Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Simpanan Laptop
Saturday, 22 February 2014
Thursday, 20 February 2014
BIJAK QALQALAH
Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Laptop
Gambar : Laptop
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Qalqalah merupakan salah satu daripada sifat huruf.
Qalqalah dari segi bahasa bermaksud pantulan.
Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Qalqalah merupakan salah satu daripada sifat huruf.
Qalqalah dari segi bahasa bermaksud pantulan.
Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian

Sekiranya pada kalimah-kalimah yang mengandungi huruf qalqalah bertanda sukun di atas kita membacanya tanpa berhenti pada huruf tersebut maka ia dinamakan Qalqalah Sughra. Sekiranya kita berhenti pada huruf qalqalah tersebut di atas maka ia dinamakan dengan Qalqalah Kubra.
Contohnya pada kalimah
Sekiranya kita menyambung bacaan maka ia dinamakan Qalqalah Sughra. Sekiranya kita memberhentikan bacaan kita pada huruf ق maka bertukarlah hukumnya daripada Qalqalah Sughra kepada Qalqalah Kubra.

Tuesday, 11 February 2014
MAD 'IWADH
Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Laptop
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mad 'Iwadh merupakan bacaan panjang sebanyak 2 harakat yang berlaku apabila pembaca memberhentikan bacaan pada huruf tanwin dua di atas kalimah yang diakhiri huruf alif. Untuk lebih memahami sila lihat contohnya seperti di bawah:
Mad 'Iwadh berlaku pada huruf tanwin atas ketika waqaf bacaan. 'Iwadh bermaksud ganti iaitu menggantikan tanwin kepada baris satu fathah di atas.
Apabila bacaan tidak diwaqafkan atau pebaca menyambungkan bacaan maka mad iwad tidak berlaku.
Hanya tanwin fathah yang diwaqafkan sahaja yang dibaca dengan kadar 2 harakat.
Hanya tanwin fathah yang diwaqafkan sahaja yang dibaca dengan kadar 2 harakat.

Trainer Kem Tahfiz
Monday, 10 February 2014
BIJAK MAD
Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Laptop
Gambar : Laptop
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Sekiranya sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:
Tidak dibaca panjang apabila menyambungkan bacaan tetapi apabila berhenti pada kalimah tersebut ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2,4 atau 6 harakat.
Mad Asli merupakan perkara yang asas yang perlu diketahui jika ingin membaca al-Quran dengan sempurna. Walaupun ia merupakan hukum yang mudah namun kesalahan ketika membaca huruf mad asli ini biasa juga dilakukan.
PENGERTIAN MAD
Mad dari segi bahasa - Menambah
Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin.
Mad dari segi bahasa - Menambah
Menurut Istilah Ilmu Tajwid - Memanjangkan sebutan suara pada huruf mad atau huruf lin.
Huruf mad ada tiga iaitu
![]() |
Dengan dua syarat iaitu huruf mad bertanda sukun dan huruf sebelumnya adalah berbaris seperti berikut :
Sekiranya sebelum huruf و dan huruf ي huruf berbaris di atas ia menjadi huruf lin seperti berikut:
Tidak dibaca panjang apabila menyambungkan bacaan tetapi apabila berhenti pada kalimah tersebut ia boleh dibaca panjang dengan kadar 2,4 atau 6 harakat.
BAHAGIAN MAD
Mad terbahagi kepada 2 bahagian.
1- Mad Asli
2- Mad Far'i
Mad asli adalah merupakan mad yang wujud apabila huruf-huruf bertemu dengan huruf mad mengikut syarat yang telah disebutkan di atas. Sekiranya selepas huruf mad tersebut bertemu dengan huruf mad atau sukun maka mad far'i akan berlaku.
Kadar bacaan Mad Asli ini adalah sekadar dua harakat. Di dalam penulisan al-Quran Rasm Othmani huruf mad asli tidak ditulis tanda mati pada tiga huruf tersebut.
Mad Far'ie merupakan cabang hukum mad. Ia berlaku apabila bertemu huruf mad dengan :
a ) Huruf Hamzah
b ) Sukun
Terdapat juga Mad Far'ie yang berlaku antara Ha Dhomir dengan huruf hamzah.

Tuesday, 4 February 2014
BIJAK MEMBACA HURUF HIJAIYAH DI AWAL SURAH
Teks : Firdaos Mohd Rawi
Gambar : Laptop

Gambar : Laptop
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Terdapat 29 surah daripada 114 surah di dalam al-Quran dimulai dengan huruf hijaiyah. Daripada 29 huruf hijaiyah 14 huruf daripadanya merupakan antara huruf yang berada di permulaan awal surah.
Kesilapan di dalam bacaan huruf-huruf hijaiyah ini sering berlaku. Sebagai contoh pada awal surah al-Baqarah, yang bermula dengan huruf الم ada yang membaca dengan alama dengan membari atas ketiga-tiga huruf tersebut.
Tanda di bawah ini merupakan tanda mad. Ia bukan baris fathah seperti mana kesalahan bacaan yang dilakukan ketika membaca huruf-huruf tersebut.
CARA MEMBACA
Untuk membaca huruf hijaiyah yang terdapat di awal permulaan 29 surah ini ialah menyebut huruf tersebut satu persatu.
Setiap huruf pada permulaan surah perlu dipecah dengan ejaan huruf masing-masing. Kita akan mendapati terdapat tempat yang perlu kita dengungkan seperti contoh di atas. Adalah amat penting mendapat bacaan daripada mereka yang mahir.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENYAMBUNG BACAAN AYAT SATU DAN DUA SURAH
ALI IMRAN?
Terdapat dua cara bacaan untuk menyambungkan bacaan ayat pertama dan kedua surah Ali Imran
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBACA HURUF AWAL SURAH MARYAM?
ALI IMRAN?
Terdapat dua cara bacaan untuk menyambungkan bacaan ayat pertama dan kedua surah Ali Imran
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBACA HURUF AWAL SURAH MARYAM?

Sunday, 2 February 2014
HUKUM NUN MATI DAN TANWIN - IKHFAK HAQIQI
Teks : Firdaos Mohd Rawi
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Ikhfak Haqiqi adalah satu daripada 4 hukum nun mati dan tanwin.
MAKSUD IKHFAK
Ikhfak dari segi bahasa adalah bermaksud tersembunyi.
Ikhfak dari segi istilah Ilmu Tajwid adalah : Membaca huruf yang bertanda sukun dengan bacaan antara izhar dan idgham beserta dengung.
HURUF-HURUF IKHFAK
Apabila huruf nun bertanda sukun (ن) ( dalam Mushaf Rasm Othmani tidak ditulis tanda sukun )atau huruf yang berbaris tanwin (dalam Mushaf Rasm Othmani kedua baris ditulis secara tidak selari) bertemu selepas keduanya salah satu huruf daripada 15 huruf di atas maka berlakulah hukum Ikhfak Haqiqi.
Bagi huruf nun sakinah ia bertemu dengan huruf-huruf dalam dua keadaan iaitu samaada di dalam satu kalimah ataupun di dalam dua kalimah.
Bagi tanwin ia hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja.
Cara bacaannya adalah sebutan antara izhar dan idgham.Ketika membaca ikhfak perlu didengungkan huruf nun. Cara meletakkan kedudukan lidah ketika bacaan dengung perlu diambil perhatian. Sekiranya pembaca meletakkan lidah menyentuh gusi atas sebelah hadapan maka ia akan menjadi seperti bacaan izhar. Maka ikhfaq yang dibaca seperti ini adalah tidak tepat.
Berikut merupakan contoh ikhfak haqiqi yang terdapat di dalam al-Quran.
![]() |
BARIS TANWIN TIDAK SELARI DI DALAM MASHAF RASM OTHMANI |
![]() |
HURUF NUN TIDAK DITANDA DENGAN SUKUN DALAM MASHAF RASM OTHMANI |
Bagi huruf nun sakinah ia bertemu dengan huruf-huruf dalam dua keadaan iaitu samaada di dalam satu kalimah ataupun di dalam dua kalimah.
Bagi tanwin ia hanya berlaku di dalam dua kalimah sahaja.
Cara bacaannya adalah sebutan antara izhar dan idgham.Ketika membaca ikhfak perlu didengungkan huruf nun. Cara meletakkan kedudukan lidah ketika bacaan dengung perlu diambil perhatian. Sekiranya pembaca meletakkan lidah menyentuh gusi atas sebelah hadapan maka ia akan menjadi seperti bacaan izhar. Maka ikhfaq yang dibaca seperti ini adalah tidak tepat.
Berikut merupakan contoh ikhfak haqiqi yang terdapat di dalam al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)