Wednesday 27 November 2013

PELBAGAI KAEDAH MEMPELAJARI AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi

Gambar : Google


Pengajian al-Quran berlaku sepanjang zaman. Situasi, cara, pengalaman berbeza pada setiap orang. Pada sepuluh hingga lima belas tahun dahulu, kita sudah terbiasa dengan belajar di rumah-rumah Ustaz atau Ustazah.

Lepas Maghrib sambil menjunjung al-Quran berjalan bersama kawan-kawan menuju ke rumah Ustazah. Kemudian duduk ditepi dinding menunggu giliran untuk membaca. Taknik belajar al-Quran yang diguna pakai ketika itu adalah menggunakan Muqaddam. Teknik al-Baghdadi. 

Menggunakan sistem ejaan alif diatas a alif dibawah i alif didepan u. Aa ii uu. Bila habis satu subtopik membaca wau alif lam sim sabdu di atas was, sin di atas sa, lam alif di atas laa, mim depan mu, wassalamu.

Taknik ini agak memakan masa tetapi ia memberi kesan yang sangat baik. Dari segi pengenalan huruf, sehingga sesiapa yang menguasai Muqaddam tidak sukar untuk membaca Jawi. 

Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Beliaulah yang telah memperkenalkan kaedah ini. Kaedah ini  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat secara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang keseluruh rantau  dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun. Alangkah beruntungnya beliau mempunyai saham yang berterusan.

Oleh sebab yang sama ramai daripada kalangan Ulama mengasaskan teknik-teknik bagi membantu orang Islam dalam menguasai pembacaan al-Quran. Kaedah-kaedah seperti Al-baghdadi, Qiraati, Iqra ( yang diguna pakai di Kementerian Pendidikan Malaysia ), al-Baghdadi ( Teknik terbaru dengan inovasi alat ketukannya ) adalah untuk meraih pahala yang berterusan daripada Allah swt.

Walau apapun teknik yang digunakan atau diasaskan hala tujunya tetap sama, iaitu orang yang mengaplikasikan teknik tersebut  dapat  menguasai pembacaan al-Quran. Hanya terdapat dari segi perbezaan waktu berdasarkan qaedah penmbelajaran al-Quran digunakan.


Kalaulah di sekolah menggunakan teknik Iqra, di rumah menggunakan Qaedah Baghdadiyah ia tetap memberikan impak yang positif di dalam mempelajari al-Quran. Merupakan tambah nilai yang baik mempelajari al-Quran menggunakan kaedah yang pelbagai.



No comments:

Post a Comment