Monday, 16 September 2013

SURAH AL-MULK DAN KELEBIHANNYA

TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi

Gambar : Google

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


PENDAHULUAN

Indahnya kalam Allah swt tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Kalaulah kita dapat menghayati al-Quran sebagaimana orang arab sudah tentu mudah kita mengalirkan air mata keinsafan dan tunduk kepada Allah s.w.t. 

Surah al-Mulk merupakan surah yang ke 67 mengandungi 30 ayat ini adalah  satu surah yang popular pada masyarakat kita. Ia diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw sebelum penghijrahan baginda ke Madinah dan ulamak bersepakat mengketegorikannya sebagai Makkiyah.

KELEBIHAN SURAH ALMULK


Hadis yang direkodkan oleh Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya sebuah  surah dalam quran (yang mempunyai) 30 ayat akan mensyafaat pemiliknya sehinggalah ia diampunkan oleh Allah : (تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ).

Daripada Tsabit, daripada Anas telah berkata: Rasullah SAW telah bersabda: “satu surah dalam Al-Quran akan membela pemiliknyasehinggalah ia memasukkannya ke dalam syurga: (تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ)”

PENUTUP  

Inilah kelebihan yang dapat kita ambil perhatian bagi mengamalkannya. Membaca 30 ayat surah al-Mulk ini mungkin mengambil masa selama 7 minit. 7 minit sehari insyaAllah kita usahakan. Mari kita dengar bacaan surah al-Mulk daripada bacaan Syeikh Saad al-Ghamidi





No comments:

Post a Comment

Post a Comment