Gambar : Laptop
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Wudhuk merupakan salah satu daripada 5 syarat sah solat. Ia merupakan salah satu ibadah yang mendatangkan pahala dan ganjaran. Sekiranya wuduk yang dilakukan tidak sempurna maka tidak sah solat yang dikerjakan.
Selain untuk solat, ia memberi cahaya ketika berada di padang mahsyar dan Nabi Muhammad saw akan mengenali ummat baginda melalui cahaya yang terpancar dari anggota wudhuk.

Ketika saya menulis entry ini saya teringat ketika saya balik kampung dan singgah di RnR. Di sini ada ketikanya saya melihat ketidak sempurnaan wudhuk yang diambil. Nampak remeh pada pandangan mata tetapi ia melibatkan sahnya solat seorang muslim.
Kesalahan yang biasa berlaku ketika mengambil wuduk ada banyak. Antara yang biasa berlaku dan saya perhatikan adalah ketika membasuh tangan, tangan tidak dibasuh sempurna sehingga ke siku. Adalah perlu membasuh lebih dari siku.
Yang kedua tidak membasuh kaki dengan sempurna. Tidak menggosok di bahagian tapak kaki terutama tumit berkemungkinan air tidak kena pada kulit.
Yang ketiga terlalu banyak menggunakan air ketika mengambil wuduk. Paip dibuka dengan besar sehingga mengakibatkan pembaziran air yang merupakan satu amalan yang ditegah oleh Nabi saw. Nabi melarang membazirkan air walaupun ketika berada di tempat yang banyak air seperti sungai ataupun laut.
Banyak lagi kesalahan yang lain tapi saya kira ini adalah kesalahan yang biasa dilakukan ketika mengambil wuduk yang kita tidak perasan. Semoga bermanfaat.

No comments:
Post a Comment