Saturday, 14 September 2013

PENGALAMAN PERTAMA TALAQQI AL-QURAN


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



Pengalaman pertama saya membaca dengan Syeikh Hasan Rejab ( dalam gambar di atas ) memang berdebar-debar. Pertama kali nak baca ni. Satu lagi baca berhadapan dengan syeikh atau guru di dalam masjid yang mana ramai pelajar yang sama-sama datang bertalaqqi memang benar-benar menguji keyakinan.
Selain itu terdapat juga jemaah lain yang tidak putus-putus hadir ke Masjid Gazandarah di Shubra ini. Memang budaya arab memang begitu. Solat berjemaah sentiasa. Masjid memang banyak. 

Jadi langkah pertama ketika sampai di Mesir, pelajar-pelajar lama sentiasa memberikan bimbingan kepada kami yang baru agar seintiasa bersemangat dan sabar dalam menuntut ilmu di bumi ambiyak ini. Begitulah keadaannya dapat saya rasai ketika bertalaqqi hadapan Syeikh Hasan  ini.Sebelum membaca dihadapan beliau perlu kuasai terlebih dahulu tajwid. Tajwid mesti dikuasai, kalau tidak jika melakukan kesalahan dalam bacaan bersedialah menebalkan muka kalau-kalau ditegur oleh Syeikh. Suara beliau lantang dan kadang-kadang bila dah ditegur boleh lupa ayat nak baca. 

Saya yakin inilah antara pengalaman manis bagi bekas-bekas pelajar di sini bersama dengan Syeikh Qurra ini Jika teringat pasti tersenyum sendirian.Walaupun syeikh agak keras ( Syadid ) tetapi pelajar-pelajar yang datang dan hadir sentiasa sabar dan akhirnya biasa dengan situasi tersebut. 

Syeikh Hasan Rajab antara Qurra yang telah lama berkhidmat di Maahad Shubra. Mempunyai ramai anak-anak murid samaada dari kalangan Arab, Nigeria dan Malaysia sendiri. Walaupun begitu beliau mudah didekati dan suka membawa anak-anak murid berziarah ke rumah beliau terutama di bulan Ramadhan. Kini syeikh sudah bersara secara rasmi daripada Maahad Qiraat Shubra tetapi khidmat beliau kepada al-Quran diteruskan dengan mengadakan halaqah, kelas dan sebagainya di Masjid. Semoga beliau sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t.






Friday, 13 September 2013

BACAAN FATIHAH YANG MENYUSUP KALBU

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.




Surah Fatihah, surah yang biasa kita baca. Terutamanya dalam solat. Sebelum ini kita sudah kenal kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan ketika membaca surah Fatihah. Elok kalau dapat berjumpa dengan mereka yang ahli al-Quran bagi membetulkan bacaan sekurang-kurangnya surah Fatihah kerana ia termasuk dalam salah satu rukun solat.Terdapat dalam satu entri saya sedikit sebanyak mengenai salah seorang Imam yang masyhur iaitu Imam Fahd al-Kanderi. Saya sangat suka dengan bacaan Fatihahnya ini 




Kalau anda telah mahir membaca Fatihah, bolehlah berlatih membaca Fatihah seperti Imam Fahd ini. Begitu menusup kalbu.Subhanallah.

Firdaos Mohd Rawi

Wednesday, 11 September 2013

SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.







Musim haji telah tiba lagi. Sejak minggu lepas jemaah haji telah berlepas ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Alhamdulillah pada tahun ini, bapa mertua saya berpeluang menjadi tetamu Allah s.w.t.Sebelum itu telah diadakan kenduri doa selamat bagi meraikan pemergian beliau ke tanah suci. Diketuai oleh Wakdin dan saya diminta menjadi Imam untuk Solat Maghrib. Apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan Wakdin sebelum memulakan majlis bacaann Yasin.

Beliau bersyukur dengan kehadiran dan beliau mengucapkan tahniah kepada abah kerana menjadi tetamu istimewa pilihan Allah. Sebab pada tahun ini kouta dikurangkan tetapi ternyata abah antara hamba yang terpilih. Saya akui kenyataan beliau memandangkan di tempat saya juga ada sahabat yang dapat pergi dan telah menghadiri kursus perdana tetapi akhirnya tidak dapat pergi atas masalah kesihatan bapanya. 

Setelah segala persiapan dibuat tibalah masannya Abah meninggalkan kami sekeluarga. Mak tidak dapat ikut kerana masalah kesihatan. Saya rasa abah mungkin ada sedikit terkilan kerana tidak dapat membawa mak bersama untuk kali ini tetapi riak wajahnya menunjukkan beliau redha dengann ketentuan ilahi. Pasti ada hikmah disebaliknya dan itulah perkara yang kita selaku hamba harapkan. Begitu juga dengan mak nampak kekeruhan di situ tetapi beliau tetap redha dengan ketentuan ini.

Pukul 4 pagi abah bertolak diiringi laungan azan beserta doa. Abah merupakan kumpulan terawal kt06 tahun ini dan akan tiba ke Madinah dahulu. Semoga mendapat haji Mabrur. Bagi mereka yang belum daftar haji eloklah sediakan RM1,300.00 dan daftar dengan tabung haji. Segera sebab, mungkin kalau daftar lambat, lambat dapat giliran untuk pergi. Kalau kita ada Rm30,000 mungkin dapat pergi awal jika berdaftar dengan syarikat swasta yang lain.

Kesimpulannnya, mereka yang dapat pergi adalah tetamu pilihan Allah s.w.t . Bukan sebab banyak duit, tubuh sihat dan sebagainya tetapi atas ketentuan oleh Allah s.w.t dan itulah realiti yang dapat kita lihat. Hakikatnya kita usaha yang menentukan segalanya adalah Allah s.w.t.

SEMOGA TETAMU ALLAH MENDAPAT HAJI YANG MABRUR AMIN...

Catatan : Firdaos bin Mohd Rawi

Tuesday, 10 September 2013

TADWIIR

                                                        TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

At-Tadwir

Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

Bacaan Tahqiq
             Hadar
            Tadwir

3- Tadwir merupakan bacaan pertengahan antara bacaan Tahqiq dan bacaan Hadar dengan menjaga hukum tajwid.


BACAAN TARTIL



TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bacaan Tartil  adalah  bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat mengikut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan kerana telah sabit dari firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Telah Kami(Allah) membacakannya(Al-Quran)kepadamu(Muhammad)secara tartil” – Surah al-Furqan ayat 32.

Bacaan Tahqiq
            Tartil
             Hadr
            Tadwir




Monday, 9 September 2013

BACAAN TAHQIQ

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bacaan Tahqiq merupakan bacaan yang perlahan.Kadar bacaannya lebih kurang Tartil cuma lebih lambat dan perlahan. Apabila membaca al-Quran secara tahqiq ia seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepati kadar bacaan mad dan kadar dengung.

Untuk pengetahuan anda, bacaan ini biasa kita dengar ketika Majlis Bacaan Tilawah al-Quran. Bacaan al-Quran yang dihiasi dengan Tarannum menyebabkan seseorang terpesona dengan al-Quran.Persoalannya, bolehkah bacaan Tahqiq ini dipraktikkan di dalam solat?Jawapannya ialah ianya tidak boleh dipraktikkan di dalam solat.

Sekadar Gambar Hiasan. Johan Qari dan Qariah 2012.

Bacaan Tahqiq
            Tartil
             Hadr
            Tadwir


Monday, 2 September 2013

TINGKATAN-TINGKATAN BACAAN

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Apa khabar semua? Hari ini saya akan kongsikan kepada anda mengenai tingkatan-tingkatan pembacaan al-Quran. Perbahasan di sini ialah kadar kelajuan bacaan al-Quran dan bukan mengenai tingkatan pembacaan yang berkaitan dengan suara seperti yang terdapat di dalam ilmu tarannum. Adalah penting memahami kadar kelajuan bacaan yang boleh diamalkan bergantung kepada situasi. Kadar kelajuan bacaan perlulah disesuaikan berdasarkan situasi yang berbeza.

Tidak syak lagi bahawa kemampuan mulut manusia di dalam pembacaan al-Quran boleh berubah-
ubah daripada lambat kepada cepat. Begitu juga tidak syak lagi bahawa terdapat tiga jenis kelajuan bacaan yang dapat dikesan dan diamati oleh pendengaran manusia dengan tepat. Pendengaran manusia mampu untuk mengesan dan mengecam bacaan yang berbeza samada perlahan, bacaan yang laju dan bacaan sederhanaiaitu  pertengahan antara bacaan perlahan dan laju.

Pendengaran manusia mempunyai kemampuan dalam mengesan secara  tepat kadar kelajuan bacaan sama seperti kemampuan penglihatan manusia yang dapat mengesan warna merah dengan tepat .Sebagai contohnya sekiranya pada zaman ini komputer memaparkan 1000 warna merah yang berbeza, penglihatan mata mampu membezakan tiga perbezaan warna merah iaitu warna merah, merah gelap, merah cair dan sebagainya.Begitu juga warna biru, biru pekat dan biru cair. Pendengaran juga mempunyai kelebihan yang serupa yang mana dapat mengesan bacaan yang perlahan, laju dan pertengahan ( tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat )

Tingkatan Bacaan al-Quran adalah seperti berikut :-

1-At-Tahqiq
2-Al-Hadar
3-At-Tadwir
4-At-Tartil