Gambar : Google
Teringat dahulu waktu kecil seingat saya ketika itu berumur 7 tahun.
Kami belajar mengaji dengan seorang ustazah. Kami dalam 15 orang. Duduk dalam kawasan balai sebab ayah seorang polis. Bukan mak tak boleh ajar. Tapi kalau ramai-ramai suasana lebih seronok.
Kadang ustazah bawa bersama anak-anak beliau yang kami panggil kakak. Bantu bersama mengajar anak-anak polis di situ.
Saya kira kita sama. Belajar mengaji dengan menggunakan Muqaddam. Beramai-ramai sehinggalah pandai membaca al-Quran. Setiap hari Isnin sehingga Jumaat.
Mak akan titipkan sejumlah RM5 hadiah untuk ustazah.
Itu lebih kurang 20-25 tahun dahulu. Hadiah tanda terima kasih dan penghargaan. Kerana mendidik anak-anaknya agar pandai membaca al-Quran.
Yang akan digunakan anak-anaknya ketika mereka uzur. Atau mungkin selepas mereka meninggalkan alam fana ini. Agar pahala mengalir juga buat mereka.
Sekarang ini, agak sukar untuk mendapatkan khidmat Ustazah untuk mengajar anak-anak. Apatah lagi jika hadiah yang hendak diberi adalah RM5?
Walaupun ustazah tidak minta hadiah untuk itu. Minta atau tidak bukan pengukur keikhlasan insan. Ia rahsia Tuhan.
Apakah releven RM5 hadiah untuk guru yang mengajar al-Quran pada zaman ini?
Kalau dulu Nasi Lemak Tembam berharga 20sen.
Nasi Lemak Dara saya tak tahu berapa.
Nasi Lemak Dara saya tak tahu berapa.
Mencari ustazah mengaji.
No comments:
Post a Comment