بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Pada zaman saidina
Othman, telah berlaku peristiwa besar. Ia salah satu punca mengapa al-Quran
dikumpulkan dan ditulis sekali lagi.
Berlaku
pertelingkahan antara kaum muslimin. Puncanya?Perbezaan bacaan al-Quran.
Menyebabkan ada antara mereka menyalahkan bacaan antara satu dengan yang lain.
Untuk mengelakkan perpecahan di antara kaum muslimin, pengumpulan semula
dibuat.
Hakikatnya, bacaan
mereka betul kerana dipelajari daripada para sahabat yang mengajar al-Quran.
Para sahabat mengambil bacaan daripada Rasulullah. Perbezaan bacaan ini kita
kenali ilmu ini dengan ilmu Qiraat.
Disebabkan ini,
Saidina Othman mengarahkan sahabat baginda untuk mengumpulkan semula al-Quran.
Penulisan ketika dikumpulkan semula al-Quran dikenali dengan Resm Othman.
Jawatankuasa
pegumpulan al-Quran ini diketuai oleh sahabat Nabi iaitu Zaid bin Thabit.
Pengumpulan ini bukan biasa-biasa. Ia ditulis untuk mengelakkan perpecahan di
kalangan kaum muslimin.
Disusun, disalin
semula Sebanyak 6 salinan.
Lima daripadanya di
hantar bersama dengan wakil untuk mengajar ke daerah berikut :
Abdullah bin
As-Saib radhiallahuanhu dihantar ke Mekah
Al-Mughirah bin Abi
Syahab radhiallahuanhuradhiallahuanhu dihantar ke Syam
Abdul Rahman
Abdullah bin Habib A-Sulaimi radhiallahuanhu
dihantar ke Kufah
’Amar bin Qais
radhiallahuanhu dihantar ke Basrah
Zaid bin Thabit
radhiallahuanhu. di Madinah.
Satu mushaf
dinamakan dengan Al-Mushaf Al-Imam yang disimpan oleh Khalifah Othman.
Terdapat juga
mushaf-mushaf yang ditulis sebelum itu, apa yang berlaku kepada mushaf-mushaf
mereka?
Anda belajar sesuatu? Mohon share artikel ini agar sebar manfaat.
Anda belajar sesuatu? Mohon share artikel ini agar sebar manfaat.
No comments:
Post a Comment