Saturday, 7 October 2017

BAGAIMANA CARANYA SAIDINA UTHMAN MENULIS MUSHAF

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ketika Saidina Uthman mula memilih sahabat-sahabat untuk menulis al-Quran,beliau telah meminta sahabat dari kalangan Muhajirin dan Ansar.

Ada beberapa perkara yang dipastikan sebelum sesuatu ayat al-Quran ditulis:-

  • Dipastikan ayat-ayat benar daripaa Quran dan ia tidak dimansuhkan ketika semakan terakhir. Semakan terakhir ini berlaku pada akhir hayat baginda Nabi sollallahu alaihi wasallam. Boleh baca di sini.
  • Tidak ditulis sesuatu yang tidak sabit daripada Quran. Ada beberapa tulisan sahabat dalam buku catatan mereka yang memberi jelas berkenaan makna sesuatu ayat al-Quran.
  • Jawatankuasa penulisan ini, menulis mashaf-mashaf yang meraikan perbezaan tentang hazaf, ithbat, naqs, ziadah dan lain-lain sebagaimana ia diturunkan. Boleh baca sini Al-Quran diturunkan dalam 7 loghat.
  • Sekiranya terdapat perselisihan antara mereka, maka ia akan ditulis dengan loghat kaum Quraisy.
Antara perkara yang pernah menjadi perselisihan antara mereka adalah pada kalimah 

Zaid berpendapat kalimah ini perlu ditulis dengan التابوة (ta marbuthah ).Sahabat dari Quraisy berpandangan ia perlu ditulis dengan التابوت (ta terbuka). Saidina Uthman membuat keputusan bahawa ia perlu ditulis dengan التابوت (ta terbuka) kerana mengikut loghat Quraisy.

Penulisan di zaman Uthman ini berpunca dari kepelbagaian bacaan para Qurra' ketika itu. Ada dari kalangan mereka yang menerima bacaan sebelum berlaku semakan terakhir. Ketika semakan terakhir, terdapat ayat yang telah dimansuhkan. Ada yang mereka tidak tahu.

Selesai sahaja penulisan beberapa mashaf sebagaimana yang dirancang, Saidina Uthman memulangkan semula suhuf asal kepada Ummil Mukminin Saidatina Hafsah binti Umar al-Khattab.

Mashaf-mashaf lain yang siap ditulis dihantar ke kota-kota yang diperintah Islam ketika itu.
Mushaf-mushaf lain yang ada ketika itu dibakar dan dimusnahkan. Tujuaannya adalah untuk menjaga pintu fitnah daripada terbuka dan kejahatan yang mungkin timbul.

Wallahu a'lam.

Mohon share

Imam Hafs

1 comment: