan Mempelajari Al-quran

1 comment: