بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teks : Firdaos B. Mohd Rawi
Ayah saya orang Melaka. Mak saya orang Pahang. Sebagai seorang Polis ayah susah dapat cuti. Terutama ketika hari lebaran.
Biasa kami memilih balik ke Pahang apabila cuti lebaran memandangkan Melaka agak dekat dan selalu boleh pulang. Adik beradik ayah lapan orang lima darinya berniaga dan tiga bekerja makan gaji termasuk ayah.
Arwah mak pula adik beradik 8 orang dan yang berniaga dua orang. Arwah atok juga berniaga di hadapan rumah. Berniaga roti canai siapa yang tak kenal. Oleh itu, ayah selalu mencuba untuk cari peluang untuk berniaga. Boleh baca sini, pengalaman ayah buka restoran.
Seronok balik kampong ayah di Melaka kerana melihat mereka berniaga. Pagi-pagi duk kat kedai sambil makan roti canai lembut dan nasi lemak sambal bilis.
Di Pahang pula, yang seronoknya adalah bermain basikal balak. Pusing satu kampong tengok kuda sultan. Lebih bebas berbanding di Melaka.
Arwah atok pula akan mengajak kami ke Masjid.
Dan antara kenangan terindah adalah Babu. Babu ni adalah si penjual roti. Dia biasa datang berbasikal dan dielakang ada bakul besar penuh dengan roti dan jajan.
Cukup dengan 20sen atuk bagi upah basuh pinggan boleh meriangkan hati.
Segalanya kini tinggal kenangan, Kenangan terindah.

No comments:
Post a Comment