Saturday 25 February 2017

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Teks : Firdaos Mohd Rawi



بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pada suatu hari yang hujang renyai-renyai di sebuah sekolah seorang murid comel  bertanya gurunya,

"Ustaz, bagaimana al-Quran diturunkan?" keningnya berkerut.

Ustaz tidak terus menjawab sahaja hendak menguji anak muridnya itu.
Mengapa kamu bertanya?

Saya pernah dengar ceramah ustaz ayat yang mula turun 5 ayat sahaja. Saya tengok dalam al-Quran ada beratus-ratus ayat.

Ustaz mengangguk-ngangguk. Bijak betul anak murid aku ni. Kemungkinan dia akan menjadi Ustaz menggantikan tempatku pabila dia besar nanti. 

Untuk menjawab soalan anak muridnya dia berkatYa anak muridku,  ia turun secara berperingkat-peringkat."


"Begini, pertama sekali, al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz."

"Apatu lauh mahfuz?"

"Ohhooo, ok dengar ni, ketika Nabi Muhammad sollollohu alaihi wasallam dibawa ke langit masa Israk Mikraj, Nabi ada mendengar....bunyi seperti pen menulis.


Lalu Malaikta Jibril beritahu itu adalah Lauh Mahfuz. Tercatat padanya segala tentang takdir makhluk Allah subhanahu wataala."

"Ohh begitu rupanya. Macam komputer?" Sambil menunjukkan sebuah komputer di sudut kelas. Ustaz genggam tangan sambil angkat ibu jari. "Begitulah, namun lauh mahfuz lebih hebat dari itu. Al-Quran diturunkan dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah. Baitul Izzah ini terletak di langit yang pertama. Dan penurunan al-Quran daripada Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah ini, berlaku secara sekaligus pada malam Lailatul Qadar."

Melopong mulut anak muridnya sikit lagi nak meleleh air liur.

"Wahyu pertama yang turun kepada Nabi Muhammad sollollohu alaihi wasallam adalah 5 ayat dari surah Al'alaq. Masa tu Nabi kita berada di gua Hiro'. Berdebar-debar dada Nabi dan tercungap-cungap apabila baginda sampai di rumah. Berlari pulang ke rumah setelah didatangi Malaikat Jibril. Siti Khadijah menyelimutkan Nabi. Sebelum berjumpa dengan saudaranya, seorang ahli kitab bernama Waraqah Bin Naufal. 

Khadijah berkata kepada Waraqah, “Hai anak lelaki pamanku dengarkanlah apa yang hendak di katakan anak lelaki saudaramu.”

Berkata Waraqah,  “Hai anak lelaki saudaraku apa yang engkau lihat?”

Lalu nabi menceritakan apa yang di alaminya.

Jawab Waraqah, “Suci suci. Hai anak lelaki saudaraku. Ini adalah rahsia paling besar yang pernah Allah turunkan kepada Nabi Musa. Oh mudah-mudahan aku dapat kembali menjadi muda dan kuat, mudah-mudahan aku masih hidup, kelak kaummu akan mengusirmu.”

Nabi bertanya, “Apakah kaumku akan mengusirku?”

“Ya. Sama sekali tidak ada seorang yang datang dengan membawa apa yang engkau bawa melainkan ia di musuhi. Dan jikalau aku dapat mengalami bersama harimu, kelak engkau dimusuhi, maka aku akan menolongmu dengan pertolongan yang kuat.”

Ustaz tanya pada anak muridnya, "Paham?"

"Ya Ustaz." sambil tersengih.

Begitulah seterusnya wahyu diturunkan secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.




Bagaimana Wahyu Dihantar Malaikat Jibril?



Imam Hafs



No comments:

Post a Comment