Gambar : Google
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Pagi ni hantar anak ke Alim Kid. Memang seminggu sekali sahaja kami hantar anak kami ke sana. Pada mulanya saya ingin menceritakan mengenai budaya arab. Tetapi saya perlu berkongsi apa yang berlaku usai saya menghantar anak saya ke Alim Kid.
Selepas menghantar anak, saya pergi ke sebuah restoran. Sebelum ini saya pernah datang ke Restoran tersebut. Harini saya makan lagi di situ. Nescafe tarik dan Roti Arab. Sesudah selesai makan baru saya sedar saya bawak duit besar. Saya beritahu pada akak tu, "maaf kak saya bawa duit besar," sambil menunjukkan duit RM50.00 . Akak tu tenang dan memeriksa laci wang. Dia cakap, "sekejap dik akak tukarkan duit dulu dengan bos."
Bosnya tiada. "Adik, akak takde duit pecah dik. Takpe adik bayar lain kali sahaja ok?"
"Saya tinggal jauh dari sini, kak." Dengan wajah tenang tanpa marah dan dengan ikhlas dia berkata, "Takpe kalau tak sempat datang pun akak halalkan."
Dalam hati saya terucap, "Hebat betul aka ni. Dari luaran nampak biasa tetapi dalaman luar biasa!" Masa tu jugak saya teringat duit syiling dalam kereta dan bertanya padanya, "Akak terima duit syiling?" "Terima dik", jawabnya ringkas.
Saya pergi ke kereta dan mengenggam duit syiling dan kira di hadapan akak tersebut. Rasa macam tak cukup. Saya kira dihadapan akak yang baik hati tersebut, " Seposen dua posen tiga posen." Alhamdulillah cukup. "Terima kasih kak. Maaf tak bawak duit kecil." akak tu menjawab, "akak pun minta maaf ye dik." Kesimpulannya pada hari ini saya beruntung bertemu dengan orang yang hebat dalaman kerana empat ringgit.
Nampak biasa, tetapi kaya jiwa. Dia hanya pekerja, dan kalaulah saya tidak bayar mungkin dia pula yang akan keluarkan duit poketnya untun bayar secawan Nescafe dan sekeping roti arab yang best tu. Alhamdulillah.
Gambar Hiasan |
Seperti kisah perempuan pelacur bersepatu dengan anjing.
Akan saya abadikan gambar yang sempat saya snap di sini. Kalau anda lalu bolehlah singgah untuk bersua muka dengan insan hebat ini. Semoga kita memperolehi jiwa dan hati yang positif sepertinya.
Semoga sentiasa berjumpa dengan insan hebat dalaman lagi.
No comments:
Post a Comment