TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mad lazim berlaku apabila selepas huruf mad terdapat huruf yang bertanda sukun asli.
Dinamakan mad lazim kerana semua ulamak qurra bersepakat ia lazim dibaca dengan kadar 6 harakah maka ia dinamakan mad lazim.
Mad lazim terbahagi kepada dua. Pertama dalam bentuk huruf. Kedua dalam bentuk kalimah.
dalam bentuk huruf ia terletak di 29 surah di dalam alquran. contohnya الم . Mad lazim juga berlaku di dalam kalimah contohnya kalimah الضالين .
Perhatian! Mad lazim harfi dan mad lazim kalimi terbahagi kepada dua. Menjadikan mad lazim mempunyai empat bentuk yang perlu diambil perhatian agar dapat dibezakan.
Perhatian! Mad lazim harfi dan mad lazim kalimi terbahagi kepada dua. Menjadikan mad lazim mempunyai empat bentuk yang perlu diambil perhatian agar dapat dibezakan.
![]() |
PEMBAHAGIAN MAD LAZIM |
MAD LAZIM YANG BERADA DI DALAM KALIMAH
Pada gambarajah di atas dapat dilihat dengan jelas pembahagian mad lazim. Jika diperhatikan pada mad lazim harfi, yang berlaku pada huruf-huruf "secret letter" di awal 29 surah, mungkin tertanya-tanya bagaimana cara untuk membezakan antara mukhaffaf dan muthaqqal.
Begitu juga bila melihat contoh pada mad lazim kalimi bagaimana pula hendak membezakan antara mad lazim kalimi mukhaffaf dan mad lazim kalimi muthaqqal.
Perlu diketahui bahawa yang membezakan antara mukhaffaf dan muthaqqal adalah tanda sukun dan tanda sabdu. Tanda sukun menunjukkan ia mukhaffaf(ringan) manakala tanda sabdu menunjukkan ia muthaqqal (berat).
Contoh pada kalimah
Selepas huruf mad terdapat huruf sukun asli. Asal huruf لّ (bersabdu) terdidir daripada 2 huruf ل iaitu لْ لِ. Lam pertama bertanda sukun dan lam kedua berbaris bawah. Lam pertama diidghamkan kedalam lam yang kedua menjadikannya satu huruf yang bersabdu. Ia dinamakan mad lazim kalimi muthaqqal.
mad - bermaksud panjang
lazim - sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
kalimi - berlaku dalam kalimah
muthaqqal (berat)- selepas huruf mad ada tanda sabdu
Sekiranya mad lazim berlaku dalam kalimah yang tidak mempunyai tanda sabdu selepasnya seperti contoh pada kalimah
ia dinamakan mad lazim kalimi mukhaffaf.
mad - bermaksud panjang
lazim - lazim - sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
kalimi - berlaku dalam kalimah
mukhaffaf (ringan)- selepas huruf mad tiada sabdu
MAD LAZIM YANG BERADA DI DALAM HURUF
Pada gambarajah di atas juga boleh dilihat pada kalimah
![]() |
LAM DIMERAHKAN |
![]() |
MIM DIMERAHKAN |
Dalam gambarajah yang pertama pada kalimah yang sama huruf lam dimerahkan dan pada gambar berikutnya huruf mim dimerahkan. Untuk membezakan hukum samaada mad lazim harfi mukhaffaf atau mad lazim harfi muthaqqal proses pengejaan huruf perlu dilakukan.
Lihat ejaan huruf tersebut. Alif Lam Mim. Pada huruf لام ( huruf م) bertemu dengan huruf mim (مّيم) menjadikannya bersabdu disebabkan idgham mithlain. Di sini huruf لام dinamakan mad lazim harfi muthaqqal kerana bertemu dengan huruf (مّيم).
mad - bermaksud panjang
lazim - lazim - sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
harfi - berlaku dalam huruf
muthaqqal (berat)- selepas huruf mad terdapat sabdu
Lihat ejaan huruf Mim. Pada huruf ميم ( huruf م) tidak terdapat sabdu selepasnya. Ia dinamakan mad lazim harfi mukhaffaf
mad - bermaksud panjang
lazim - lazim - sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
harfi - berlaku dalam huruf
mukhaffaf (ringan )- selepas huruf mad tidak terdapat sabdu.
mad - bermaksud panjang
lazim - lazim - sepakat ulamak melazimkan bacaan 6 harakat
harfi - berlaku dalam huruf
mukhaffaf (ringan )- selepas huruf mad tidak terdapat sabdu.

Jazaakumullah tuan..
ReplyDeleteBarakallahufik
DeleteT.kasih ilmu yg bermanfaat
DeleteInfo yg baik.. baru boleh terang kat budak..
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih. sebarkan manfaatnya. Untuk kita semua.
ReplyDeleteTrima kasih..Sgt mmbntu utk disampaikan kpd ank murid
ReplyDeleteSama-sama. Semoga mereka dapat memahami dan menguasai dengan baik.
DeleteApakah hukum mad yg terdapat dlm ayat ketujuh surah al-fatihah dekat hujung sekali tu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMad arid'h lissukun
ReplyDeleteCerita ini baik dan pengajaran dan memberi pengetahuan semua.
ReplyDeleteJazaakumullah Sheikh.
ReplyDeleteJzkk... Sgt jelas. Alhamdulillah..
ReplyDeleteTerima kasih tuan
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu. Cuma yang bawah sekali tu, rasanya mad lazim harfi mukhaffaf bukannya mad lazim kalimi mukhaffaf...maaf jika saya tersalah.
ReplyDeleteYa betul. Ianya adalah mad lazim harfi. Terima kasih.
DeleteTerima kasih,semoga Allah ganjarkan kebaikan dunia dan akhirat, aamiiiin
ReplyDelete