Wednesday, 18 September 2013

POHON YANG BERBARAKAH

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.








TAHUKAH ANDA POHON APAKAH INI?
PERNAHKAH ANDA MELIHAT POHON INI?
PERNAHKAH ANDA MENDENGAR CERITA MENGENAI POHON INI?


Inilah pohon yang pernah disebut di dalam sejarah perjalanan Nabi saw ketika mengikuti pakciknya Abu Talib berdagang ke Syam (Syria ).Pertama kali baginda mengembara keluar dari Mekah. Sebelum merekaaa tibaa di Syam mereka telah berhenti berhehat. Buhaira seorang paderi Kristian ketika itu melihat rombongan itu dan perasan satu kejadian pelik melihat awann mengiringi perjalanan rombongan tersebut.

Lalu beliau mennjemput kesemua ahli rombongan ke Majlis beliau. Ketika itu baginda Muhammad saw tidak ikut serta memandangkan baginda masih muda dan bagi menjaga keselamatan barang dagangan ketika itu. 

Buhaira bertanya adakah semua mereka hadir ke majllis tersebut. Mereka memberitahu ada seorang yang tidak ikut serta  iaitu Muhammad s.a.w. Setelah beberapa ketika bertanya soalan kepada Nabi Muhammad saw, Buhaira ingin melihat belakang Rasulullah dan telah ternampaklah Khatamun Nubuwwwah Buhaira ada bertanya kepada Abu Talib akan ikatan beliau dengan Muhammad s.a.w

Abu Talib mengatakan bahawa beliau adalah bapa kepada Nabi Muhammad s.a,w dan disangkal buhaira dengan mengatakan bahawa tidak sepatutnya ayahnya masih hidup . Ia diakui  oleh Abu Talib. Buhaira lalu menasihatkan agar Abu Talib pulang ke Mekah. Jika diteruskan perjalanan, kemungkinan mereka akan membunuhnya. Atas nasihat Buhaira Abu Talib mengupah orang agar membawa Nabi Muhammad kembali ke Mekah dan beliau meneruskan perjalan ke Syam menyempurnakan perniagaan beliau.

Kali kedua Nabi pergi ke Syam adalah ketika membawa barang dagangan Saidatina Khadijah seorang wanita kaya yang telah menawarkan kepada Nabi saw menguruskan perniagaannya di Syam. Ketika itu, Nabi saw telah terkenal dengan kejujuran dan keperibadian baginda yang mulia. Sekali lagi, rombongan melalui dan berhenti berehat di tempat yang sama ketika baginda keluar bersama Abu Talib pada usia baginda 12 tahun. Ketika ini, seorang paderi yang menggantikan Buhaira iaitu Natura telah melihat awan yang menaungi rombongan dari cahaya matahari. Kali ini, Nabi Muhammad saw berehat di satu pohon, dan paderi tersebut dapat melihat dan dan ranting-rantingnya bergerak menaungi Nabi Muhammad saw daripada cahaya matahari.

Berkatalah paderi tersebut kepada Maisarah ketika bertemunya untuk bertanya mengenai Nabi Muhammad saw. Natura menunjukkan kepada Maisarah pokok di mana Nabi Muhammad s.a.w berehat lalu berkata, "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

Maisarah ketika itu memang dapat melihat perkara-perkara pelik ketika bersama Nabi saw dalam perjalanan dagangan tersebut. Keuntungan yang diperolehi ketika itu juga adalah sangat lumayan berbanding dengan pedagang yang lain bahkan keuntungan yang diperolehi melebihi keuntungan sebelum ini. Nabi saw telah menyantuni manusia dengan akhlak baginda saw, kasih sayang baginda, dan keperihatinan baginda terhadap orang miskin.

Inilah dia pokok tempat Nabi saw berteduh. Alangkah hebatnya dan berkahnya pohon ini yang telah melakar namanya dalam sejarah bersama Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w. Alangkah beruntungnya pohon ini yang telah bertemu dengan Nabi saw. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat melihat dan berdamping dengan Rasulullah saw.







.

wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment