Friday, 23 November 2018

SEKOLAH PERTAMA

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi 


Rindu masih basah ketika saya teringat arwah mak memakaikan baju untuk hari pertama ke sekolah. Tadika Kemas di SK Sri Sekinchan. 

Teruja untuk ke sekolah dengan beg dan kasut baru melangkah laju menaiki kereta ke sekolah. Di situlah dunia baru saya. Dan disitulah belajar segala asas membaca dan mengira.

Ketika saya menaip huruf demi huruf melalui papan keyboard ini, masih jelas di ruang ingatan saya ketika saya mencongak 4+3 di bilik hujung sebelah kantin sekolah.

Ya tadika itu terletak bersebelahan kantin sekolah. Jadi, kami tahu bunyi bising dan riuh rendah itu menandakan jam sudah pukul 10.00. Ada masa satu setengah jam lagi untuk kami bermain bersama.

Pada jam 9.00 pagi kami akan diberi makan. Ketika ini kalau sedap saya akan minta tambah dekat cikgu yang baik hati. 

Setahun saya di tadika itu sudah cukup mengembirakan hati saya, dan saya tak sabar untuk melangkah ke tahun satu di sekolah Sri Sekinchan itu. Tetapi saya tidak ke sambung di situ. Saya sambung di sini.


Imam Hafs

KEMBARA MESIR :LALUAN BAWAH TANAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi 

Matahari terpacak betul di dada langit. Terasa panas membahang muka saya pada waktu itu. Berjalan laju seperti biasa. Menuju ka hentian Metro bawah tanah. 

Ya ketika kita sedang berbangga dengan teknologi keretapi kita, Mesir juga tentu mengangkat kepala dengan keretapi bawah tanahnya. Fasa pertama yang mula beroperasi pada tahun 1987 adalah perjalanan sejauh 27 kilometer di laluan pertama Helwa ke El-Marg. 

Laluan kedua pula dari Shoubra ke El Mounib dibuka bermula tahun 1996.

Perkembangan rangkaian metro Kaherah ini sangat hebat sehingga hari ini. Dan ketika saya tiba di Mesir pada tahun 2003 dulu saya telahpun menikmati perjalanan bawah tanah ini dengan rasa kagum. "Laluan Binaan Jepun" satu gelaran yang disematkan kerana laluan bawah tanah yang merentas Sungai Nil.

Ya lebih cepat kalau hendak ke Husin atau Attaba dengan menaiki metro. 

Kami pelajar kalau hendak mencari barang-barang murah  dan untuk dibuat buah tangan di sinilah tempatnya.

Ada pasar jubah, minyak wangi, kasut sehingga la ke telefon bimbit. Satu pemandangan yang belum ada di Malaysia ketika itu.

Jenama minyak wangi yang mahal harganya boleh dapat dengan harga semurah LE30 ringgit bergantung kepada kepekatan. Tuan kedai akan bancuh minyak wangi itu di hadapan kita.

Jika di hayyu ashir ada pasar kereta, di sini ada pasar barang perhiasan termasuklah minyak habbatussauda dan sebagainya. 


Imam Hafs

Thursday, 22 November 2018

KEMBARA MESIR : SAKIT

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi 

Sihat dan sakit itu lumrah kepada kita sebagai manusia. Kita bukan malaikat. Jadi untuk mengelak dari sakit di Mesir adalah suatu perkara yang agak mustahil kerana udara di sana tidak sama seperti di tanah air.


Saya juga pernah demam ketika di sana dulu. Jadi kita akan dengar apa yang diberitahu oleh orang lama. 

Pertama, lebihkan vitamin c. Ambil yogurt lebih. Di sana, kita akan terus dapatkan ubat di farmasi. Kalau pergi ke hospital kita akan dapatkan nama ubat dari doktor dan terus ke farmasi.  


Tempat yang ada lambang ular tu kan. Saya pula kalau demam akan pakai baju tebal dan berjalan sehingga keluar peluh. Bila keluar sahaja peluh epat sikit demam hendak kebah.


Selain itu, saya memang ada bawa bekal ubat dari Malaysia.  Pil Chi Kit Teck Aun saya ada bawa satu bundle sebab saya tahu kalau sakit perut ini ubat yang sesuai dengan  saya.


Jadi bagi mereka yang ada penyakit dan tahu ubat apa perlu di bawa boleh sahaja bawa ke sana. Tetapi jangan risau di sana juga terdapat farmasi dan ubat tidak lah terlalu mahal.

Yang penting  jangan hanya terperuk sahaja di dalam bilik. Perlu bangkit dan cari tenaga dan semangat baru.


Imam Hafs

Monday, 19 November 2018

SALAM MAULIDURRASUL : BENARKAH KITA CINTA NABI?

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi 


Pagi ini rasa kena penampar dengan soalan ini,

Di akhir majlis ilmu ustaz bersoal-soal


"Sudah berapa kali kita sambut maulidurrasul?"

Kadang setahun sampai 14 kali sambut maulidurrasul. Peringkat surau, peringkat masjid, peringkat negeri dan sebagainya.

Tapi adakah kita sudah hafal nama nabi kita? Sampai adnan?

Mari sama kita ambil berkat pagi ini dengan baca ni


Muhammad (selawat atas baginda )
bin Abdullah
bin Abdul Mutallib
bin Hashim
bin Abdul Manaf
bin Qusoi 
bin Kilab
bin Murrah
bin Kaab
bin Lu'ay
bin Ghalib
bin Fihr
bin Malik
bin Nadr
bin Kinanah
bin Khuzaimah
bin Mudrikah
bin Ilyas
bin Mudhar
bin Nizar
bin Ma'ad
bin Adnan
21 lapis boleh ingat?

Sambung ustaz lagi,

Kalau tak ingat, bacalah  Sejarah Nabi Ar-Rahiq Al-Makhtum Sirah Nabawiyahi

Kita kata kita kasih nabi, nabi pun kita tak kenal ha payoh la kita.

Kemudian

Jaga masa betul-betul

kalau umur kita 60 tahun, kita tidur 30 tahun. Tu belum termasuk yang tidur dalam majlis ilmu lagi.

Jadikanlah bulan ini Bulan Rabiul Awwal, bulan untuk kita membaca buku sejarah Nabi.


#SalamMaulidurRasul
#CintaNabi
#SayangNabi
#RinduNabi


Imam Hafs


Ingin ziarah nabi.

Alangkah indahnya hidup ini, andai dapat ku tatap wajahmu.

Sunday, 18 November 2018

KEMBARA MESIR : CERITA ORANG LAMA

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Satu ketika saya berbual dengan seorang ustaz. Beliau adalah antara generasi awal yang sambung belajar di Shubra.

Baliau sempat berguru dengan Syeikh Sayyid.

Dia mula bercerita.

"Satu hari, kami saja pergi ke Taman Haiwan."

"Kemudia  terus pergi ke Syeikh Sayyid."

"Nak tahu Syeikh cakap apa?"

"Hangpa ni, pergi tengok haiwan tu, kat tempat hangpa takdak ka."
"Buang masa. Quran belum ngulang lagi."

Ustaz tu cerita dengan dialek Kedah.

Kami waktu tu, duk pandang sesama kami, siapa pulak bagitahu Syeikh Sayyid ni.

Begitu juga cerita orang lama pasal Syeikh yang buta tegur mereka suruh cuci muka sebab mengantuk. Sedangkan mereka duduk kat belakang. Bukan tegur umum, tapi sebut nama suruh bangun.

MasyaAllah. Mereka melihat dengan cahaya Allah subhanahu wataala.

Begitulah. Banyak lagi cerita pelik pada pandangan zahir kita yang disaksikan sendiri penuntut ilmu di negeri padang pasir ini.


Akan dikongsikan di entry berikut insyaAllah




Imam Hafs

Saturday, 17 November 2018

PEMBUNUH CITA-CITA

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Hari ini saya terbaca satu kata-kata dari seorang jurulatih penulisan.

"Kesempurnaan menghalang anda daripada mencuba. Mulailah di suatu tempat, dan kemudian tambah baik. Anda tidak boleh memikirkan semua benda dahulu dalam fikiran anda."

Benar, baru saya sedar, selama ini yang menjadi penghalang kepada saya dalam banyak hal. Banyak perkara yang dirancang tak jadi nak buat. Sebab rasa kita buat tak sempurna. 

Pernah pergi travel yang jadi tanpa rancang? Ada yang rancang tak jadi?


Ada masa, kita tak jadi nak buat sesuatu sebab rasa tak sempurna pada pandangan orang lain.

Dan hakikatnya, kita memang tidak sempurna. Bagaimana orang yang tidak sempurna pada pandangan mata kita, mereka menerima diri mereka dengan baik sekali. Dan itu menjadikan mereka lebih hebat dari insan yang sempurna.


Nak menulis tak jadi sebab tiada komputer yang canggih. Dan berapa ramai penulis bermula dengan komputer lama dan juga typewriter?

Pernah dulu di Mesir, "Maaf kami tak dapat masukkan tulisan anta dalam majalah."

Menghirup teh panas yang masih berasap, betul memberi nikmat ketika musim sejuk. Berbandign mendengar kata-kata itu.

Tanpa sedar ia membunuh cita-cita. Saya juga perlu ubah cara fikir saya selepas ini. Jangan mengharapkan kesempurnaan. Kita tidak sempurna. 


Pesan guru, "Try and adjust."


Imam Hafs
Terus melangkah, sampai garisan penamat.

Monday, 12 November 2018

Dialog Prestasi Pencapaian Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi


Pagi ni ada program dialog prestasi khusus membincangkan berkenaan pencapaian
murid dalam bacaan al-Quran
.
Oleh kerana kaedah Iqra yang digunakan dalam pengajaran alQuran, maka tahap murid dinilai mengikut pencapapaian Iqra 1-6, Alquran dan Khatam
.
Kadang ada murid ynag sudah darjah 5 dan masih berada dalam iqra 3.
Ada juga murid yang tahun 1 atau 2 dengan izin Allah sudah ada yang mencapai tahap Iqra 6 dan Al-Quran
.
Apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? Tidak bolehkah, jika murid tahun 1 Iqra satu sahaja? Darjah 3 semua boleh menguasai iqra 5?
Banyak faktor main peranan, tetapi kita boleh pegang pesan, qaul atau kata-kata Imam Shafie.



Wahai saudaraku,kamu tidak akan dapat ilmu kecuali dengan 6 perkara. Akan aku terangkan perinciaannya.
1- Kecerdasan
2- Ketamakan
3- Kesungguhan
4- Biaya
5- Dekat dengan guru
6- Waktu yang panjang.
Kita juga begitu dengan anak-anak. Ada anak cepat berjalan. Ada yang lambat. Tenang-tenang sahaja. Ia proses.

Sebagai ibu atau bapa, Apa yang kita mungkin  boleh usahakan, kita rekodkan pencapaian, dan kita buat sasaran untuk anak.

Imam Hafs