Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Laptop
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mad 'Iwadh merupakan bacaan panjang sebanyak 2 harakat yang berlaku apabila pembaca memberhentikan bacaan pada huruf tanwin dua di atas kalimah yang diakhiri huruf alif. Untuk lebih memahami sila lihat contohnya seperti di bawah:
Mad 'Iwadh berlaku pada huruf tanwin atas ketika waqaf bacaan. 'Iwadh bermaksud ganti iaitu menggantikan tanwin kepada baris satu fathah di atas.
Apabila bacaan tidak diwaqafkan atau pebaca menyambungkan bacaan maka mad iwad tidak berlaku.
Hanya tanwin fathah yang diwaqafkan sahaja yang dibaca dengan kadar 2 harakat.
Hanya tanwin fathah yang diwaqafkan sahaja yang dibaca dengan kadar 2 harakat.

Trainer Kem Tahfiz
No comments:
Post a Comment