Friday, 23 November 2018

KERJA PERTAMA

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi 

Ketika itu langit cerah. Saya tekad apa nak jadi, jadilah. Saya akan dapat kerja juga pada hari ini.

Saya tidak ada banyak kawan di sini. Ketika itu saya di Kuantan. Mak dan ayah mengambil keputusan berpindah dari Shah Alam  ke Kuantan. Waktu itu, saya berada akhir tingkatan 4.

Keputusan yang dibuat ayah itu walaupun berat tetapi ayah sudah genggam erat.

Jadi selepas SPM, saya duduk di rumah sahaja. Kawan jauh. Dan hari itu, saya tekad untuk mencari kerja. Orang kata kerja hotel bagus. Boleh dapat tips. Abang sulong saya selalu cerita betapa seronoknya kerja di hotel sebagai si budak pembawa beg.

Ketika di Shah Alam, tips yang diberikan pelancong memang mengayakan poket.

Wah itulah yang saya bayangkan ketika itu. Lalu saya mengayuh basikal lerun menuju ke bandar. Dari satu hotel ke satu hotel. Tiada kerja kosong.

Saya target akan ke Swiss Garden dengan basikal itu. Tapi tak jadi rasa jauh sangat dan panas betul menyengat. Nak ke sana perlu kayuh 12 kilometer lagi.

Terus saya masuk ke Megamall Kuantan untuk tumpang tandas. Ketika itulah saya jumpa Yes. Nama dia Yes kerja di hotdog 1901. Terus ringan bibir saya tanya ada kerja kosong ke kat situ.

"Jom ikut aku."

Alhamdulillah esok saya mula kerja di situ, dan mulalah pengalaman baru. Sejarah baru.

Imam Hafs

No comments:

Post a Comment