TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Bermula sejarah penurunan al-Quran kepada Rasulullah saw dengan turunnya Malaikat Jibril.Tatkala itu baginda bersendiri di Gua Hira' beribadah kepada Allah swt. Memang telah diketahui baginda tidak pernah menyembah selain Allah swt termasuklah sembahan kaum kafir ketika itu.
Berada dalam dakanpan Malaikat Jibril sudah tentu memberikan rasa terkejut pada diri Rasulullah saw. Sehinggalah baginda dapat membacakan ayat permulaan daripada surah al-Alaq ini. Inilah dia wahyu yang pertama:-
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam[1589],
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
[1589] Maksudnya: Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca
Lima ayat ini membawa maksud yang sangat hebat iaitu pentingnya belajar ilmu dan kewajipan menutut ilmu atas orang Islam lelaki mahupun wanita. Di dalam hadith juga ada menyebut mengenai kewajipan menuntut ilmu.
Apakah rahsia belajar ini? Mengapa tidak disuruh dengan ibadah dahulu? Ini kerana ilmu sangat penting dalam semua perkara. Untuk membuat bangunan perlu pada ilmu. Untuk membuat kenderaaan perlu pada ilmu. Untuk menanam pokok perlu pada ilmu. Segalanya perlu pada ilmu.
Membaca merupakan asas dalam memahami sesuatu. Ayat yang diturunkan oleh Allah swt tidak dapat disangkal mengandungi kehebatannya. Bagi menjadi manusia yang disayangi oleh Allah s.w.t. adalah dengan membacanya.
al-Quran ibarat surat dari pencipta kepada hamba yang lemah. Merupakan modul bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan mehnah ini. Seorang insan yang inginkan kebahagiaan sudah pasti menggunakan modul yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Bagi mendekatkan diri kepada sang pencipta maka perlu membaca al-Quran helai demi helai. Dan mentadabburnya iaitu memahaminya dengan baik.
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.198246557022524.1073741826.186677051512808&type=1
Sekian
No comments:
Post a Comment