Monday, 2 September 2013

TINGKATAN-TINGKATAN BACAAN

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Apa khabar semua? Hari ini saya akan kongsikan kepada anda mengenai tingkatan-tingkatan pembacaan al-Quran. Perbahasan di sini ialah kadar kelajuan bacaan al-Quran dan bukan mengenai tingkatan pembacaan yang berkaitan dengan suara seperti yang terdapat di dalam ilmu tarannum. Adalah penting memahami kadar kelajuan bacaan yang boleh diamalkan bergantung kepada situasi. Kadar kelajuan bacaan perlulah disesuaikan berdasarkan situasi yang berbeza.

Tidak syak lagi bahawa kemampuan mulut manusia di dalam pembacaan al-Quran boleh berubah-
ubah daripada lambat kepada cepat. Begitu juga tidak syak lagi bahawa terdapat tiga jenis kelajuan bacaan yang dapat dikesan dan diamati oleh pendengaran manusia dengan tepat. Pendengaran manusia mampu untuk mengesan dan mengecam bacaan yang berbeza samada perlahan, bacaan yang laju dan bacaan sederhanaiaitu  pertengahan antara bacaan perlahan dan laju.

Pendengaran manusia mempunyai kemampuan dalam mengesan secara  tepat kadar kelajuan bacaan sama seperti kemampuan penglihatan manusia yang dapat mengesan warna merah dengan tepat .Sebagai contohnya sekiranya pada zaman ini komputer memaparkan 1000 warna merah yang berbeza, penglihatan mata mampu membezakan tiga perbezaan warna merah iaitu warna merah, merah gelap, merah cair dan sebagainya.Begitu juga warna biru, biru pekat dan biru cair. Pendengaran juga mempunyai kelebihan yang serupa yang mana dapat mengesan bacaan yang perlahan, laju dan pertengahan ( tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat )

Tingkatan Bacaan al-Quran adalah seperti berikut :-

1-At-Tahqiq
2-Al-Hadar
3-At-Tadwir
4-At-Tartil



Tuesday, 27 August 2013

KASIH BAPA DAN ANAK - Syria


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Hari ini saya telah melihat satu rakaman yang dikongsi di facebook. Tersentuh hati bila melihat seorang ayah yang dipertemukan dengan anak lelakinya yang masih kecil yang telah lama tidak berjumpa. Dikatakan bahawa beliau sudah lama terpisah dengan anaknya selepas serangan di kimia di Ghoutoh. 

Ahli keluarga  ramai terpisah kerana mendapat rawatan di hospital yang berlainan

Saya yakin perasaan terharu pasti dapat dirasai terutama mereka yang mempunyai anak. Perasaan rasa rindu kepada anak dapat dirasa bila berjauhan kerana bekerja di luar kawasan dan sebagainya. Kita akan merasa rindu dengan keletah anak-anak bila bertugas di luar bagi tugas yang telah diamanahkan. Walaupun begitu kita yakin anak-anak kita berada di rumah dalam keadaan sihat dan selamat.Kita boleh telefon bertanya khabar dan berbual dengan mereka.Dalam situasi di Syria ketika ini apabila tidak bertemu dengan anak atau keluarga maka  timbul dalam fikiran, samaada anak selamat atau sudah tidak bernyawa. 

Alhamdulillah Allah mempertemukan kembali anak dan ayahnya.
Ya Allah selamatkan mereka. Ketika ini  hanya Allah swt yang maha perkasa dan menguasai segalanya yang diharapkan.

Semoga bermanfaat

Sekian

Firdaos mohd rawi

Monday, 26 August 2013

HEBATNYA SYAHID DI JALAN ALLAH


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



 Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Surah Ali Imran ayat 185)

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai maut". Siapa yang dapat menafikan? Kali pertama  melihat video para shuhada Chehcen pada awal tahun 2000 melalui cd saya dapat merasakan para shuhada sedang menantikan tempat yang penuh dengan kenikmatan kerana wajah para shuhada tersenyum  manis seperti sedang tidur.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

(Surah Ali ‘Imran:169-171)

Keadaan yang sama berlaku kini, dengan video dan gambar yang di post di youtube dan facebook membuktikan kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran Rasul junjungan Nabi s.a.w. Mayat para shuhada di Palestine, di Syria dan di Mesir dengan senyuman dan bauan wangi seperti kasturi dan darah yang masih mengalir benar-benar menjadi bukti. Satu pengajaran dan kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t . 

Doa yang biasa kita panjatkan setiap hari bagi menghadapi  kematian ialah :

Ya Allah matikanlah kami di dalam husnul khatimah (mati dalam kebaikan ) dan janganlah matikan kami dalam keadaan yang suul khatimah. ( mati dalam keadaan buruk ). 
Doa ini perlu dihafal agar kita dapat  minta pada Allah s.w.t dikurniakan penghabisan yang baik sebab manusia tidak dilihat permulaan tetapi penghabisan hidupnya. Mungkin saja seseorang itu tidak taat kepada Allah s.w.t pada mulanya tetapi bertaubat dan mati dalam keadaan yang baik. Allah s.w.t ampunkan dosanya dan memilihnya menjadi ahli syurga. 

Semoga  kita mendapat kematian yang baik seperti mana mereka yang telah mendahului kita.

Semoga bermanfaat

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi




IZHAR HALQI

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Pengertian Izhar Halqi 

Dari segi bahasa kalimah Izhar  membawa maksud jelas, nyata  dan terang manakala Halqi bermaksud kerongkong.

Dari segi istilah membawa maksud membunyikan Nun Sakinah dengan secara jelas dengan tidak didengungkan.

Berapakah huruf halqi?

Terdapat 6 huruf halqi iaitu  خ غ ح ع ه ء .

Di dalam al-Quran , hukum Izhar Halqi ini boleh berlaku di dalam dua keadaan iaitu
1- huruf ن dan huruf halqi bertemu di dalam dua kalimah.
2- huruf ن dan huruf halqi bertemu di dalam satu  kalimah.



Bertemu di dalam satu kalimah contohnya :-



Bertemu di dalam dua kalimah contohnya : -



Cara bacaannya ialah membaca huruf Nun dan Tanwin tersebut tanpa dengung.

Sunday, 25 August 2013

PUASA 6 - PACKAGE PAHALA MESTI DIREBUT -



TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Kalau kita gunakan duit kita untuk beli apapun barang atau perkhidmatan, kita mesti teruja dengan package-package jualan yang ditawarkan. Beli dulu bayar kemudian, beli satu percuma satu, tak kurang dengan jualan penghabisan stok, 2+2  dan sebagainya. Ramai yang akan rebut. 

Allah s.w.t juga memberikan kita peluang bagi kita menambah lagi pahala amala kita. Ini package puasa 6 dapat setahun penuh berdasarkan hadith berikut :-



Berpuasa enam hari di bulan Syawal


عن أبي أيوب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من صام رمضان ثم أتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر.

Dari Abu Ayyub r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda Rasulullah s.a.w bersabda : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

( Hadis Riwayat Muslim )


Kita mungkin tak mampu berpuasa setahun , tapi ni puasa tambah 6 hari dalam Syawwal  ibarat kita puasa setahun penuh. 

Semoga bermanfaat

Sekian , Wasalam.

Firdaos mohd rawi 



Monday, 29 July 2013

HUKUM NUN MATI DAN TANWIN


Hukum Nun Mati dan Tanwin 

Hukum Nun Mati dan Tanwin terbahagi kepada 6 bahagian :

1- Izhar Halqi
2-Idgham Ma'al Ghunnah
3-Idgham Bilal Ghunnah
4- Izhar Mutlaq
5-Iqlab
6-Ikhfa Haqiqi


Apakah yang dimaksudkan dengan nun sakinah (نْ)
Ia lebih dikenali dengan nun mati bersifat ghunnah iaitu dengung.

Tanwin pula ialah dua baris samaada dua baris diatas , dua baris di bawah, dan dua baris dihadapan.

Apabila nun sakinah (نْ) ataupun huruf yang bertanda tanwin bertemu dengan huruf-huruf yang tertentu daripada 6 hukum di atas sebagai contoh bertemu dengan huruf ح -( huruf izhar ) maka bacaan perlulah diizharkan. Sekiranya huruf nun sakinah (نْ) ataupun huruf yang bertanda tanwin bertemu dengan huruf ikhfak maka bacaan perlu diikhfa'kan.

Kita akan lihat secara terperinci berkenaan 6 hukum tersebut selepas ini.




Sunday, 28 July 2013

10 MALAM TERAKHIR

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
10 Malam Terakhir

 Ahlan wasahlan. Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. jadual penuh menyebabkan saya terlepas pandang pada blog ini. Kini kita telah berada di 10 malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Terasa seperti baru semalam kita mula berpuasa. Marilah kita bermuhasabah melihat bagaimanakah kita bersama Ramadhan pada dua fasa awal. Rahmat dan maghfirah ( keampunan ).

Kalaulah saidina Musa dapat melihat kelebihan umat Muhammad s.a.w ini, mengapakah kita tidak mahu cuba mengerti kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Alangkah indahnya Ramadhan yang disifatkan sebagai bulan yang membersihkan dosa-dosa oleh Saidina Omar radiallahuanhu. 

Sepuluh malam kedua merupakan keampunan daripada Allah s.w.t. Adakah kita telah mendapat keampunan daripada Allah s.w.t? Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa kami yang terlalu banyak ini. Rasa tidak layak diri ini ingin berdiri di hadapan Mu. Ramai mereka yang menangis kerana teringat akan dosa. Adakah kitapun begitu juga? Adakah kita juga bertuah sebagaimana mereka yang terpilih untuk menangis di hadapan Allah s.w.t.  Mari renung sejenak ayat ini.

Pada hari kiamat nanti kita sudah pasti akan menghadapi situasi ini . Melihat sendiri kesilapan dan ketirisan. Dan ingin sekali jauh daripada hari tersebut nanti. Tapi tidak mungkin.

Kalaulah kita telah terlepas daripada dosa itu, adakah kita akan terlepas daripada api neraka. Kalaulah kita telah melepasi timbangan pun kerisauan tetap melekat di hati memandangkan ada orang sekeliling kita yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Isteri, anak-anak perempuan boleh bertindak ke atas kita sekiranya kita tidak dapat menunjukkan kepada mereka hidayah Allah s.w.t. ketika di dunia. Mereka mungkin akan mendakwa kita. Sudah tentu kita pernah mendengar kisah seorang abid dimasukkan ke dalam neraka oleh sebab isteri dan anak perempuannya.

Pentingnya 10 malam terakhir adalah untuk mendapatkan anugerh pembebasan dari api neraka. Memang keyakinan kita orang yang beriman walau sebesar zarrah sudah pasti masuk ke dalam syurga. Sekiranya berdosa perlu menjalani pembersihan di neraka Allah s.w.t terlebih dahulu. Persoalannya adakah kita sanggup berada di tempat yang penuh dengan penyiiksaan itu.
Inilah dia ruang dan peluang kepada kita untuk merebut masa dan kesihatan tubuh  badan untuk malam 10 terakhir bulan Ramadhan ini.

Kalaulah kita tidak dapat kenikmatan bulan lailatul qadar pada tahun ini, adakah masih ada Ramadhan lagi untuk kita pada masa akan datang? Adakah ini Ramadhan terakhir ?

Sekian , Wasalam.



Firdaos mohd rawi