TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Tidak syak lagi bahawa kemampuan mulut manusia di dalam pembacaan al-Quran boleh berubah-
ubah daripada lambat kepada cepat. Begitu juga tidak syak lagi bahawa terdapat tiga jenis kelajuan bacaan yang dapat dikesan dan diamati oleh pendengaran manusia dengan tepat. Pendengaran manusia mampu untuk mengesan dan mengecam bacaan yang berbeza samada perlahan, bacaan yang laju dan bacaan sederhanaiaitu pertengahan antara bacaan perlahan dan laju.
Pendengaran manusia mempunyai kemampuan dalam mengesan secara tepat kadar kelajuan bacaan sama seperti kemampuan penglihatan manusia yang dapat mengesan warna merah dengan tepat .Sebagai contohnya sekiranya pada zaman ini komputer memaparkan 1000 warna merah yang berbeza, penglihatan mata mampu membezakan tiga perbezaan warna merah iaitu warna merah, merah gelap, merah cair dan sebagainya.Begitu juga warna biru, biru pekat dan biru cair. Pendengaran juga mempunyai kelebihan yang serupa yang mana dapat mengesan bacaan yang perlahan, laju dan pertengahan ( tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat )
Tingkatan Bacaan al-Quran adalah seperti berikut :-
1-At-Tahqiq
2-Al-Hadar
3-At-Tadwir
4-At-Tartil
No comments:
Post a Comment