Gambar : Simpanan Peribadi
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
MAD MUNFASSIL
Huruf mad berada di akhir kalimah pertama dan huruf hamzah ( ء ) berada di awal kalimah kedua.
Cara bacaan adalah 4 atau 5 harakat. Sekiranya anda membaca mad munfassil yang pertama ketika memulakan bacaan al-Quran dengan kadar 4 harakat. Maka kesemua mad munfasil perlu dibaca 4 harakat. Sekiranya anda membacanya dengan kadar 5 harakat, maka perlu membaca kesemuanya dengan kadar 5 harakat. Tidak boleh pada ayat pertama anda baca 4 harakat dan pada ayat kedua anda baca 5 harakat.
Sekiranya anda berhenti bacaan pada kalimah pertama iaitu pada huruf mad, maka kadar bacaannya adalah sekadar 2 harakat sahaja.
Contoh anda berhenti bacaan pada kalimah قالوا maka kadar madnya adalah 2 harakat.

saya belajar berpandukan warna dlm Al Quran tu
ReplyDeleteye warna di dalam al-Quran terbaru dapat membantu pembaca menguasai bacaan dengan baik.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesama-sama munirah abdullah. sebarkan manfaatnya. untuk kita semua.
ReplyDelete