Sunday, 15 September 2013

IDGHAM MAAL GHUNNAH & IDGHAM BILA GHUNNAH



TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



HUKUM NUN MATI DAN TANWIN 

TAJUK : IDGHAM MAAL GHUNNAH & IDGHAM BILA GHUNNAH

Pengenalan :

Idgham dari segi bahasa : membawa maksud memasukkan/ 
Idgham dari segi istilah : Menggabungkan bunyi yang bertanda sukun ke dalam huruf berbaris.

Huruf-huruf idgam ada 6 iaitu : (ي رم ل و ن   (يرملون

Soalan  : Kenapakah ia dinamakan dengan Idgham?

Jawapan : Kerana mengidghamkan nun yang sukun atau tanwin ke dalam huruf lam atau ro

Jenis-jenis idgham :

Terdapat dua jenis idgham iaitu 1- Idgham Maal Ghunnah ( Idgham beserta dengung )
                                                2- Idgham Bila Ghunnah  ( Idgham tanpa dengung )


1- IDGHAM MAAL GHUNNAH
     Terdapat 4 huruf Idgham Maal Ghunnah iaitu ي و م ن

Apabila huruf nun yang bertanda mati atau huruf-huruf yang berbaris tanwin datang selepasnya salah satu daripada empat huruf ini ي و م ن  maka akan berlaku idgham maal gunnah.



2. IDGHAM BILA GHUNNAH
 
Terdapat dua huruf idgahm bila ghunnah iaitu ل dan ر 

Apabila huruf  ن yang bertanda mati atau huruf yang berbaris dua atau tanwin bertemu dengan salah satu daripada dua huruf ini ل dan ر maka terjadilah idgham tetapi tanpa dengung. Memasukkan huruf ن yang bertanda sukun dan tanwin ke dalam huruf ل atau ر tanpa keluar dengung.



3- TERDAPAT 4 BENTUK IDGHAM BILA GHUNNAH

 ( أَلَآ إِنَّهُمْ هُمُ ٱلْمُفْسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ ) البقرة 12  nun yang sukun  dengan lam

( ذَ‌ٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ) البقرة 2 tanwin dengan lam

 ( ...كُلُوا۟ مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ ...) سبأ 15 nun sukun dengan ro


 ( إِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ ) النحل 7 tanwin dengan ro




Kelebihan Mempelajari Al-quran
Trainer Kem Tahfiz Al-Quran



FARDHU KIFAYAH DAN FARDU AIN


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

ILMU FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH.

Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.

sumber dipetik daripada laman web http://www.islam.gov.my 

Saturday, 14 September 2013

SAHABAT - SATU JALAN KE SYURGA

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



Maksud sahabat menurut kamus dewan edisis keempat ialah 

1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.

Bertuah sekiranya kita mempunyai ramai sahabat. Aapabila persahabatan terjalin atas sesuatu dasar seperti akidah, minat yang sama, persahabatan boleh terjalin dengan cepat dan erat.

Bahkan di dalam hadith ada menyebutkan bahawa salah satu daripada 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t di padang Mahsyar salah satunya adalah yang bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t  Bersahabat kerana Allah s.w.t dapat menempah  tiket seseorang  duduk di bawah naungan Allah s.w.t.



“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabbnya, Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, Dua orang yang saling mencintai karena Allah Subhanahu wa Ta’ala, berkumpul dan berpisah karena Allah pula, Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya seraya berkata Aku takut kepada Allah, Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dinfaqkan oleh tangan kanannya, serta Seorang yang berdzikir kepada Allah di kala sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.” (Shohih Bukhari, Hadits no 620).

Alhamdulillah kita hidup di zaman media sosial berada dalam tahap yang tinggi jika dibanding dulu. Media sosial seperti Facebook, whatsup dan lain-lain banyak memberikan kemudahan beriteraksi dan bersilaturrahim. Bersahabat dan berkasih sayang merupakan fitrah manusia dengan catatan tahu batas pergaulan.

Dulu agak sukar untuk berhubung antara satu sama lain. Kini semuanya advance.Maklumat dapat dengan sangat pantas. Semoga persahabatan yang terjalin sesama kita menjadi asbab mendapat naungan di sisi Allah s.w.t

PENGALAMAN PERTAMA TALAQQI AL-QURAN


TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



Pengalaman pertama saya membaca dengan Syeikh Hasan Rejab ( dalam gambar di atas ) memang berdebar-debar. Pertama kali nak baca ni. Satu lagi baca berhadapan dengan syeikh atau guru di dalam masjid yang mana ramai pelajar yang sama-sama datang bertalaqqi memang benar-benar menguji keyakinan.
Selain itu terdapat juga jemaah lain yang tidak putus-putus hadir ke Masjid Gazandarah di Shubra ini. Memang budaya arab memang begitu. Solat berjemaah sentiasa. Masjid memang banyak. 

Jadi langkah pertama ketika sampai di Mesir, pelajar-pelajar lama sentiasa memberikan bimbingan kepada kami yang baru agar seintiasa bersemangat dan sabar dalam menuntut ilmu di bumi ambiyak ini. Begitulah keadaannya dapat saya rasai ketika bertalaqqi hadapan Syeikh Hasan  ini.Sebelum membaca dihadapan beliau perlu kuasai terlebih dahulu tajwid. Tajwid mesti dikuasai, kalau tidak jika melakukan kesalahan dalam bacaan bersedialah menebalkan muka kalau-kalau ditegur oleh Syeikh. Suara beliau lantang dan kadang-kadang bila dah ditegur boleh lupa ayat nak baca. 

Saya yakin inilah antara pengalaman manis bagi bekas-bekas pelajar di sini bersama dengan Syeikh Qurra ini Jika teringat pasti tersenyum sendirian.Walaupun syeikh agak keras ( Syadid ) tetapi pelajar-pelajar yang datang dan hadir sentiasa sabar dan akhirnya biasa dengan situasi tersebut. 

Syeikh Hasan Rajab antara Qurra yang telah lama berkhidmat di Maahad Shubra. Mempunyai ramai anak-anak murid samaada dari kalangan Arab, Nigeria dan Malaysia sendiri. Walaupun begitu beliau mudah didekati dan suka membawa anak-anak murid berziarah ke rumah beliau terutama di bulan Ramadhan. Kini syeikh sudah bersara secara rasmi daripada Maahad Qiraat Shubra tetapi khidmat beliau kepada al-Quran diteruskan dengan mengadakan halaqah, kelas dan sebagainya di Masjid. Semoga beliau sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t.






Friday, 13 September 2013

BACAAN FATIHAH YANG MENYUSUP KALBU

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.




Surah Fatihah, surah yang biasa kita baca. Terutamanya dalam solat. Sebelum ini kita sudah kenal kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan ketika membaca surah Fatihah. Elok kalau dapat berjumpa dengan mereka yang ahli al-Quran bagi membetulkan bacaan sekurang-kurangnya surah Fatihah kerana ia termasuk dalam salah satu rukun solat.Terdapat dalam satu entri saya sedikit sebanyak mengenai salah seorang Imam yang masyhur iaitu Imam Fahd al-Kanderi. Saya sangat suka dengan bacaan Fatihahnya ini 




Kalau anda telah mahir membaca Fatihah, bolehlah berlatih membaca Fatihah seperti Imam Fahd ini. Begitu menusup kalbu.Subhanallah.

Firdaos Mohd Rawi

Wednesday, 11 September 2013

SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.







Musim haji telah tiba lagi. Sejak minggu lepas jemaah haji telah berlepas ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Alhamdulillah pada tahun ini, bapa mertua saya berpeluang menjadi tetamu Allah s.w.t.Sebelum itu telah diadakan kenduri doa selamat bagi meraikan pemergian beliau ke tanah suci. Diketuai oleh Wakdin dan saya diminta menjadi Imam untuk Solat Maghrib. Apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan Wakdin sebelum memulakan majlis bacaann Yasin.

Beliau bersyukur dengan kehadiran dan beliau mengucapkan tahniah kepada abah kerana menjadi tetamu istimewa pilihan Allah. Sebab pada tahun ini kouta dikurangkan tetapi ternyata abah antara hamba yang terpilih. Saya akui kenyataan beliau memandangkan di tempat saya juga ada sahabat yang dapat pergi dan telah menghadiri kursus perdana tetapi akhirnya tidak dapat pergi atas masalah kesihatan bapanya. 

Setelah segala persiapan dibuat tibalah masannya Abah meninggalkan kami sekeluarga. Mak tidak dapat ikut kerana masalah kesihatan. Saya rasa abah mungkin ada sedikit terkilan kerana tidak dapat membawa mak bersama untuk kali ini tetapi riak wajahnya menunjukkan beliau redha dengann ketentuan ilahi. Pasti ada hikmah disebaliknya dan itulah perkara yang kita selaku hamba harapkan. Begitu juga dengan mak nampak kekeruhan di situ tetapi beliau tetap redha dengan ketentuan ini.

Pukul 4 pagi abah bertolak diiringi laungan azan beserta doa. Abah merupakan kumpulan terawal kt06 tahun ini dan akan tiba ke Madinah dahulu. Semoga mendapat haji Mabrur. Bagi mereka yang belum daftar haji eloklah sediakan RM1,300.00 dan daftar dengan tabung haji. Segera sebab, mungkin kalau daftar lambat, lambat dapat giliran untuk pergi. Kalau kita ada Rm30,000 mungkin dapat pergi awal jika berdaftar dengan syarikat swasta yang lain.

Kesimpulannnya, mereka yang dapat pergi adalah tetamu pilihan Allah s.w.t . Bukan sebab banyak duit, tubuh sihat dan sebagainya tetapi atas ketentuan oleh Allah s.w.t dan itulah realiti yang dapat kita lihat. Hakikatnya kita usaha yang menentukan segalanya adalah Allah s.w.t.

SEMOGA TETAMU ALLAH MENDAPAT HAJI YANG MABRUR AMIN...

Catatan : Firdaos bin Mohd Rawi

Tuesday, 10 September 2013

TADWIIR

                                                        TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

At-Tadwir

Jenis yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar. Namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.

Bacaan Tahqiq
             Hadar
            Tadwir

3- Tadwir merupakan bacaan pertengahan antara bacaan Tahqiq dan bacaan Hadar dengan menjaga hukum tajwid.