Thursday, 5 October 2017

SAIDINA OTHMAN MENGUMPULKAN ALQURAN


بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Pada zaman saidina Othman, telah berlaku peristiwa besar. Ia salah satu punca mengapa al-Quran dikumpulkan dan ditulis sekali lagi.


Berlaku pertelingkahan antara kaum muslimin. Puncanya?Perbezaan bacaan al-Quran. Menyebabkan ada antara mereka menyalahkan bacaan antara satu dengan yang lain. Untuk mengelakkan perpecahan di antara kaum muslimin, pengumpulan semula dibuat.

Hakikatnya, bacaan mereka betul kerana dipelajari daripada para sahabat yang mengajar al-Quran. Para sahabat mengambil bacaan daripada Rasulullah. Perbezaan bacaan ini kita kenali ilmu ini dengan ilmu Qiraat.


Disebabkan ini, Saidina Othman mengarahkan sahabat baginda untuk mengumpulkan semula al-Quran. Penulisan ketika dikumpulkan semula al-Quran dikenali dengan Resm Othman.


Jawatankuasa pegumpulan al-Quran ini diketuai oleh sahabat Nabi iaitu Zaid bin Thabit. Pengumpulan ini bukan biasa-biasa. Ia ditulis untuk mengelakkan perpecahan di kalangan kaum muslimin.
Disusun, disalin semula Sebanyak 6 salinan.

Lima daripadanya di hantar bersama dengan wakil untuk mengajar ke daerah berikut :


Abdullah bin As-Saib radhiallahuanhu dihantar ke Mekah
Al-Mughirah bin Abi Syahab radhiallahuanhuradhiallahuanhu dihantar ke Syam
Abdul Rahman Abdullah bin Habib A-Sulaimi radhiallahuanhu
dihantar ke Kufah
’Amar bin Qais radhiallahuanhu dihantar ke Basrah
Zaid bin Thabit radhiallahuanhu. di Madinah.
Satu mushaf dinamakan dengan Al-Mushaf Al-Imam yang disimpan oleh Khalifah Othman.


Terdapat juga mushaf-mushaf yang ditulis sebelum itu, apa yang berlaku kepada mushaf-mushaf mereka?


Anda belajar sesuatu? Mohon share artikel ini agar sebar manfaat.

Imam Hafs

Sunday, 16 April 2017

DI MANA BELAJAR MENGAJI?

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google

Teringat dahulu waktu kecil seingat saya ketika itu berumur 7 tahun.

Kami belajar mengaji dengan seorang ustazah. Kami dalam 15 orang. Duduk dalam kawasan balai sebab ayah seorang polis. Bukan mak tak boleh ajar. Tapi kalau ramai-ramai suasana lebih seronok.
Kadang ustazah bawa bersama anak-anak beliau yang kami panggil kakak. Bantu bersama mengajar anak-anak polis di situ.

Saya kira kita sama. Belajar mengaji dengan menggunakan Muqaddam. Beramai-ramai sehinggalah pandai membaca al-Quran. Setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Mak akan titipkan sejumlah RM5 hadiah untuk ustazah.

Itu lebih kurang 20-25 tahun dahulu. Hadiah tanda terima kasih dan penghargaan. Kerana mendidik anak-anaknya agar pandai membaca al-Quran.

Yang akan digunakan anak-anaknya ketika mereka uzur. Atau mungkin selepas mereka meninggalkan alam fana ini. Agar pahala mengalir juga buat mereka.


Sekarang ini, agak sukar untuk mendapatkan khidmat Ustazah untuk mengajar anak-anak. Apatah lagi jika hadiah yang hendak diberi adalah RM5?

Walaupun ustazah tidak minta hadiah untuk itu. Minta atau tidak bukan pengukur keikhlasan insan. Ia rahsia Tuhan.

Apakah releven RM5 hadiah untuk guru yang mengajar al-Quran pada zaman ini?

Kalau dulu Nasi Lemak Tembam berharga 20sen.
Nasi Lemak Dara saya tak tahu berapa.

Mencari ustazah mengaji.

Imam Hafs


Saturday, 25 February 2017

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada suatu hari yang hujang renyai-renyai di sebuah sekolah seorang murid comel  bertanya gurunya,

"Ustaz, bagaimana al-Quran diturunkan?" keningnya berkerut.

Ustaz tidak terus menjawab sahaja hendak menguji anak muridnya itu.
Mengapa kamu bertanya?

Saya pernah dengar ceramah ustaz ayat yang mula turun 5 ayat sahaja. Saya tengok dalam al-Quran ada beratus-ratus ayat.

Ustaz mengangguk-ngangguk. Bijak betul anak murid aku ni. Kemungkinan dia akan menjadi Ustaz menggantikan tempatku pabila dia besar nanti. 

Untuk menjawab soalan anak muridnya dia berkatYa anak muridku,  ia turun secara berperingkat-peringkat."


"Begini, pertama sekali, al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz."

"Apatu lauh mahfuz?"

"Ohhooo, ok dengar ni, ketika Nabi Muhammad sollollohu alaihi wasallam dibawa ke langit masa Israk Mikraj, Nabi ada mendengar....bunyi seperti pen menulis.


Lalu Malaikta Jibril beritahu itu adalah Lauh Mahfuz. Tercatat padanya segala tentang takdir makhluk Allah subhanahu wataala."

"Ohh begitu rupanya. Macam komputer?" Sambil menunjukkan sebuah komputer di sudut kelas. Ustaz genggam tangan sambil angkat ibu jari. "Begitulah, namun lauh mahfuz lebih hebat dari itu. Al-Quran diturunkan dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah. Baitul Izzah ini terletak di langit yang pertama. Dan penurunan al-Quran daripada Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah ini, berlaku secara sekaligus pada malam Lailatul Qadar."

Melopong mulut anak muridnya sikit lagi nak meleleh air liur.

"Wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad sollollohu alaihi wasallam adalah 5 ayat dari surah Al'alaq. Masa tu Nabi kita berada di gua Hiro'. Berdebar-debar dada Nabi dan tercungap-cungap apabila baginda sampai di rumah. Berlari pulang ke rumah setelah didatangi Malaikat Jibril. Siti Khadijah menyelimutkan Nabi. Sebelum berjumpa dengan saudaranya, seorang ahli kitab bernama Waraqah Bin Naufal. 

Khadijah berkata kepada Waraqah, “Hai anak lelaki pamanku dengarkanlah apa yang hendak di katakan anak lelaki saudaramu.”

Berkata Waraqah,  “Hai anak lelaki saudaraku apa yang engkau lihat?”

Lalu nabi menceritakan apa yang di alaminya.

Jawab Waraqah, “Suci suci. Hai anak lelaki saudaraku. Ini adalah rahsia paling besar yang pernah Allah turunkan kepada Nabi Musa. Oh mudah-mudahan aku dapat kembali menjadi muda dan kuat, mudah-mudahan aku masih hidup, kelak kaummu akan mengusirmu.”

Nabi bertanya, “Apakah kaumku akan mengusirku?”

“Ya. Sama sekali tidak ada seorang yang datang dengan membawa apa yang engkau bawa melainkan ia di musuhi. Dan jikalau aku dapat mengalami bersama harimu, kelak engkau dimusuhi, maka aku akan menolongmu dengan pertolongan yang kuat.”

Ustaz tanya pada anak muridnya, "Paham?"

"Ya Ustaz." sambil tersengih.

Begitulah seterusnya wahyu diturunkan secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.




Bagaimana Wahyu Dihantar Malaikat Jibril?



Imam Hafs



Sunday, 12 February 2017

BACAAN ISYMAM DAN AR ROUM

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Video : Ihsan Sahabat



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Dalam surah Yusuf ayat ke 11 terdapat satu bacaan Isymam dan Raum. Ini hanya terletak pada satu tempat sahaja di dalam Al-Quran. Untuk lebih mudah boleh lihat al-Quran muka surat 236. Lihat kalimah yang ada tanda berlian di atasnya.





Bagaimana cara bacaannya?


Imam Hafs An Asim mengikut jalur Assyatibiah membaca dengan dua cara bacaan iaitu

1- Isymam - Isymam itu memuncungkan kedua bibir setelah membaca secara sukun pada huruf yang akan dimuncungkan tersebut. Iaitu huruf Nun.



Beliau adalah salah seorang Syeikh Qurra yang pernah berkhidmat di Maahad Qiroat Syubra, Mesir.

2-Ar Roum - memperdengarkan huruf dengan kadar 1/3 harakatnya sehingga yang boleh mendengar huruf berharakat 1/3 ini orang yang hanya berada di hadapan kita.



Beliau adalah Dr. Sheikh Ayman bin Rushdi Swayd 


Imam Hafs

IMAM NAFI'

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Masjid Nabawi. Dibina oleh Rasulullah (selawat dan salam atas baginda ) bersama dengan para sahabat. 

Disinilah salah seorang Imam Qiraat menghabiskan umurnya berbakti dalam mengajar al-Quran.
Dikenali dengan gelaran Imam Nafi' Al-Madani.

Nama sebenar beliau adalah Nafi' bin Abdurrahman bin Abi Nu'aim al-Laitsi al-Kanani.
Bertugas sebagai Imam di Masjid Nabawi selama 60 tahun.

Dilahirkan pada tahun 70H dan meninggal dunia pada tahun 169H di Madinah. Ini bermakna beliau berumur 99 tahun.

Beliau membaca secara talaqqi ( berhadapan ) bacaan al-Quran dengan 70 imam Tabi'in. Ramai juga anak murid beliau antaranya Abu Amru bin 'Ala, Sulaiman bin Muslim bin Jammaz, Imam Mali bin Anas dan ramai lagi.

Tapi diantara ramai anak muridnya, terdapat dua orang yang masyhur dalam meriwayatkan bacaan Imam Nafi'. Mereka adalah Qalun dan Warsh.

Selain menjadi Imam, beliau merupakan Imam Qiraat di Madinah. Mudah tersenyum dan suka bersenda gurau dan berakhlak mulia.


Imam Hafs

Sunday, 14 February 2016

IMAM HAFS

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Imam Hafs
Masjid Kufa 1915


والأخذ بالتجويد ختم لازم  من لم يجود القرءان آثم
لأنه به الإلــه أنزلا   وهكذا عنه إلينا وصلا


Dan membaca al-Quran dengan bertajwid sesuatu yang mesti ( wajib )
Barangsiapa yang tidak bertajwid dalam membaca al-Quran maka berdosalah dia.
Kerana al-Quran itu diturunkan Allah swt dengan bertajwid
Dan begitulah sampai kepada kita al-Quran dengan bertajwid.
-Imam Al-Jazari r.a -

PERSOALAN


Bila orang bertanya kita, " Kamu bermazhab apa?". Dengan mudah kita menjawab aku bermazhab Syafie. Apabila kita ditanya kita membaca al-Quran ikut siapa. Kita jawab Imam Hafs An Asim.

IMAM HAFS AN ASIM ( امام حفص عن عاصم )  


Di Malaysia kita tidak berapa terdedah dengan ilmu qiraat. Ilmu Qiraat merupakan ilmu yang menerangkan berkenaan dengan bacaan-bacaan yang diriwayatkan daripada imam-imam Qiraat.

Imam ikutan kita di dalam pembacaan al-Quran adalah Imam Hafs. Elok juga kita mengenali peribadi imam hafs ini memandangkan kita di Malaysia memang membaca dengan bacaan mengikut
( riwayat ) apa yang telah diambil daripada Imam Hafs. 

Apa yang perlu kita faham, bacaan tersebut diambil daripada Rasulullah ﷺ  dan bukan dicipta oleh Imam Qiraat. Begitulah ia diperturunkan secara talaqqi daripada Rasulullah ﷺ kepada sahabat baginda. 

Para sahabat pula mengajarkan pula kepada generasi selepas mereka dan ia diperturunkan melalui kaedah talaqqi sebagaimana Rasulullah ﷺ bertalaqqi dengan Malaikat Jibril alaihissalam.

Begitulah berterusan proses bertalaqqi dari generasi kepada generasi sehinggalah ke zaman kita ini.
Kita terkadang pernah mendengar bacaan al-Quran yang berbeza dengan bacaan yang kita amalkan cuma kita tidak perasan kerana ilmu Qiraat ini merupakan ilmu yang tidak popular di kalangan kita.

Sekiranya kita pergi ke Universiti Islam Antarabangsa kita boleh mendengar bacaan yang agak berbeza daripada pelajar yang datang dari belah Afrika yang membaca mengikut riwayat Warsh.

Imam hafs lahir pada tahun 90 hijrah dan wafat pada tahun 180 hijrah. Mengambil bacaan terus daripada imam Asim tanpa perantaraan. Beliau merupakan guru yang masyhur meriwayatkan bacaan daripada Imam A'sim. 


KAITAN IMAM HAFS DAN IMAM A'SIM


Apakah kaitan Imam Hafs dan Imam A'sim? Selain beliau dikenali sebagai anak murid dan tuan guru, Imam A'sim juga adalah bapa tiri kepada Imam Hafs. Disebabkan beliau selalu bersama dengan Imam A'sim maka beliau selalu berpeluang membaca dan bertalaqqi bacaan al-Quran sehingga beliau merupakan murid yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam A'sim. Imam A'sim merupakan kalangan tabi'en.

IMAM ASIM

Beliau telah mengambil bacaan daripada Abu Abdur Rahman As-sulami dan Zirr bin Hubaisy Al-Asadi. Abu Abdur Rahman As-sulami pula telah mengambil bacaan secara talaqqi daripada sahabat Rasulullah ﷺ iaitu Ali bin Abi Talib. Ali bin Abi Talib pula mengambil bacaan daripada Rasulullah ﷺ.


Imam Hafs

Wednesday, 26 August 2015

AKHLAK HAMLATUL ALQURAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop




Ibnu Umar RA berkata : " 

Sesungguhya kami adalah merupakan generasi terawal umat ini. Seseorang sahabat nabi yang paling baik tidak memiliki hanya satu surah sahaja dari surah al-Quran atau seumpamanya. AL-Quran sangat berat bagi mereka. Akan tetapi mereka diberikan kemudahan untuk beramal dengannya. Dan sesungguhnya umat ini yang terakhir, mereka dianugerahkan keringanan menguasai al-Quran sehinggakan ia dapat dibaca oleh kanak-kanak dan juga orang bukan arab. Akan tetapi mereka tidak beramal dengannya."


Abdullah Ibn Masud Radiahllahuanhu berkara : Rasulullah saw bersabda :

" Al-Quran ini akan diwarisi oleh satu kaum, mereka meminumnya sama sepertimana mereka meminum ai, akan tetapi al-Quran yang dibaca itu tidak melepasii kerongkong mereka."

Apabila kita membaca kata-kata sahabat dan sabda nabi di atas, dan kita melihat keadaan kita pada hari ini, kita akan dapati akan kebenaran kata-kata nabi tersebut. Memang pahit untuk ditelan tetapi itulah kebenarannya.

Semoga kita berusaha dan menjadi mereka yang bukan sekadar membaca dan menghafaz tetapi beramal juga dengan isi  al-Quran

Kelebihan Mempelajari Al-quran