TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ini saya telah melihat satu rakaman yang dikongsi di facebook. Tersentuh hati bila melihat seorang ayah yang dipertemukan dengan anak lelakinya yang masih kecil yang telah lama tidak berjumpa. Dikatakan bahawa beliau sudah lama terpisah dengan anaknya selepas serangan di kimia di Ghoutoh.
Ahli keluarga ramai terpisah kerana mendapat rawatan di hospital yang berlainan
boleh lihat di sini video tersebut http://www.youtube.com/watch?v=uq1GuInMlTg&feature=youtu.be
Saya yakin perasaan terharu pasti dapat dirasai terutama mereka yang mempunyai anak. Perasaan rasa rindu kepada anak dapat dirasa bila berjauhan kerana bekerja di luar kawasan dan sebagainya. Kita akan merasa rindu dengan keletah anak-anak bila bertugas di luar bagi tugas yang telah diamanahkan. Walaupun begitu kita yakin anak-anak kita berada di rumah dalam keadaan sihat dan selamat.Kita boleh telefon bertanya khabar dan berbual dengan mereka.Dalam situasi di Syria ketika ini apabila tidak bertemu dengan anak atau keluarga maka timbul dalam fikiran, samaada anak selamat atau sudah tidak bernyawa.
Alhamdulillah Allah mempertemukan kembali anak dan ayahnya.
Ya Allah selamatkan mereka. Ketika ini hanya Allah swt yang maha perkasa dan menguasai segalanya yang diharapkan.
Semoga bermanfaat
Sekian
Firdaos mohd rawi
No comments:
Post a Comment