TEKS : Firdaos Bin Mohd Rawi
Gambar : Google
Alhamdulillah atas kurniaan nikmat Allah swt kepada kita. Semoga Allah swt menggolongkan kita dalam kalangan hambanya yang sentiasa bersyukur terhadap nikmat. Menjadi hamban yang sentiasa berterima kasih kepada Tuannya.
Alangkah indah suasana menuntut ilmu. Islam agama yang syumul dan sempurna terhiasi dengan adab-adab dan akhlak sesuai dengan tujuan Nabi Muhammad saw diutuskan.
Hadith yang popular yang biasa didengar oleh kita ialah
Akhlak dan adab di dalam menuntut ilmu memberikan keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. Antara adab yang digariskan yang dapat kita contohi dan amalkan adalah seperti yang telah dinukilkan oleh imam al-Ghazali
Adab Murid kepada Guru Oleh Imam al-Ghazali.
Semoga bermanfaat

- Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan.
- Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
- Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
- Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
- Jangan menyangkal kata-kata guru.
- Jangan mengumpat pelajar lain.
- Jangan berbisik di hadapan guru.
- Jangan berpaling kiri dan kanan.
- Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
- Berdiri ketika guru masuk dan keluar dari tempat belajar
- Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
- Rujuk guru dalam memilih ilmu.
- Jangan duduk di tempat guru.
- Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
- Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
- Sentiasa mendapatkan keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
- Muliakan anak-anak guru.
- Selalu berhubung dengan guru.
- Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
- Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu
Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment