Thursday, 25 September 2014

RAMAI YANG TERSALAH SANGKA MAKSUD KETENANGAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia dan tenang. Tanyalah kepada sesiapa sahaja sudah pasti mereka akan mengharapkan kehidupan yang tenang dan bahagia.Bercita-cita untuk jadi kaya, sihat dan sebagainya. 

Apabila seseorang membayangkan dirinya sudah mempunyai harta yang banyak dia rasa dialah orang yang telah berjaya dalam hidup. Akan rasa tenangan dengan hartanya. Adakah itu maksud sebenar ketenangan? Kita lihat ramai orang kaya yang mengakhiri kehidupan mereka dengan membunuh diri. 

Artis-artis dari barat sebagai contohnya ramai yang kaya dan ketagih dadah, alkohol dan sebagainya. Apakah mereka tidak bahagia sedangkan mempunyai wang berjuta-juta di dalam simpanan mereka.

Apakah maksud sebenar ketenangan? Marilah sama-sama kita melihat video yang ingin saya kongsikan di sini.





Semoga kita mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Amin

Kelebihan Mempelajari Al-quran

BELAJAR MENAIP DENGAN PANTAS

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




kemahiran menaip




Sudah sekian lama blog saya ini  bersarang. Kalau rumah sudah pasti banyak sarang labah-labah. Tanpa sebarang penulisan kepada pengunjung. Mungkin kerana apabila saya ingin berkongsi di blog ini saya perlu meluangkan masa yang agak lama. Ini disebabkan kemahiran menaip yang agak lambat. 

Saya telah terjumpa satu laman web yang dapat melatih kemahiran menaip dengan pantas. Anda boleh google contoh 'typing lesson online' untuk mencari software  yang dapat melatih menaip secara percuma.
Saya masih lagi bertatih berlatih menambahkan kemahiran menaip dengan pantas.  

Saya cadangkan anda layari laman web ini http://10fastfingers.com/ untuk melatih kepantasan menaip anda. Dengan sedikit kesabaran sedikit sebanyak kemahiran menaip dengan pantas akan dapat dipertingkatkan. 

Practise make perfect.  Anda pasti teruja nak cuba. Semoga berjaya. 





Kelebihan Mempelajari Al-quran



Saturday, 28 June 2014

NIAT & DOA DAN SEDIKIT MAKLUMAN MENGENAI PUASA

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Carian Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



niat puasa




Kelebihan Mempelajari Al-quran

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Google


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Ramadhan
Indahnya Ramadhan


Sudah lama saya tidak menulis. Namun begitu pada kesempatan ini, saya ingin sekali mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. Selamat datang wahai Ramadhan.

Bulan yang penuh rahmat ini. Pahala berlipat kali ganda. Pesan saya pada diri dan keluarga agar tidak mensia-siakan bulan ini.

Teringat dua bulan sebelumnya apabila tiba bulan rejab. Kedengaran ramai rakan dan saudara  yang pergi menghadap ilahi. Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk bersama di dalam bulan Ramadhan.

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Selamat beribadah dan mendapat keredhaan rahmat dan pengampunan daripada Allah swt. Amin. 

Kelebihan Mempelajari Al-quran


Wednesday, 7 May 2014

DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







  






Kelebihan Mempelajari Al-quran

Saturday, 22 February 2014

IMAM NAFI'

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Kelebihan Mempelajari Al-quran

Thursday, 20 February 2014

BIJAK QALQALAH

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Laptop



بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Qalqalah merupakan salah satu daripada sifat huruf.

Qalqalah dari segi bahasa bermaksud pantulan.

Qalqalah terbahagi kepada dua bahagian









Sekiranya pada kalimah-kalimah yang mengandungi huruf qalqalah bertanda sukun di atas kita membacanya tanpa berhenti pada huruf tersebut maka ia dinamakan Qalqalah Sughra. Sekiranya kita berhenti pada huruf qalqalah tersebut di atas maka ia dinamakan dengan Qalqalah Kubra.

Contohnya pada kalimah 


Sekiranya kita menyambung bacaan maka ia dinamakan Qalqalah Sughra. Sekiranya kita memberhentikan bacaan kita pada huruf ق  maka bertukarlah hukumnya daripada Qalqalah Sughra kepada Qalqalah Kubra.




Kelebihan Mempelajari Al-quran