Saturday, 21 September 2013

KISAH DARI BUMI BARAKAH






TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.





Setiap tahun, pasti ada kisah yang menarik yang diceritakan dari bumi barakah ini. Setiap satu cerita samaada yang baik mahupun yang buruk pasti ada rahsia hikmahnya. Sebagai peringatan kepada kepada manusia.

Antara tahun 2005-2006 saya tak berapa ingat seorang sahabat saya telah menceritakan kisah yang terjadi pada dirinya ketika berada di Mekah. Suatu ketika dia sudah tidak mempunyai banyak wang. Saya sudah tidak ingat berapa riyal duit yang ada dalam poket beliau.

Ketika dalam perjalanan menuju ke Kaabah dia didatangi dengan seseorang dan meminta bantuan daripadanya. Apa yang berlaku? Dia telah memberikan semua duit yang beliau ada ketika itu. Lalu terus ke Masjidil Haram.

Beliau duduk memandang Kaabah serta berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t. Tidak semena-mena datang seorang lelaki yang tidak dikenali memberikan wang kepadanya dan terus berlalu. Subhanallah. Maha kaya Allah taala. Sentiasa melihat hambaNya dan tahu keikhlasan hati hambaNya.

Maka benarlah sabda Nabi saw berkenaan persaudaraan antara mukmin.

Sabda Nabi saw
Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayangnya, belas kasihannya dan kemesraannya, laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggotanya mengadu sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.”

(Hadis riwayat Muslim)


Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya teraniaya oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membantu (mencukupkan) keperluan atau hajat saudaranya, maka Allah Ta‘ala membantunya pula (mencukupkan) keperluan atau hajatnya. Dan barangsiapa yang melapangkan kesulitan seorang muslim, maka Allah Ta‘ala melapangkan kesulitannya kelak di Hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutup aurat (keburukan) orang muslim, maka Allah menutupi pula keburukannya kelak di Hari Kiamat."

(Hadis riwayat Bukhari)


Sekian, semoga bermanfaat.

p/s Teknik belajar al-Quran yang sangat menarik boleh ke link ini https://www.facebook.com/media/set/?set=a.198246557022524.1073741826.186677051512808&type=1



No comments:

Post a Comment