TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pengalaman pertama saya membaca dengan Syeikh Hasan Rejab ( dalam gambar di atas ) memang berdebar-debar. Pertama kali nak baca ni. Satu lagi baca berhadapan dengan syeikh atau guru di dalam masjid yang mana ramai pelajar yang sama-sama datang bertalaqqi memang benar-benar menguji keyakinan.
Selain itu terdapat juga jemaah lain yang tidak putus-putus hadir ke Masjid Gazandarah di Shubra ini. Memang budaya arab memang begitu. Solat berjemaah sentiasa. Masjid memang banyak.
Jadi langkah pertama ketika sampai di Mesir, pelajar-pelajar lama sentiasa memberikan bimbingan kepada kami yang baru agar seintiasa bersemangat dan sabar dalam menuntut ilmu di bumi ambiyak ini. Begitulah keadaannya dapat saya rasai ketika bertalaqqi hadapan Syeikh Hasan ini.Sebelum membaca dihadapan beliau perlu kuasai terlebih dahulu tajwid. Tajwid mesti dikuasai, kalau tidak jika melakukan kesalahan dalam bacaan bersedialah menebalkan muka kalau-kalau ditegur oleh Syeikh. Suara beliau lantang dan kadang-kadang bila dah ditegur boleh lupa ayat nak baca.
Saya yakin inilah antara pengalaman manis bagi bekas-bekas pelajar di sini bersama dengan Syeikh Qurra ini Jika teringat pasti tersenyum sendirian.Walaupun syeikh agak keras ( Syadid ) tetapi pelajar-pelajar yang datang dan hadir sentiasa sabar dan akhirnya biasa dengan situasi tersebut.
Syeikh Hasan Rajab antara Qurra yang telah lama berkhidmat di Maahad Shubra. Mempunyai ramai anak-anak murid samaada dari kalangan Arab, Nigeria dan Malaysia sendiri. Walaupun begitu beliau mudah didekati dan suka membawa anak-anak murid berziarah ke rumah beliau terutama di bulan Ramadhan. Kini syeikh sudah bersara secara rasmi daripada Maahad Qiraat Shubra tetapi khidmat beliau kepada al-Quran diteruskan dengan mengadakan halaqah, kelas dan sebagainya di Masjid. Semoga beliau sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment