Saturday, 11 October 2014

MAD WAJIB MUTTASIL DAN MAD JAIZ MUNFASSIL

Teks : Firdaos Mohd Rawi

Gambar : Simpanan Peribadi


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


MAD MUNFASSIL 





mad munfasil



Huruf mad berada di akhir kalimah pertama dan huruf hamzah ( ء ) berada di awal kalimah kedua. 

Cara bacaan adalah  4 atau 5 harakat. Sekiranya anda membaca mad munfassil yang pertama ketika memulakan bacaan al-Quran dengan kadar 4 harakat. Maka kesemua mad munfasil perlu dibaca 4 harakat. Sekiranya anda membacanya dengan kadar 5 harakat, maka perlu membaca kesemuanya dengan kadar 5 harakat. Tidak boleh pada ayat pertama anda baca 4 harakat dan pada ayat kedua anda baca 5 harakat.

Sekiranya anda berhenti bacaan pada kalimah pertama iaitu pada huruf mad, maka kadar bacaannya adalah sekadar 2 harakat sahaja.

Contoh anda berhenti bacaan pada kalimah قالوا maka kadar madnya adalah 2 harakat.




Kelebihan Mempelajari Al-quran

4 comments:

  1. saya belajar berpandukan warna dlm Al Quran tu

    ReplyDelete
  2. ye warna di dalam al-Quran terbaru dapat membantu pembaca menguasai bacaan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sama-sama munirah abdullah. sebarkan manfaatnya. untuk kita semua.

    ReplyDelete