Saturday, 8 December 2018

CARA BELAJAR MEMBACA ALQURAN SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Gambar : Google



Ada yang tanya bagaimana cara nak belajar baca al-Quran sendiri. Oleh sebab tiada masa untuk cari dan belajar dari guru secara berdepan. 

Sekarang ramai guru yang mengajar al-Quran. Samaada di masjid atau secara online.

Namun begitu tidak semua dapat hadir ke kelas pengajian seperti yang ada di masjid. Ramai yang biasa penuhkan kerusi kelas adalah golongan yang telah bersara. Yang sudah tidak terikat dengan pekerjaan harian. Kena pula dengan waktu. Ialah kadang waktu belajar al-Quran di masjid adalah pada waktu pagi atau tengahari. Terutama pengajian al-Quran muslimah. 

Biasa jadualnya adalah selepas Zohor hingga Asar.

Mereka yang terhalang mungkin sebab berikut:-
  1. Terhalang disebabkan tugas harian. Pagi pergi kerja pulang malam. Tidak sempat untuk hadir kelas pengajian.
  2. Malu dan kurang yakin juga salah satu halangan dari dalam diri menghalang hasrat dan cita-cita untuk  belajar al-Quran. Akhirnya bertahun tertangguh. 
  3. Yuran untuk membayar guru.

Apapun dinding penghalang, untuk belajar al-Quran secara sendiri tidak digalakkan. Maksudnya dengan mendengar dari radio, atau secara online. Kalau secara online yang boleh guru dengar dan betulkan ok. Kalau satu hala tidak digalakkan  kerana perlu bimbingan guru. Secara bersemuka. 

Kerana, dengan mendengar, guru boleh betulkan bacaan. 

Begitulah cara yang telah ditunjuk dan diteladani dari Nabi Muhammad ( selawat atas baginda). Baginda tunjuk belajar perlu berguru. Secara berhadapan. Dan nabi membaca di hadapan Jibril setiap tahun sekali di setiap bulan ramadan. Menunjukkan kepada kita peri pentingnya membaca di hadapan guru. 


Al-Quran diturunkan melalui Malaikat Jibril dan diajarkan oleh Rasulullah (baca selawat atas baginda ) kepada para sahabat. Dan ia (al-Quran) diturunkan (baca diajar ) kepada generasi seterusnya melalui talaqqi. Secara murid berhadapan dengan guru. Istilahnya adalah talaqqi.

Jika ada halangan, cadangan di bawah ini mungkin boleh dipertimbangkan.

  1. Mencari guru yang mahir. Guru yang mahir biasanya ada di tempat kita. Perkembangan pengajian Islam di Malaysia sejak beberapa tahun melahirkan ramai guru al-Quran.
  2. Belajar melalui youtube. Ini boleh jika anda belajar asas huruf. Pun begitu amat penting untuk anda bertalaqqi bacaan daripada ustaz.
  3. Belajar mengenal huruf terlebih dahulu. 
  4. Mendengar berkali-kali bacaan surah pendek terlebih dahulu. Terutama Surah Al-Fatihah. Saya cadangkan anda dengar bacaan Syeikh Mahmood Khalil al-Husary (1980)
  5. Doa dan mohon kepada Allah agar dipermudahkan anda untuk belajar al-Quran.
  6. Sabar dan istiqomah ( teruskan ) sehingga berjaya.
Kesimpulannya untuk mempelajari bacaan al-Quran perlu kepada guru yang mahir kerana mereka akanb memantu dengar dan meneliti kekurangan bacaan anda seterusnya membetulkan.

Marilah bersama menyemarakkan lagi dan  membuka jalan untuk menuntut ilmu.

Hadith dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim, no. 2699)

Semoga kita mendapat ganjaran ini, iaitu ganjaran bagi para penuntut ilmu.

Imam Hafs

No comments:

Post a Comment