بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Antara perkara yang menakutkan saya adalah apabila saya melihat kesilapan orang lain. Takut rasa diri bagus sangat sampai terkeluar cakap, "ish tak patut betul buat macam tu."
Kadang orang yang bersalah dah mohon maaf, mungkin hati berbisik,
"ala tak ikhlas la tu, dah kantoi baru nak maaf bagai. Masa buat tak hingat."
Baru sahaja baca satu kisah zaman nabi Musa alaihissalam. Seorang yang bermaksiat selama 40 tahun, menyebabkan doa mohon turun hujan tak makbul. Sedang Nabi Musa alaihissalam menyeru sang pemaksiat keluar, dalam diam dia bertaubat kepada Allah, tiba hujan turun. Terkejut Nabi Musa bagaimana hujan boleh turun?
Allah memberitahu bahawa orang tersebut telah bertaubat. Siapakah orangnya? Allah tidak memberitahu, kerana menjaga aibnya.
Begitulah ada masa aib ditutup rapat, kadang dibuka. Kita yang aib tertutup rapat di dunia ni harap tertutup aib kita hingga ke akhirat. Dan itulah harapan kita.
Dan harapan itu boleh kita sulam dengan pesanan ini, di pertengahan satu hadith nabi sebut,
Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah akan senantiasa menolong seorang hamba yang selalu menolong saudaranya.” [HR. Tirmidzi]
Yang pesan ni bukan bagus sangat pun.
Allah maha pengampun, dikala manusia menghukum dosa manusia yang lain. Allah memaafkan malah ditutupnya aib. Terima kasih atas entri ini.
ReplyDeleteya benar. Allah maha pengampun
Delete