Tuesday, 24 September 2013

27 LAWAN 1


Teks : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google
              


Solat merupakan rutin yang perlu dijaga. Ciri-ciri mukmin yang sempurna antaranya ialah mampu menjaga solatnya. Ini adalah talian hayat manusia dengan tuhannya. Pengalaman berada di bumi ambiyak memberi banyak keinsafan dan tauladan. Mereka sangat menjaga solat mereka. Samaada tua, muda, buta sentiasa bersemangat untuk solat.

Tatkala laungan azan kita dapat merasai keindahan suara azan tersebut. Bilangan masjid memang banyak. Begitu juga bilangan makmum. Boleh lihat dalam gambar di atas. Suasana solat terawih di alexendra. Mereka faham dan menghayati erti 27 lawan 1. 

27 lawan 1 ini telah diterangkan di dalam hadith. Sering kita dengar dahulu di tv3. Kelebihan mereka yang solat berjemaah. Allah swt memberi kelebihan 27 darajat berbanding solat sendirian dengan 1 sahaja. Itu belum kira hadith yang mengatakan setiap langkah kaki ketika berjalan menuju ke Masjid akan dinaikkan darjat. Sangat banyak pahala Allah swt hendak beri.

Pentingnya solat jemaah ini, sehinggakan diajar kepada para mujahidin yang dalam keadaan peperangan untuk solat berjemaah. Membuktikan pentingnya solat berjemaah ini. Selain ganjaran yang dikurniakan oleh Allah swt sudah pasti terdapat hikmah yang tersembunyi.

Kalau kira dapat melihat angka 27 itu dengan wang ringgit sudah pasti penuh masjid. Tetapi ia ganjaran yang tidak nampak pada mata kasar. Tetapi bagi hati yang suci angka 27 itu sangat memberi kesan. Terdapat satu kisah yang boleh diambil jadikan panduan.

Seorang ustaz dari Perak menceritakan kepada saya. Terdapat seorang hartawan yang selalu membawa seorang peneman beliau. Seorang lelaki yang diupah untuk mengikut beliau kemana sahaja beliau pergi. Jika ada urusan bisnes di luar negara juga akan dibawa peneman tersebut. 

Atas urusan apa membawa teman? Ditanya oleh lelaki yang menemani hartawan tersebut. "Apakah tugas saya?". Dia menjawab "anda hanya perlu meneman menjadi makmum saya ketika solat." Hebat bukan?
Hanya ingin mengejar solat jemaah sahaja.

Semoga kita diredhai olehNya. Amin.






No comments:

Post a Comment