TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Teknik menajamkan otak manusia sentiasa dikaji oleh Doktor Pakar seluruh dunia. Otak manusia dipercayai dapat dipertingkatkan keupayaannya melalui beberapa cara. Melalui beberapa kajian yang dijalankan beberapa jenis makanan boleh meningkatkan ketajaman fikiran.
Dr Daniel Amen's contohnya telah membuat artikel mengenai pengambilan nutrisi yang dapat mempertingkatkan keupayaan otak manusia di sini http://abt.cm/1759C34 .
Selain itu senaman juga dipercayai dapat mempertingkatkan ketajaman otak manusia. Agak mengejutkan, apabila "senaman" yang diberikan oleh guru kepada murid yang tidak menyiapkan kerja rumah sebenarnya meningkatkan keupayaan otak manusia.
Ketuk ketampi merupakan senaman yang cukup "glamour" ketika di zaman sekolah dahulu. Senaman yang biasa diberikan oleh guru selain rotan sebagai peringatan kepada murid agar menyiapkan tugasan yang diberikan.
Menurut Dr. Eric B. Robins, M.D dalam artikel beliau Hope for ADD, ADHD, Autism & Alzheimer’s! menunjukkan kajian yang dijalankan kepada sebuah keluarga mendapati senaman " ketuk ketampi " ini telah memberikan perubahan yang agak mengejutkan.
Jadi kemungkinan orang dahulu bijak walaupun tidak cukup nutrisi mungkin kerana faktor "senaman" yang selalu dibuat di sekolah ataupun di rumah.
Apakah rahsia Imam Syafie dalam menajamkan ingatan beliau? Beliau mampu menghafal al-Quran ketika berumur 9 tahun dan setahun selepas itu menghafal Kitab Muatta' karangan Imam Malik.
Sudah pasti ramai yang telah mendengar kisah Imam Syafie mengadu kepada guru beliau Waki’ mengenai hafalannya yang buruk. Katanya:
شَكَوْتُ إِلىَ وَكِيْعٍ عَنْ سُوْءِ حِفْظِى فَأَرْشَدَنِيْ إِلىَ تَرْكِ الْمَعَاصِى
فَإِنَّ عِلْمَ اللهِ نُوْرٌ وَنُوْرُ اللهِ لاَ يُهْدَى لِعَاصٍ
Aku mengadu kepada Waki tentang buruknya hafalanku
Maka Waki menasihatiku untuk meninggalkan maksiat
Karena ilmu Allah itu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat
Kesimpulannya ketajaman fikiran manusia dapat dipertingkatkan melalui pemakanan, senaman dan juga amalan sebagaimana yang diamalkan oleh ulamak dan kajian daripada mereka yang pakar.
No comments:
Post a Comment