Wednesday, 11 September 2013

SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.







Musim haji telah tiba lagi. Sejak minggu lepas jemaah haji telah berlepas ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Alhamdulillah pada tahun ini, bapa mertua saya berpeluang menjadi tetamu Allah s.w.t.Sebelum itu telah diadakan kenduri doa selamat bagi meraikan pemergian beliau ke tanah suci. Diketuai oleh Wakdin dan saya diminta menjadi Imam untuk Solat Maghrib. Apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan Wakdin sebelum memulakan majlis bacaann Yasin.

Beliau bersyukur dengan kehadiran dan beliau mengucapkan tahniah kepada abah kerana menjadi tetamu istimewa pilihan Allah. Sebab pada tahun ini kouta dikurangkan tetapi ternyata abah antara hamba yang terpilih. Saya akui kenyataan beliau memandangkan di tempat saya juga ada sahabat yang dapat pergi dan telah menghadiri kursus perdana tetapi akhirnya tidak dapat pergi atas masalah kesihatan bapanya. 

Setelah segala persiapan dibuat tibalah masannya Abah meninggalkan kami sekeluarga. Mak tidak dapat ikut kerana masalah kesihatan. Saya rasa abah mungkin ada sedikit terkilan kerana tidak dapat membawa mak bersama untuk kali ini tetapi riak wajahnya menunjukkan beliau redha dengann ketentuan ilahi. Pasti ada hikmah disebaliknya dan itulah perkara yang kita selaku hamba harapkan. Begitu juga dengan mak nampak kekeruhan di situ tetapi beliau tetap redha dengan ketentuan ini.

Pukul 4 pagi abah bertolak diiringi laungan azan beserta doa. Abah merupakan kumpulan terawal kt06 tahun ini dan akan tiba ke Madinah dahulu. Semoga mendapat haji Mabrur. Bagi mereka yang belum daftar haji eloklah sediakan RM1,300.00 dan daftar dengan tabung haji. Segera sebab, mungkin kalau daftar lambat, lambat dapat giliran untuk pergi. Kalau kita ada Rm30,000 mungkin dapat pergi awal jika berdaftar dengan syarikat swasta yang lain.

Kesimpulannnya, mereka yang dapat pergi adalah tetamu pilihan Allah s.w.t . Bukan sebab banyak duit, tubuh sihat dan sebagainya tetapi atas ketentuan oleh Allah s.w.t dan itulah realiti yang dapat kita lihat. Hakikatnya kita usaha yang menentukan segalanya adalah Allah s.w.t.

SEMOGA TETAMU ALLAH MENDAPAT HAJI YANG MABRUR AMIN...

Catatan : Firdaos bin Mohd Rawi

No comments:

Post a Comment